Sunday, February 14, 2010

Alkisah Bau Tahi Lembu Dalam Flight;-p

salam

haaa terkejut ke tak ni tengok title entry aku kali ni?baik korang terkejut cepat!kalau tak aku malas nak cerita apekehal nye cerita pasal mende busuk ni.


lantak ko la miss.KITORANG PUN TANAK TAU!


alalalla jangan laa weh.hik3

ni sebenarnya kali ke 2 aku retype mende yang sama.sebab nak letak pic tadi aku tekan select pas tu backspace pas 2 delete terussss entry aku.perghhh berderau darah aku.geram!tak paham kan?abaikan.hik3 salah sendiri kot.

okay2 cerita dia macam ni ye anak2(baca gaya ala2 seorang mama yang sweet bacakan cerita dongeng Rumplestiltskin untuk anak dia yang memang dah nak ready tidur pun:)

kamu semua tahu kan(ok jangan nak perasan.tadek orang pun yang baca blog kamu ni miss)yang aku pergi mengerjakan umrah selama 2 minggu.so ada laa cerita2 lawak yang dikongsi bersama.antaranya pasal entry ni;p


penerbangan dari Jeddah ke Malaysia mengambil masa selama 8 jam(baca gaya ala2 pramugari Saudi Arabian Airlines.tak tahu cerita?baca entry ini.of coz la baca dalam slang english yang tak berapa reti and jelas).

korang faham2 jek la apa jek boleh buat dalam kapal terbang tuh(tak2 tak paham pon).bila 8 jam kena duduk kat seat yang besar dan selesa itu.banyak aktiviti yang tak bergerak laa aku boleh buat.seperti:

menonton cerita di screen belakang seat depan kita.tengok cerita transformer 2,night at the museum 2, ice age 3.ulang2 pulak tu dia tayang.main game hangman,chess,hangman balik.betapa bosannyaaa.pas tu dah tidur.kan senang...............best!




CEPAT LAA MISS OIII!!! apekehalnyee citer pasal mende busuk tuh?


hik3 maafkan saya.saja nk buat suspen(konon)


time da nak dekat landing kat KLIA,semua orang da get ready pakai seat belt(kadang2 jek aku pakai.betapa malasnya)sebab nak landing kan.tak sabar2 laa konon balik Malaysia.then tetiba hidung ku bau something.jeng jeng jeenngggg.....


TAHI LEMBU!


dua words tu jek yang akal aku yang cerdik pandai ni boleh mentafsirkan apa yang aku bau time tuh.dahsyat seh bau tuh.taik lembu?bayangkanlah.cam siaaalllll jek kan.

aku pun sepantas kilat terus meng inform kan hal itu kepada mama aku kat sebelah yang dah memang tak sabar2 lagaknya nak sampai KLIA.

"mama,cam ada bau taik lembu ah"

"eh mana ada"....pas tu buat2 cam bau...."eh aah laa.ada bau taik lembu"

"tah2 bau minyak wangi yang sama masa perempuan arab tu suruh mama bau masa kat masjidil haram"...(wah senafas ni aku cakap)

bhhaahahhaha kitorang gelak tak hingat dunia.gilaa beb.minyak wangi bau taik lembu?

korang pernah dengar ke?or pernah bau?or siapa2 laaa pernah bau?

gelak sampai nak keluar air mata kot time tuh.adduiihaaiii mujur orang tersebut pakai time2 nak dekat landing kan?kalau 8 jam b4 tuh dia dah start pakai apa macam?ada bran?ahha tiba2 kan.

tapi yang satu aku peliknya kan.passengers dalam flight tu cam buat2 kental jek kan akan bau tersebut.hish memang aku tak puas hati tol.haha.rasa nak bagi kasut aku kat pipi makhluk tersebut jek yang menyebarkan bau tuh dalam flight.tapi tak tahu siapa.hik3

yang kapal terbang ni pulak sajek jek nak landing lambat2.dok terkedek kedek lagi.cam nak bagi akui bau puas2 akan tahi lembu tuh.ha padan muka aku!

aku still dengan tutup hidung aku dengan selendang aku pakai.konon2 cam ala2 pakai purdah padahal nawaitu lain.haha.

sampai kat pintu keluar kapal tebang tuh ada abang2 akak2 kt luar tu kata kat kawan dia,

"weh kau bau tak apa aku bau sekarang ni?asal flight ni bau cam taik lembu ek?"

aku memang da nak tergelak sebab aku kalau mende lawak2 ni aku tak leh tahan.terus aku jalan laju2 gi keluar dengan segera.bhahahahahahha..

sebenarnya aku dengan my mum syak(cewahh) couple Arab yang duduk sebelah seat kitorang.aku rasa bini dia kot yang pakai.sebab aku YAKIN lagi CONFIDENT yang orang Malaysia takkan beli kot minyak wangi tuh.

aiihhh macam2 laaa orang2 zaman sekarang.dari perbezaan budaya,bahasa,pergaulan sampai ke pemakaian minyak wangi pun nak gak berbeza2.hehe;p



yeaaayyyy dah habs cerita.suka la tuh.;p


bukan nak mempermainkan or memalukan orang Arab nih.just nak share pengalaman yang seriously aku tak pernah alami sebelum ni.hehe.








p/s: ala sama halnya kat Malaysia.foreigners mesti pelik tengok kenapa kita suka makan durian.padahal bagi diorang bau durian cam bau sampah.aku tak makan durian;p



2 comments:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Brand apa minyak wangi tue?Igt nak beli satu la.Hahaha.

Miss Fireflies said...

kalau aku tau da lame aku post laju2 kat ko.g dating trus pkai.hahahha