Monday, August 09, 2010

Transformation :-)

salam.


perghhh tajuk entry sangat tak boleh pergi yee (ayat baik dari aku guna blah).macam transformer gitu.ececewahh.aku suka bumblebee.chop2 chop panjang.aaaaaaa



sebenarnya aku terkenangkan.....ada laaa something dalam life aku.nak tahu?










masa sekolah dulu aku pergi balik sekolah naik van sekolah
kadang2 naik bus sekolah
kalau ada hal petang tu kadang2 balik dengan abah
kadang2 balik dengan bas
aku selalu terfikir..masa aku tengah tunggu bus dengan kawan2 dulu
masa tengah sibuk tengok jadual kat tepi kaunter
bila bus seterusnya nak sampai
nasib baik aku dan mereka duduk rumah area yang sama
aku terfikir..
aku tahu aku akan rasa susah masa ni jek
sebab nanti dah habis SPM
aku mesti sambung study kat tempat orang
jauh dari rumah aku
mesti aku akan naik bus juga
tapi takkan teruk macam ni menunggu dengan sesak orang ramai
sesak dengan asap kereta
bunyi hon bus,lori,kereta..
aku teringin nak naik train...


dah study kat KL
dah merasa naik putra,naik monorail,ktm,erl,star...
kadang2 naik taxi
tapi kan..masa tu pun aku terfikir....
aku tahu aku akan susah masa ni jek
tunggu bus macam membuang masa
sesak naik bus,train...oh lagi ramai rupanya umat manusia kat sini
terkejar masa sana sini
aku tahu aku akan rasa susah masa ni jek
kena hari2 jalan kaki pergi kelas
pergi lepak kolej kawan yang lain
pergi buat study group
pergi meeting
pergi perpustakaan... jauh..turun naik tangga yang amat....
even nak pergi photostat...hebat kan?
sebab nanti aku tahu
satu hari nanti aku akan kerja
ada kereta sendiri



dah kerja sini
alhamdulillah
dah merasa ada kereta sendiri
beli dengan duit sendiri
nama sendiri..drive sendiri..
sendiri punya tanggung
tapi masa ni pun aku terfikir..tersedar..terkenang
ada hikmah abah mama tak bagi kereta masa study dulu
aku tahu masa aku tengah fikir semua ni semula
aku tahu aku akan rindu dan terkenangkan moment itu
susah senang life aku
susah senang transformation hidup aku
yang........bagi aku.............unik
untuk aku jek..hidup aku.
bukan untuk kamu.







*oh itu bukan sajak yee anak2*












p/s: so amacam?kamu?ok? =D


No comments: