Monday, January 18, 2010

Apa Yang Saya Suka Pasal UIA :-)

best wooo air nih.haha.

hehehe tengok entri ni mseti ada orang akan fikir minah ni mesti nak up2 kan UIA dia tu.nak kutuk2 U lain.haha apa laa korang.mana ada la semua tu(even ada laa rasa gak sikit2).semua ipta ke ipts ke ada kelebihan and kekurangan masing2 kan.tapi sebab ni blog aku dan betul aku asal dari UIA(bukan lahir di UIA ye) so mesti laa aku nak cerita tentang kelebihan u aku kan.hehe.tapi ni semua opinion aku laa selama 4 tahun study kat situ.ok ok aku cerita pasal kelebihan dengan kekurangan UIA.ok?ok la tu.:) tapi tajuk entri still macam tu juga.tak kira!nak up punya pasal.ahaks!

ok first membebel pasal kelebihan dulu(nak membodek even dah grad pun.haha):

1. Matric Card: ok sebenarnya tak berapa penting even masa zaman matrik UIA PJ tu(tu pun pakai masa nak lalu depan STAD jek.tu pun terpaksa sebab malas.haha).kat UIA Gombak or main campus lagi laa.boleh dikatakan most of the students tak pernah pakai.semua dok pakat simpan terperap dalam dompet or purse or wallet(sama jek kan?) masing2.so tak payah laa students dok kelam kabut kalau tak bawa matric card masa pergi kelas (akan jadi kelam kabut bila tiba2 kelas tukar venue ke library.ha gasak la korang tak bawa matric card).so aku rasa ni kelebihan UIA la.tadek orang nak marah or kena saman bila tak pakai matric card.hehe.

2. Library: ha ni lagi satu.tadek la kelebihan sangat sebab semua U ada library tapi library UIA ni best sebab ia jadi tempat aku berteduh bila hujan lebat nak balik kolej tak leh sebab tak bawa payung(eleh kalau ada pun leh terbang payung aku dengan angin kuatnya lagi).sambil tunggu hujan stop masa aku sangat2 terisi dengan membaca newspaper kat library(selalu baca pasal artis jek.uhuk), leh buat assignment dengan mencari sources dari buku(even ni laa cara paling last aku akan buat sebab suka cari kat internet jek), and sometimes aku habiskan masa aku tunggu hujan stop dengan baca novel or magz kat reading area tu.siap pinjam lagi.waahh padahal buku teks clinical pun malas gila aku nak pinjam.hehe.ha lagi satu mesti la leh surf internet dengan amannya.berjam2 lak tu.tak pun tidur di library tempat baca paper(tapi aku tak pernah buat ek.serious!)

3.Kolej Nusaibah: hehe bestt wooo even aku 4 tahun study situ kena panjat turun guna tangga tinggi.sangatt2 tinggi wooo.siapa2 gemuk leh kurus kot hari2 panjat turun guna tangga tu.memang tu jek laa jalan terbaik dan terpantas nak ke kelas ke,nak tunggu bus ke,nak dating ke.haha.tapi aku selalu panggil tangga Batu Cave sebab tinggi. mase first year dulu memang aku suka sumpah seranah tangga tu sebab sangat tinggi and memenatkan.badan cepat berpeluh(kan baik untuk kesihatan tu?),letih,selalu kalau aku balik kelas lepas naik tangga tu terus aku gi bilik on kipas laju2 pas tu baring.waahhh nikmat2.tapi da lama2 kan da biasa laa.da jadi energetic guna tangga tu(sebab terpaksa kot.hehe).kalau sehari dua tak naik turun confirm betis aku akan terasa sengal2 manja.haha betul laa weh.aku bangga sebab bukan semua orang suke tinggal di nusaibah sebab diorang tak larat nak naik tangga tinggi tu.kalau kawan2 aku tanya,"su,ko duk kolej mane?""nusaibah""waahhhh tingginyeeeee.tak larat aku.all the best ek su".haha gelak sakan aku bila bila tengok reaksi kawan2 kelas aku bila tahu aku duduk nusaibah.LOVE U NUSAIBAH!

4. Block H and ex Roommates: ha yang ni pun penting bila kita dah masuk U or kolej.roommate ni memainkan peranan penting tau.kalau dia jenis yang tak suka mandi and pengotor,korang nak ke?isshhh aku memang tak sanggup.dengan suka kencing merata2 dalam bilik?suka?ha suka?lantak korang la.haha.alhamdulillah semua yang jadi roommates dulu semua ok.kita mana boleh cari yang perfect kan?semua jenis tak buat hal la.kira tadek yang menaikkan darah aku(memang la ada tapi aku leh control kemarahan aku lagi sebab aku kan penyayang.ceh.haha).thanks to Nor(ha jangan nak kembang2 di situ), nana,shaza,hanan(ni cek mek molek kelantan yang best.suka download movie jek keje dia.hehe), jihah(fanatik cerita2 korea), kak dila(kakak contoh sebab terlalu energetic), alin(softspoken and suka warna pink sama cam kak dila),nadia.beb(suka gayut tepon.hehe)and irnie.

OMG tiba2 rasa cam banyak lak nak type tapi nak rehat nak gi pasar malam beli air choc special.hehe.ada lagi pasal ITD,HS cafe,babush,gamelan,kedai photostat,bilik mandi nusaibah(apakah??)statistic lab,masjid uia,HS square,bus stop law...waaahhhh sangat2 banyak.next upcoming entry maybe.:)









p/s: baru lepas ambil gambar for resume.serious kontrol gila muka aku.siot!.ohh gambar atas tu la gambar air choc yang aku excited sangat nak beli ni.hehe.








No comments: