Thursday, March 04, 2010

New Days And Be Careful=D

salam.

ok entry kali ni nak cerita hari2 baru aku bekerja.

ok before tu cam biasa la kan,

HP AKU TAK SIAP2 LAGI!!!!!!!!!!!




wah dah lega.tamat cerita pendek.




nak dekat2 kol 5pm tadi, aku tengah syok mengadap lappy yang di bawa dr rumah ke tempat kerja.orang2 disekeliling memang aku tak hiraukan sangat.aku akan mengadap lappy dengan tekun dan khusyuknya kalau ada kerja kena type.tu pun kalau last minute nye dateline.



tengah2 khusyuk sampaikan ada manusia2 yang lalu lalang depan tepi belakang aku pun aku buat tak tahu jek, tiba2,

"cikgu,cikgu buat apa tengok komputer lama2?"

si cikgu yang tiba2 terperanjat terus tengok jam di tangan kiri.oh dah pukul 5pm tepat!,kata dalam hati si cikgu.

"cikgu tengah buat kerja sayang"<<<---sebab si cikgu selalu lupa nama anak2 muridnya.

"cikgu type apa tu?".eh tahu pulak kamu makna type ek.hik3=D

"cikgu type soalan periksa".jawab si cikgu sambil mata tak lepas asyik pandang skrin lappynye sahaja.tekun la katakan.anak siapa la ni.hak3;p

"soalan periksa apa cikgu?".tanya lagi dia.memang suka bertanya rupanya.bukan sebab si cikgu ni kaunter immigresen k.

"soalan PTI".jawab si cikgu lemah longlai.penat sebab dah petang.ok PTI<<--pendidikan teras islam.

"ohhh PTI tahun berapa cikgu?".ok dia bertanya lagi.layan jek la.

"PTI tahun 5 la sayang".ok still dan masih lagi si cikgu lupa nama anak muridnya.

"oohhh.hehehe".pahal lak senyum2 manusia ni?bertanya si cikgu dalam hatinya.

"ha ni kenapa?kamu ni tahun berapa?".tanya si cikgu tiba2.

"hehe saya tahun 5 la cikgu".jawab dengan yakin dan ada unsur2 jahat kecil di situ.

"ha?eh eh kamu pergi sana.mana boleh tengok!".gelabah si cikgu tu sambil almost nak tutup lappynye.hehe.


dalam hati si cikgu,"hampeh nye budak kecik.boleh lak dia syok2 tengok aku type tadi".



moral of the story: type soalan periksa di rumah yee cikgu2 dan kenalilah muka dan ketahuilah nama2 mereka.hik3=D


baru setel 2 paper.lagi 2 paper.arrghhh.jom minum milo tabur dulu.jom2=p





p/s: ok kepada orang yang telah merasmikan soalan aku dengan menjawab salah pada soalan pertama dengan jayanya, sila jawab soalan2 yang lain.hik3=p



5 comments:

rentan said...

hahaha... aku dah jawab sume dlm mase 1 minit..terer x sy cikgu??

Miss Fireflies said...

isssshhhhhhh terernye anak murid cikgu ni.hik3=p

fiD said...

aduh! bile bace, mcm manje2 jew budak tue,huhu

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

comel jer anak murid kau.hahaha.

dulu aku tak suka masuk bilik guru sebab nanti macam macam kena suruh.macam takde tangan jer cikgu tue.wakakaka

Miss Fireflies said...

fid=hik hik hik mmg manje

razi:haha biasa laa masa ni laa murid2 leh bodek cikgu.hikhikhik