Wednesday, January 20, 2010

Apa Yang Saya Suka Pasal UIA :-) Ep. 2

ok kite sambung.hmm sampai mana ek entry hari tu?....hah dah ingat!!


5. ITD
okeh ni memang tempat lepak atau tempat nak cari sources untuk buat assignment bila ada perasaan malas nak bawa laptop.free of charge!except kalau nak print sendiri mau ingat la ek.kena gi topup kat atas.aku suka pergi ITD sebab alasan sama lebih kurang kenapa aku pergi library.tapi sejuk gilaaa woooo.nak2 kalau time hujan lebat siap dengan angin2 sepoi2 kasar bahasa lagi memang terketar2 laa aku duduk dalam ITD.

lagi satu aku suka pasal ITD ialah sebab kertasnya.yeaah paper yang digunakan bila nak print sangat berkualiti.so bila dah siap print akan timbul rasa semangat nak study(ayat poyo yang biasa kita dengar).kat sini la jugak nak add drop subjectnye,sini laa tempat 'hang out' dengan kawan2 bila habis class.sometimes tempat ni boleh jadi tempat kudapan lak.ish3.


6. HS Cafe
apa lagi tempat makan la kan selain tempat dating anak2 muda.haha.honestly i tell you guys when was 1st year,aku sangat2 jarang makan or pergi ke HS cafe!sampai aku 3rd year kot baru nak lepak sana.imagine!dah la aku ni HS(human sciences) student tapi tak suka pergi cafe kulliyyah sendiri.tapi tu dulu...

dah lama2 bila dipikirkan balik,ada something gak yang best kat sini.air buahnya including air horlick(bukan air buah) and PAU CHOCOLATE!!!!aaahhhh really2 miss you!!!aku tahu la tempat lain pun ada jual(eleh macam kat uia jek jual) tapi pau uia aka hs cafe ni pau dia yang besar punya!!tak puas makan walau sebiji.ha ambik ko!ni yang tiba2 lapar ni.ciss...


7. Babush
okeh korang tahu tak ni tempat apa?yang bukan dari UIA mesti ingat n tempat...apa2 la kan.ni tempat makan sebenarnya.tempat makan orang2 arab(cewah ye ke) tapi best wooo.roti semua besar punya.ada bubur dia nih best!nasi kunig(tatau cmne leh jadi kuning)and spaghetti.waaahh rasa lapar untuk kali ke berapa tah.

memang harga toksah cerita laa.kadang2 mahal kadang2 murah.depends on kakak indon yang mane jaga cashier masa tuh.haha.tapi aku suka ambil 3 foods sekali dalam 1 pinggan.ambil bubur,nasi kuning and spaghetti.wahh masyuk beb.pedulikan orang2(manusia ek.bukan orang2 kat sawah padi tu) sekeliling.janji perut kenyang.haha tapi i makan tak comot tau walaupun lapar gila tak hingat la.


8. HS Square
ni pun nak up pasal HS punya port.haha tak kira!dah aku ex student HS.hehehe.tempat ni memang sangat2 sesuai untuk melepakkan diri tak kira la lepas class ke,lepas makan ke(sebab dah kenyang sangat), tempat nak jumpa group members ke,nak buat discussion ke,online ke,study last minute untuk midterm or quiz ke(hehe aku la tu), ha macam2 laa fungsi HS square ni.

kalau malam,tak silap aku la,aku pernah tengok budak2 BEN rehearse lakonan diorang(teater la cik suhada!)ye yeeee tahu la..sometimes hs square ni jadi tempat exhibiton.especially from student psychology(up kan lagi major aku.haha), student poli,BEN pun ada.student lain ada gak seperti student soca,history(tapi student history suka buat exhibition kat atas tu.tempat nak masuk IRKHS.kan?kan?),mass comm.

aku pernah buat experiment tak menjadi kat hs square.hehe tapi mujur aku pass subject tu.:)


p/s: dah malas nak cerita pasal UIA dah.past is past.hehe ceh berlagak gila seh!

No comments: