Friday, July 30, 2010

Tired :-(

salam......





haaa salam pun macam nak tak nak jek kan.sleepy sebenarnya aku sekarang ni.tak tahu kenapa.




petang ni ada kelas tambahan lagi.supposedly bukan kelas aku.tapi ye laa dah di rombak sekejap untuk minggu ni kan...hmmm....ermmm......




ye laa nanti masyarakat sekeliling kata apa pulak kan kalau aku tak pergi.tak baik.kesian kat anak2 murid aku.memang aku datang ni sebab mereka laa..BUKAN SEBAB ORANG LAIN!




malas?kamu kata aku malas ke?nak datang mengajar?hmm...kalau aku malas dari mula start kerja dah patutnya aku buat malas.balik hari2 lambat,ganti kelas orang lain semua.MALAS LAGI KE AKU???




bukan nak mengungkit.luahan sahaja.biasa la tu.semua tempat kerja ada problem kan.takkan semua nak macam malaikat sentiasa.ye tak?





aku bukan malas nak datang mengajar petang ni dan esok.aku cuma.........................*bunyi cengkerik dan kipas patah berpusing kedengaran*













p/s: dapat gelang baru hari ini.hehe thanks Kapika..*nama bukan dalam IC* =p


Thursday, July 29, 2010

Mystery? =D episode 2

salam.




haaaaa apa lagi yang misterinyaa miss fireflies oit?



kamu semua kena baca entry yang
ini dulu kalau nak tahu yang episod 1.aku cakap kalau nak tahu kan...so ada pilihan yee di situ.tak wajib.



oh ada lagi yang misteri pasal aku yang bukan artis ini.pasal nama aku dalam FB.ceh.ingat apa dia.




alaaa cuba kamu tengok kat sebelah kanan blog ni kan ada FB badge aku.apa nama aku?apa?tak dengar?





*bongok laa kalau kamu semua jerit tiba2.aku tak dengar.lalala*







haaaa ye la tu..yang itu laaa nama dalam FB aku.so?whats up with that?tak bolehkah?






MARKONAH AWANG






ni ramai yang bertanya pasal konon2 kepelikan dan keganjilan dan dan dan...kelawakan nama itu.semua peringkat umur kot tanya.sibuk ah.dari family aku ke cousin2 pakcik2 aku ke kawan2 aku ke guru2 di sekolah dan SEMESTINYA YANG PALNG BANYAK TANYA IALAH ANAK2 MURID AKU.ok dapat gambaran kan macam mana mereka ni tanya.



"cikgu,FB cikgu nama markonah awang kan?bukan ke nama cikgu suhada ke?"

"weh asal nama ko jadi markonah awang doh?puas aku duk fikir siapa laa minah yang aku selalu nampak online FB ni.nak tanya segan.haha
".........binawe punya kawan.ekeke.

"saya tahu dah cikgu,FB cikgu apa.markonah awang kan?kenapa markonah cikgu?"

"ko dapat dari mana nama markonah ni?awang aku pernah dengar la.cam nama mamat di kampung2
"...oh sangat tak sayang mulut kawan aku seorang ini..

"cikgu markonah.hari ni start saya panggil cikgu markonah ye"
"jangan nak mengada.markah ujian cikgu ptong 20 markah
"...haha gila syaiton aku..

"angah,awak dapat dari mana nama markonah ni?tak pernah dengar pun"..sambil mata tak lepas dari hadap screen laptop tengok page FB aku.

"puas saya cari nama cikgu suhada dalam FB.tadek pun.ameena cakap tadi nama FB cikgu markonah awang.ye ke?siapa markonah tu cikgu?"









aahhhhh enough2..*sambil tutup telinga.....dengan mp3 aku.hikhik*





adehh aku MALASNYAAAA nak explain berkali2 kat mereka ni tau.ye laa sebab mereka nak tahu kan.so memang laa tak salah.just sometimes i feel like......dah2 stop asking me about my name on FB.cuba kamu tanya cikgu topik apa keluar exam bulan august nanti ke apa ke.



ok mari sini saya bagitahu yee....nama markonah tu dah lama dah guna.since zaman guna friendster lagi dah.zaman2 matrik dulu2.*apa itu friendster?berlagak sebab dah ada FB blog twitter tumblr FS*



sooo....nama itu aku reka jek sebenarnya.aku pun seriously tak pernah dengar nama itu.tak tahu laa if ada orag pernah dengar kan.dalam FS aku ada orang tanya cam pernah dengar nama itu dalam drama tol gate girl.ye la kot.aku tak tahu laa..kebetulan cam real kot nama itu.hehe



yang awang tu memang aku plan awal2 dah la.memang nampak betul2 kampung kan.kalau budak lelaki yang kita baru kenal tapi tak tahu nama,kan selalu makcik2 pakcik2 kat kampung panggil awang jek.kan senang :)




dulu aku pernah tukar nama aku dalam FB jadi tikar terbang.motif???unknown.sebab tu jek yang terlintas dalam otak aku tiba2 bila aku plan nak tukar nama.lepas tu baru aku tukar kepada markonah awang and kekal laaa sampai la ni..











okeh?faham?ada lagi nak tanya?ok fine.aku tak nak jawab apa2 dah lepas ni.letih tau tak.

















p/s: have you guys seen or read my entry about my love?hehe coming soon Kuekuatsheu :)

Wednesday, July 28, 2010

Drive-Day-Dreaming =D

salam.







ok one more time i created such crappy crap term.ekeke =p









what is drive-day-dreaming?







when i was heading back to my home,from school i didn't realize one thing,until i got home.so what was it?









a black Myvi was driven by a macho guy..wahh as i looked at him he was a macho guy since there was no other guy in that car.so sila jangan perasan ye guy itu.







he passed me by and was looking at me like i am the one he's looking for for the rest of his life.*okay tipu*.he looked at me with his weird face and expression,as i thought,





"wah kau ingat aku drive slow sangat ke?bajet myvi ko sangat bagus"







but then,til i got home,turned off the aircond and radio,stopped the engine adn suddenly i realized something went wrong along the way back home.

























aaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh malu malu..















berangan ke apa aku ni..........pintu aku tak rapat pun aku tak sedar.drive sambil berangan.bagus.tingkatkan lagi usaha.patut laa mamat tadi usha semacam.pelik aa minah ni drive kereta tak sedar ke lampu merah sebelah meter tu keluar kaler merah dari tadi???















sekian story drive-day-dreaming.



























p/s: just thank God there was your girl sitting next to you guy itu.hihi =p


Reminder :-) episode 3

salam.







just edited my profile on FB and blog.this is real.no more hiding.









suddenly this 'thing' popped up on my mind..as a reminder to myself and the readers...













everything will be okay



in the end





if it's not okay,



it's not the end.























p/s: really damn sleepy right now......


Monday, July 26, 2010

'Wish' =D

salam.



hehe eh eh term apa tuh?pakai hentam jek eh?wah wah dah pandai aku sekarang.



tadi budak2 tahun 6 semua duk berebut2 nak salam semua cikgu.ye laa esok dah nak trial UPSR kan?seorang demi seorang salam aku juga.even aku tak ajar subjek UPSR pn.


dan seorang demi seorang juga aku paksa sambil salam aku kena wish panjang2 sikit.ekeke.saja nak mendera mental.wish yang aku dengar almost from them ialah




"cikgu saya minta maaf"

"doakan saya dapat 5A ye cikgu"





yang weird gila punya wish ialah




"cikgu,saya minta halal makan minum pakai saya cikgu"


*ok ok cikgu halalkan =p*





yang lain sikit dari yang lain,




"cikgu,saya minta maaf ye cikgu.eh saya ada buat salah ke dengan cikgu?"

"cikgu doakan saya dapat trial UPSR 5A dengan UPSR betul2 pun dapat 5A yee cikgu"

"cikgu,saya minta maaf kalau saya ada buat salah dengan cikgu.saya tahu masa cikgu mengajar kat depan saya selalu tak dengar.hehe"

"cikgu,saya minta maaf banyak2...ok tu jek"


*confuse jap.tak dengar sebab suara aku perlahan ke or memang dia main2 kat belakang?lupa nak tanya*















p/s: eh bukankah aku yang sepatutnya wish kat mereka ni?hikhik gasak laa labu =p


Saturday, July 24, 2010

Screwed Up! :-/

salam.






heeeeeeeeeeeeeeeeeee geramnyaaa aku....!!!


dah la tamak.aku cakap biar aku yang buat.tapi dia nak jugak.vavi laa


kan dah last minute baru nak inform.!


aih mengada la pulak.nasib baik aku jenis sabar .jarang nak marah2..aihh ini kalau aku marah ni mahu seumur hidup kau ingat apa aku nak balas balik ni..hisshhhhhhhh



tensennyeee laaaaaaaaaaa..ada juga orang camni dalam dunia.ada jugak orang camni yang aku kena kenal.aihh......


dah kalau dah tamak sangat pas tu lepaskan tanggungjawab cam tu jek.pastu menyusahkan aku.hidup aku!


bangang2..



pas tu boleh lak nak mengarah2 aku bagai.kau dah tiada kena mengena kan.so blah jek la.biar aku jek yang setel.ni duk nak terhegeh2 cam dia sangat penting nak buat semua kerja.



aku dah serik kot dengan perangai kau.heeeeee geram2!!!..pemalas!gedik!selfish!tamak!menyusahkan!!!!...aaahhhhhhhhhhhhh














p/s: tak suka betul aku kalau aku tengah moody ni....



Friday, July 23, 2010

Look Younger =D

salam.




hehhehehe look younger eh?



semalam kan ada solat hajat kat sekolah aku.ye laa budak2 ni sekarang next week ada trial UPSR.



so aku datang lambat sikit sebab buka puasa kat rumah dulu.dah solat semua aku gerak ah.alamak dah sampai2 confirm laa mereka tengah nak dekat habis solat hajat :((


aku punya laa drive cam kelajuan luar biasa.sebab tak nak lepas solat hajat tuh.bukan kata aku baik sangat tapi ye la orang jahil cam aku ni jarang kot solat hajat kat rumah..bila dah ada solat hajat berjemaah ni aku nak la join kan.



*next time buka puasa jek kat sekolah.kan senang*





aku sampai jek aku masuk dapur konon2 nak tolong apa yang patut.ok fine tiada yang patut eh sebab semua dah siap dan aku masuk2 jek rembat buah betik.hikhik =p



dah siap solat hajat tu baca yasin lak.ada seorang mak budak ni duduk sebelah aku.katanya nak share baca yasin dengan aku sebab dia tak bawa.aku share jek la.



dah habis baca yasin dia tanya aku,





"ni cikgu ke?"

"aah saya cikgu"...ceh gaya aku jawab soalan masa ni memang sopan santun bagai ah.cikgu kannn =p


"oohhh makcik ingatkan budak tahun 6 datang solat hajat sekali"......erkkk makcik???

"ohhh....hihi bukan laa.saya cikgu"...oh aku dah biasa dengan situasi begini.

"makcik ni emak hafez"

"ohhh kenal2".......memang laa dah anak murid aku.aku guru kelas..aishh asal aku tak kenal parents anak murid aku ni?

"oh takpe laa.orang kata nampak muda kan?"

"(senyum jek la aku cam biasa)" :))





ok enough said babe!




amacam korang?tercabar tak?






sila jealous sekarang.now now!..hikhik =p













p/s: oh bakal suami mesti kena nampak lagi tua dari aku kan?kan? =D

Thursday, July 22, 2010

Wah Pink! =D

salam.




oh so here's my story today.actually it happened on monday.but today i just remembered to say something about it here.




okeh pink!...ok apa tah aku merepek ni?




when i was driving back home,just stopped at the traffic light.then i saw from my side mirror of my car that there was a car..i mean brand new car...alaaa kereta myvi je pun.but new!





the color?pink!!!...haaaaaaa





i was like....ok ok sat gi mesti kereta ni stop sebelah kereta aku.ye la lampu merah kan?then tau tak apa jadi??






*ok tak tahu kan.te hee hee*




si driver ni tak stop doh.terus slumber bodoh alang jek langgar lampu merah.aisshhh tak puas hati betul aku.tau laa cam nak tunjuk lagak kereta baru so cam drive-kereta-pink-harus-langgar-lampu-merah dah mula di applykan dalam pemanduan beliau.hish!




tapi lawa ah.hehe maybe sebab aku perempuan kan.suka sangat cair dan lemah akan kaler pink lebih2 lagi dekat kereta kan?..hihi..ni yang limited edition tau.ada 1000 unit jek kot.








mak aku kata,"laaa kalau tunggu sebulan lagi boleh dapat kereta myvi ni angah"








*ok hanya kenangan*

















p/s: saya puasa ganti hari ni.last day!...hait!


Wednesday, July 21, 2010

Hehehehe episode 10 =D

salam.




fuhhhh baru balik sekolah ni beb.mahunya tak penat letih lelah semua ada ah.balik2 jek makan kitkat chunky...aah bagus!bila entah nak gemuknya...ish3




sambil aku baring meniarap atas tilam khas depan ruang tamu (alaahh depan tv la senang cerita) telinga aku ni dah masak sangat ahh dengar lagu tema cerita Benci Bilang Cinta ni..aihh muak aahh.adik dengan mama aku suka sangat ah ni cerita indon bagai.Dimas laa Winda laa..apa apaan laa...addoihh...




ok dah cukup muqaddimah untuk petang nak dekat maghrib ni.hehe








soooo hari ni story pasal anak2 aku lagi..siapa lagi nak menceriakan hari2 aku dengan tanpa rasa segannya kalau bukan mereka yang aktif2 ni ye tak??



bermula apabila aku tengah mengajar kelas tahun 4.subjek teras islam.topik?okeh topik ni sangat best.kita orang besar dah faham aa...mereka?ok confirm lagi faham dari kita.


*okay tipu*



topik hari tu ialah HADAS BESAR.haaa tercengang2 tak kamu semua?ok tak tercengang at least ternganga kan??ok ok aku faham =p



ok ada pasal apa contoh hadas besar untuk lelaki dan perempuan.so antara contohnya ialah..








MEMBUAT HUBUNGAN JENIS ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN.







ok aku nak explain tak reti ah kat mereka ni.aku bukan malu tapi tengah merangkak2 aku cari cara nak explain paling senang..ke tadek yang senang?erkk...tu laaa menyesal lak tak tanya2 cikgu2 lain dulu b4 mengajar.bajet cam aku rasa cam boleh handle jek..rupa2 nyaaa..susah gak eh nak bagi orang lain faham...nak2 budak2....



so as usual watak yang selalu famous dalam blog aku bila aku story pasal tahun 4 ni ialah.......SYAHMI!!!!!....yeayyy tepuk2 tangan...=p


*mampos ah kalau syahmi baca ni..hihi*



si syahmi yang aku kagum sangat pasal dia ni ialah dia sangat pandai.suka bertanya.sangat commited buat kerja sekolah.bab yang suka bertanya ni laa menyumbang kepada kepeningan aku kadang2 nak melayan dia.tapi aku suka.




"cikgu,hubungan jenis tu camne cikgu?hubungan satu jenis ke 2 jenis?"

"hubungan lelaki dengan perempuan syahmi"

"ye laa satu jenis laa?"

"hmmm dua laa..lelaki dengan perempuan"....okeh aku ngaku time ni aku rasa aku cam bodoh tiba2..


"oohhh..hubungan jenis tu camne cikgu?"

"hubungan ni selalu suami isteri jek"..ceh yakin jek kan aku..

"ohhh...maknanyaa dia pegang2 terus jadi hadas besar la eh cikgu?"

"eh bukan2..(fikir jap)...bukan setakat pegang jek...camne eh cikgu nak terangkan?nanti cikgu tanya cikgu mas dulu.nanti cikgu bagitahu syahmi ok?"

"ohh ok...pas tu camne leh jadi hadas besar kalau buat hubungan jenis?"

"...................ok kelas dah habis masa!...syahmi cikgu janji nanti cikgu tanya cikgu mas dulu k?"





*aku dah cam blushing agaknya.bukan malu tapi rasa cam lost kejap*





yang seorang lagi namanya Soleh.wahh suaranya kalah aku.dah tak payah pakai mic eh.cam hape jek suaranyaa..dia kata dengan aku,


"cikgu,yang saya tahu kan.nanti bila umur kita dah 12 tahun ada keluar air mani pas tu ada keluar halkum kan cikgu?"



*okeh brilliant!!!!*



ok ok keluar halkum eh?keluar ikut celah mana???









camne eh kamu semua???nak explain mende camni kat budak2??please2 help me!!!! tak habis lagi topik ni sambung esok kot.








p/s: abang kepada syahmi sangat stylo.korean look!!..waahhh..hikhik =p

Sunday, July 18, 2010

Ho Yeah?? =p

salam.




ialmostlaugh:  (via cigarettefilledcoffin)



gambaran otak perempuan.apa eh yang ada dalam otak kami?hehe


aku suka yang bab shopping.duduk depan sekali tu.ekekeke


eh chocolate centre pun ah...hahaha i love it












p/s: eh asal yang part parking tu cam cenonit je aku tengok?? =p

Saturday, July 17, 2010

Hehehehe episode 9 =D

salam.



haaaa hot story.eh jap2.penat ah baru balik sekolah.hari2 balik lambat kot.ye laa tengok budak2 ni main2 ingat lak aku zaman2 kecil2 dulu...hmmm..



ni haaa nak cerita pasal budak2 tahun 1 ni.mereka ni sangat nakal ok.i mean serious nya gaban punya tahap nakal.ada seorang budak laki ni.nakal gila ah.aku pun dah naik fed up kot.banyak sangat perangai dia yang boleh menimbulkan kemarahan aku.




ada la budak tahun 1 ni nama dia awang (sian awang aku asyik guna nama dia jek.kehkeh).mesti la bukan nama sebenar kan.memang nakal ya ampun ah budak ni.satu hari tu ada seorang budak datang mengadu kat aku,





"cikgu suhada,tadi kan awang (bukan nama sebenar) kan dia pegang 'burung saya"

"ha apa?burung?"....aku tercengang2 campur bingung dan bengong.

"aah cikgu.dah banyak kali dia pegang"


aku terus mencari kelibat si awang yang suka memegang 'burung' orang lain itu.kelihatan dia duduk2 rilek jek eh pandang aku.aihhh budak ni kang aku sunat baru tau.



hari seterusnya ada budak perempuan lak datang mengadu kat aku,




"cikgu,awang kan tadi dia pegang 'bunga' saya"


"apa?bunga?"...tanya aku lagi dalam bengong dan bangang episod 2.











so kamu semua yang baca entry aku ni.nak tanya.macam mana eh nak solve perbuatan tak senonoh di kalangan budak2 darjah 1?ada idea tak?











p/s: eh entry ni tergolong dalam lawak ke tak?eh silap title ah.hehehe =p