Monday, June 28, 2010

Update! :-) episode 2

salam.




hehehhe update sikit eh.eleh sat g bebel.keh keh keh


update apa saya buat hari ini.....(esei UPSR)



bangun pagi dah 645am.ok sangat kelam kabut.mengantok.lambat.tak iron baju.sejuk.mamai.malas nak bangun.padahal dah tidur awal semalam.


berlepas ke sekolah (ecewah cam naik flight eh) pukul 745 am.ok bagus.cam sekolah itu my daddy punya.ekekeke


10 minit dah sampai.drive entah cam hape jek.laju sebab takut kena sound dengan pengetua.ehehe before dapat kereta saya seorang yang selalu datang awal ke sekolah.cam saya adalah murid sekolah.rekod bersih suci beb..hihi


since dapat kereta memang kejadah haram ah nak tengok saya datang awal ke sekolah.siap boleh singgah kedai no 7 (ini tok saya selalu panggil kedai no 7) iaitu seven eleven untuk beli kitkat.motif beli?masih dalam penyiasatan.


sampai di sekolah saya terus masuk bilik guru dan tulis pukul berapa ketibaan saya di sekolah tersebut.ok 745am tambah 10 minit berapa cikgu?


755am...ok tapi saya tulis pukul 8 am.saya bagus kan cikgu?alang2 genapkan pukul 8.hehe


kemudian perhimpunan diadakan.oh saya suka sebab boleh tengok muka2 ceria anak2ku yang cam benci jek ada perhimpunan pagi2.hehe muka memasing masih mamai.padahal dah pukul 8.hampeh la mereka ini.


kemudian (eh skema) kelas saya mula pukul 830 am.saya pun bersemangat masuk ke kelas tahun 2.tapi ada satu kesilapan yang telah saya buat.


saya termasuk kelas tahun 3.ok fine!cikgu silap ye.pukul 9 kan baru kelas tahun 3..aihh confuse sekejap di situ..



pembelajaran dilakukan seperti biasa.siapa tak bawa buku memang kena berdiri sampai habis masa.siapa tak siap kerja sekolah jangan harap nak menjamah makanan di pagi hari di kantin.padan muka kamu semua.hehe


sesi pagi habis pukul 930 am.kemudian (eh skema lagi) seorang cikgu ajak saya breakfast di luar.apakah maksudnya di luar itu?saya ingat makan di warung Pak Lah tu jek tepi jalan.rupa2nya.......

















ok fine starbuck.kami customer 1st yang tak malu singgah pagi2.



tapi takpe.memang saya tak malu.sebab saya lapar.hehe ni cikgu syira yang belanja.katanya ganti duit minyak kereta saya.yeay!!


tapi apabila minum dark mocha dengan kek noir apa akan jadi?ok muak.lalu kek saya makan 3/4 jek.air yang saya minum habis.











sayang nak makan yang atas tu.apa motif?entah.blur..



aktiviti yang selalu dilakukan semasa makan di luar ialah mengambil gambar.bukan gambar sendiri sangat pun.tapi gambar makanan.sambil borak2 kencang tak ingat sebab tiada customer yee nak breakfast di starbuck.semua belasah roti canai mapley.jadi suara pun tak dapat nak dikawal.maka sembang2 lah kami tanpa rasa segan.ekekeke



kemudian kelas saya bermula pada pukul 11am.jadi memandangkan kelas kami bermula pada masa yang sama,maka haruslah kami beredar segera demi menjaga nama baik sekolah.eh apa kes?mana ada orang tanya.hehehe



cara pemanduan saya memang agak luar biasa apabila dalam keadaan kelam kabut nak sampai ke destinasi.terutama sekolah.hehe jadi memang tepat 11 am dah terhegeh2 masuk bilik guru dengan minum sambil berjalan.ish saya kadang kala memang agak tak senonoh.sila jangan tiru.



yang peliknya sampai di dalam kelas saya rasa sangat2 mengantuk.sangat2.tak tahu kenapa.adakah salah dark mocha itu?adakah salah kek noir itu?entah.dalam penyiasatan yang malas nak selesaikan.eh cam ayat apa tah..


kemudian tiba waktu zuhur.saya ke masjid kerana ketiadaan air di sekolah.tak bayar bil agaknya.maka kami pergi lah ke masjid beramai2...



dah sampai di sekolah rasa lapar pula.makan nasi di kantin tapi tak sempat makan.just ambil jek sebab ada kelas pukul 2pm.hampagas.tak ingat lak tu.



