Thursday, January 14, 2010

Bila Orang Tua Kata...

hiiiiii whats uppp guysss....salam

so hari ini kita nak buat diskasion(nada mexico) pasal apa yang kita cuba elakkan bila orang tua kata...macam pantang larang laa konon(tapi bukan untuk ibu2 lepas bersalin ek).

antaranya ialah:

1. jangan duduk di tepi tangga rumah time senja
-ertinye: nanti tak dapat kahwin(rase nye laa..ingat2 lupa lak..hehe)..eh bukan2..haaaa ingat dah.nanti kahwin dengan lelaki hodoh..huhu mujo rumah i tiada tangga..ni selalu untuk orang kampung la ni.(note to self:balik pekan and muar jangan duduk kat tangga time senja.kalau pagi2 boleh kot..heheheh...miang di situ).sebenarnya orang tua suruh masuk sebab da Maghrib.reti?

2. jangan menyanyi sambil memasak di dapur(yang ni mesti da biase dengarkan..kalau masak di luar dapur leh laa nyanyi ek..haha)
-maksudnya: nanti kahwin dengan lelaki tua...hahaha kalau kaya apa salahnya..kaaaannnnnn.tapi sebenarnya orang tua tak nak air liur kita masuk dalam lauk pauk yang sedang di masak.haaaaaa

3. jangan makan beralih tempat(jeng jeng jeennggg...ikot style skyj99..:))
-maknanya: kalau tak silap nanti kahwin ramai lelaki....isshhhhh ye ke???sebenarnya orang tua ni tak nak kita makan bersepah.faham?

4. jangan bergambar di atas pelamin especially bagi mereka2 yang masih single..(kira macam jangan nak mengada2 ambil gambar time pengantin tak bersanding lagi.jangan menggatal nak 'bersanding' dulu before pengantin..)
-penjelasan: nanti tidak dapat kahwin atau lambat kahwin(tapi jodoh ketentuan Allah).orang tua takut laa nanti korang akan dicop gedix maksima cam tak sabar2 nak kahwin.perempuan kena jaga keayuan kannn?kaann?

5. jangan tidur lepas subuh(note to myself)
-meaning: nanti rezeki tertutup.contohnya terlepas breakfast.rezeki la tu kan.(eh yang ni bukan bila orang tua kata tau.ni memang kalau ikut Islam pun memang ini fakta!.hehe)

haa apa lagi ek kata2 orang tua ni yang kita biasa dengar?hmm tiba2 kekurangan memory lak bila nak fikir balik apa dia.haha but mostly apa yang orang tua kata tuh berkaitan dengan girls jek la.tak tau lak ada pasal guys kan?kalau ada share la ye..:)




p/s: lappy ku tak siap di 'operate' lagi..huhu tiada spare part konon..:(



No comments: