Tuesday, February 28, 2017

Monolog dan Buku

Hey guyss. Been busy as usual. Alhamdulillah masih hidup and last week suara saya hilang. Tenggelam timbul suara kalah Ella. And then batuk pulak sampai lah hari ni dan suara dah bertukar menjadi lebih cute. Ahakss k tipu jek. Kembali normal sebenarnya tapi itu lah dia batuk tak habis2.
Ada tips?

Anyway monolog ni maksud dia cakap sorang2 kan? Cakap dengan diri sendiri? Ok actually I bought a new action camera by Sony. Nak start vlogging lah konon. Last2 saya start vlogging hari ni guna Whatsapp Story jek lagi best. Pilih lah contact mana yang kita nak share sahaja.

Buku. Ok last month baru habis baca Diva. Best kot. This month and actually last Thursday i pergi Borders kat The Curve dan beli buku kat bahagian Young Adult. Bye bye Children Section.

Ada 38 chapters and guess what guys malam ni saja dah chapter 31. Goshhh ni buku paling cepat i baca so far. Paling lama nak habiskan baca buku adalah setahun. Lulz tapi akhirnya dah habis baca iaitu A Traveller in Time.

I memang lambat habis baca buku. Sebab now bukan cuti sekolah. Lagi satu banyak kerja lain nak buat so baca buku kadang2 satu chapter satu hari jek boleh habiskan. Masa cuti sekolah dulu saya banyak habiskan masa tengok Gilmore Girls. Haha best wooo cerita dia.

Ok tu jek lah nak bagitau pasal life update. Nak sambung baca buku ke tak ni?

K fine tak boleh nak ambil gambar dari bloggerdroid ni so tajuk dia Fangirl. K bye bye February and March please be nice.

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 31, 2017

Oh so new year 2017

Ok guys a lot of stuff have been going on in my life since day one of 2017. Preparation for school, my big project is coming up, not to forget the school work, my sister's wedding also coming up next week and blerghhh apasal tetiba nak speak in English ni?

Saya akan gabungkan cerita2 dalam bulan ni dalam satu entry so I hope you dont mind at all.

The school was great. Banyak gila jawatan saya kena sandang untuk tahun ni hoi. Biasa lah bila dah lama sikit berkhidmat kat satu2 sekolah tu diorang dah mula lah nampak potential dalam diri ini untuk menyandang jawatan2 penting ecewahh nasib aku tak kembang.

RPT (rancangan pengajaran tahunan) sekolah saya tahun ni lambat betul pentadbir nak decide. Pentadbir baru. So banyak kali jugak lah nak kena print RPT pastu salah kena print lagi yang baru like wadahelisgoingoninmyschool ? Tahun ni azam saya ialah taknak membazir kertas which means saya happy jugak sebab lesson plan tulis dalam buku dan tidak lagi print hari2 dan letak dalam satu folder like hellooo membazir kertas kot unless kau rajin nak gi recycle semua tu.

**********

Got myself a new HP printer. Sama jek bentuknya cuma yang ni ada wireless printer so yeahh bye bye cable. Banyak kali jugak print jadual mengajar sebab salah lah kotak jadual ada tak sama saiz dengan apa yang diemailkan lah like mende2 remeh tu yang dirisaukannya. Tak faham betul lah dengan pentadbir baru ni. Skema tahap dewa.

**********

My big project insyaAllah akan siap dalam bulan Mac tahun ni. Doa2 kan lah ye.

**********

Tahun ni barulah bermulanya saya suka shopping barang makeup. Like seriously adik saya pun zaman sekolah dulu dapat barang makeup masa birthday. I ni dah habis belajar dah kerja dah kahwin baru lah terhegeh2 tengok makeup tutorial kat Youtube and sometimes cuba2 gitu jek makeup. Saya suka beli lipstick. Matte lipstick or matte lip cream. Currently suka Matte Junkie Lip Cream dari Silky Girl. Sorry guyss yang baca part ni mesti tak suka sebab korang takleh makeup lol.

My simple makeup or everyday makeup untuk ke sekolah sangat simple sebab as you all know I ni sekolah petang so nak solat zohor dan asar lagi so yeah simple makeup will do.

Mosturizer
Powder foundation
Vaselline for lips
Eyebrow tu touch up jek lah sikit2
Matte lip cream yang nude colour okay jangan over sangat nak ke sekolah jek.

Tapi kalau nak gi jalan2 tu I tambah lah mascara, blusher sikit jek dan lipstick tu colour merah. Kahkah rasakan sebab kalau terlalu cerah sangat muka pun nampak pucat. Tadek kaler. So pakai lipstick colour yang bright sikit lah.

Ok guys moving on.


**********

Last week saya ke Penang, again. Satu malam jek. Jem dan ramai orang itu perkara biasa. Makan kat Puncak Mutiara Cafe dekat Bukit Mertajam tu sangatlah best. Mahal sikit lah tapi okay jek. And then teman suami saya pergi memancing. Entah sungai mana dia nampak dekat dengan rumah orang terus park kereta terus keluarkan batang pancing. I duduk dalam kereta baca buku.

**********

I have been watching Gilmore Girls since last December sebab cuti sekolah. Now saya baru seminggu langgan Netflix dan dah tengok sampai season 7 episode 16. I know right? Hahaha dah lah gambar pun Ultra HD gitu. Boleh tengok kat laptop dan kat pc ps4 ni. Cerita lama ni tapi sebab dulu2 zaman sekolah kan tv3 ada tayang cerita ni diselang seli dengan The Smallville bila satu season Gilmore Girls dah habis. dia tayang pukul 10 malam setiap ahad. Kau rasa apa? Kau ingat setiap ibu bapa kat Malaysia ni bagi ke tengok lewat2 macam tu? Dengan esok sekolah lagi. So ini lah masanya nak tengok dari awal *insert an evil laugh here*

**********

Disebabkan Gilmore Girls jugak lah saya kembali membaca buku and I managed to finish reading 4 storybooks last year. The Dork Diaries 9, 10, 11 and The Max Crumbly's Journal. Ok what? Now currently reading Diva which is belonged to my sis-in-law. Dia ada banyak kot buku cerita. Beli kat BBW 2 tahun berturut2. Ada dalam 2 rak buku which each shelf has 12 compartments. See? Belum kira comic books lagi tu. Tapi buku2 dia macam dah lama dan kertas buku pun dah bertukar kaler cokelet dan tompok2 oren gitu. Bau pun ya ampunnn.

*********

Saya dah deactivate twitter for some reason dan activate semula facebook. Maybe kalau saya dah habis tengok Gilmore Girls dan habis baca buku then saya activate semula. Tu pun kalau sempat sebelum sebulan kalau tak RIP my twitter. Maybe sebab dah muak dengan twitter and I need a break.

*********

Ok hari ni last day of January which is last day jugak cuti esok sekolah dah. Hari ni sepatutnya kejap lagi nak ke Direct D nak usha phone untuk suami saya sebab phone dia dah well entahlah banyak kali jatuh dan calar sana sini dan sekali jatuh terbuka semua apa segala bateri. Ganas jugak lelaki kan kadang2 tu. Ni dia balik awal sebab demam. So tatau dah nak bebel apa kat sini.

So how's your first month of 2017? Recommend sikit buku cerita apa yang best untuk saya baca sebab Diva ni macam.....errr banyak pasal sex pulak. Dirty mind betul. Kalau boleh suggest buku bahasa inggeris ya? Ok bye!