dah habis kelas baru makan dengan malunya sebab mereka disekililing puasa rejab.aish bila saya nak ganti puasa ni.lagi dua hari jek pun.hihihi geng2 cikgu saya jek la yang tidak berpuasa.yes ada geng,ish tak baiknya la saya ni..



kelas saya habis pukul 330 pm.masa tu baru teringat yang saya ada bawa laptop bersama2 tapi baru nak on.ish3 busy la katakan..



kemudian saya on la FB saya.seperti biasa laa mesti dapat banyak notification sebab kawan2 saya comment kat status saya.saya pun reply laa dengan coolnya.kemudian saya buka page blogger.nak tengok ada tak kawan2 blogger saya yang update blog mereka.dah lama tak baca.



kemudian saya on YM.ok orang yang saya harapkan itu tak online.takpe la.mungkin dia busy.tak lama lepas itu orang yang ditunggu pun online.terus die meyapa "syg".hehehehe


kami pun berchatting2 la seperti biasa.sampai pukul 430 pm di mana saya kena mengajar budak baca jawi.jadi perbualan kami terhenti di situ.saya logged out FB tapi tidak YM mahupun email yahoo saya.kemudian anak murid saya nak pinjam laptop nak online.jadi saya bagi.



habis kelas pukul 5 pm.saya kembali ke meja saya.anak murid saya kata ada orang bagi message.tak sure lah message apa.ingatkan YM.bila saya periksa tak ada pun.kemudian saya check email saya.oh dah di sign out kan oleh anak murid saya.bila saya sign in balik,saya dapat offline message dari orang yang ditunggu2 tadi.oh mesti dia ingat saya tipu dia...



saya balik pukul 6pm.sebab online dengan orang itu dan borak2 dengan cikgu2 lain yang masih tak siap2 kerja mereka.sebab tak mahu bawa pulang ke rumah kata mereka.saya pun join la.balik rumah awal pun bukan boleh buat apa2.bosan.




sampai rumah saya solat asar lepas tu terus jek online.cam dah ketagih lak dengan sistem online ni.ish3 bahaya yeee anak2.adik yang ajak pergi pasar malam pun saya tak hiraukan.malas.tapi bila dia nak pergi pasar malam dengan kawan2 dia,laju jek saya nak suruh dia kirim soya cincau.fav air kalau pergi pasar malam.hehehehe



adik saya akan lagi suka belikan air untuk saya kalau saya bagi duit.even masa tu dia tengah pegang dompet abah saya nak ambil duit.ish3 saya dah lali dah dengan taktik dia tu.biasa betul.


dia suka saya bagi duit sebab saya tak akan mintak balance.lepas tu balance duit tu dia boleh beli macam2 sampai tak larat nak makan.haaa kan dah membazir.syaiton betul la.budak2....




kemudian lepas maghrib sudah sampai masanya saya tolong mama masak.selesai sudah.hehe tunggu abah balik untuk dinner bersama2.



sampai perenggan entry ini ditaip saya tak tahu nak buat apa dah.update status FB?dah selalu sangat.dah jarang buka page twitter,tumblr,formspring.tapi formspring tiba2 nak on.



nak upload pic yang tergendala semalam.hampeh la.dah tak rasa dah nak upload.cakap pasal pic ni ada orang itu dah buang pic dia yang saya suka tengok dijadikan profile pic dia.


hmm salah anggap la dia ni.memang saya tak suka perokok.tapi gambar tu tiada kena mengena even ada rokok.saya suka gambar tu sebab nampak dia nampak comel.biar la.....





so congrats la siapa yang dapat baca habis entry saya ini yang menyerupai ayat2 skema.hihi




saya update pun sebab ada orang itu suruh.eh tak sangka ada orang berminat nak baca blog saya.hairan...aww malu i tau.hehehe



ni tengah nak tunggu dia online dengan saya.rindu.tapi tak tahu la dia nak ke tak nak.sebab macam marah saya jek......erm









perlu ke penutup entry ni berakhir dengan kesedihan?tak tak...













p/s: eh saya tak bebel kan di atas?ok tak tak.saya tak bebel..~~lalalalalala~~



3 comments:

~Ann~ said...

haha.. siot la skema.. mihahahaaaaa.. bagus cikgu, teruskan usaha. Boleh skor A ni.. aish, upsr dimansuhkan, cikgu punya target camne ni??? haha

rentan said...
This comment has been removed by the author.
butterflies Lovers said...

panjang giler~ fuhhhh!! ;)