Tuesday, October 26, 2010

Berterabur Bersepah :-I

salam.

second entry..

yes anything that i want to say here.if i want to..


last weekend pergi jalan2...ada berapa orang jek lah yang tahu aku pergi mana kan.tak ada apa yang best memandangkan tempat ini dari aku kecil sampai lah umur boleh dipinang orang ni aku pergi situ.yang bertukar hanyalah floor mana jek aku stay.view tetap sama.


laut.


ha lagi satu.boleh online.sangat tolol bila mana aku lupa nak bawa laptop sendiri dan terpaksa berebut laptop abah dengan adik yang tak matang.so sekarang siapa yang tak matang?aku ke dia?


dalam keriuhan duduk dalam 2 bilik atau connecting door,aku jadi pendiam.bila malam jek aku jadi diam.bila siang aku menyetan..i mean in a good way.kacau adik,buli cousin,sakat nenek,teman pergi mandi swimming pool.bila malam,opposite.


sepatutnya kalau pergi bercuti kena happy kan?aku yang bising pun jadi khayal kejap.on the way balik rumah aku rasa macam kejap sangat.tak rasa pening,tak rasa sleepy,just rasa nak muntah.sebab semalaman tak makan.pelik kan?tak pening tapi nak muntah.


aih apa nak jadi ni markonah...


batuk aku tak payah cakap lah.lagi lah.sampai aku dah berminggu2 minum air suam jek.orang duk lepak2 kat warung menghadap pantai time petang,panas,order air berais.aku?horlick panas.cantek ah..


tiba2 aku rasa cerita aku macam berterabur.takpe.bm spm aku A1..biarlah tadek kena mengena pun..



tengah lepak tepi swimming pool.tengok budak2,bapak budak mandi.masa ni mood aku sangat-sangat ok lagi..



bila malam jek kan....kan........ermm...


online malam last kat sana.tidur pukul 4 suku pagi.aih..dah janji dengan mama nak breakfast sama2 kat bawah.rugi lah dah ada coupon untuk 4 orang.takpe.abah adik mama cousin kan ada.ganti aku.aku buat apa?


bangun tidur jek aku rasa nak tidur balik.bukan ke bangun pagi buka tingkap rezeki murah ke?ye lah tapi bila ada sesuatu terjadi pagi tu membuatkan aku nak tidur.tidur jek lah.konon kepala dah penat.memang penat.lama sangat online.


ok dah aku memang rasa cerita aku sekarang bersepah-sepah jek ni.mana intro,mana isi karangan pun aku tak tahu dah ni.belasah jek la.takpe.upsr aku bm penulisan dapat A.


malam online bilik hampeh.semua gelap.tahu lah nak beradu.aircond on tahap high.apa korang ni panas sangat ke?kenapa aku jek yang menggigil?teraba2 aku pergi touch suis dekat dengan meja sebelah katil.nak on lampu kat corridor.


bukak sliding door,bawa laptop sekali.perghhh cilake...ish mencarut pulak..angin kat luar lagi gigil baiii...ah lantak.aku nak cahaya sikit kalau nak online.sakit mata aku nanti.sweater tak bawa.aah bagus!


kat corridor line terhenti.aishh ngada ah.masuk balik bilik.sliding door aku tutup then off aircond.memasing dah tidur nampak kaki.panas.biar lah padan muka.


online punya online....sambil kena jiwa kacau...


ada seorang sahabat bagi 'penampar' kat aku..perghhh sakit sial kau bagi.menusuk.tak boleh nak tarik keluar ni.punya lah dalam.bercampur dengan tersentak.campur lagi dengan macam aku baru sedar.berkhayal jek aku kan....


dia sembur dengan ni,

"apa kau dapat kalau sedih?"

time ni memanglah...lambat kot aku nak jawab soalan ni...dah start dah.mata aku bergenang air mata..aishhh kau jangan la wehhhh.


"PANG!!!"

khayalan aku je ni.aku takut dia nak bagi 'pelempang' pulak sebab aku lambat jawab.terus aku kata...

"nothing..."


aku lambat jawab sebab aku lambat sedar.selama ni i haven't thought about it.kenapa aku lambat sangat nih????


"pandai kan kau buat orang menangis"

"kau menangis jek la"


since that night,aku cuma suka bagi response "ok", "k fine", "thanks".senang.diam dan mengalah bukan bermaksud aku yang salah.cuma nak jadi matang.makan dalam sikit siapa yang tak faham.



pergi shopping pun tak boleh nak tipu yang senyuman tu sangat fake.sebab tukang ambil gambar sangat teruja nak ambil.so tu lah senyumannya.penyedap hati si pengambil gambar.



p/s: yee aku tahu.memang bersepah.panjang tapi buang masa baca.dapat apa?nothing.

p/s/s: time siang shopping dah tak menyetan.letih.


2 comments:

Kuwe said...

kalau takut dilambung ombak. jangan duduk tepi laut.

bm aku tak pernah dapat A macam bi aku. kahkah.

apa kau dapat kalau sedih? kahkah lagi.

ah kau senyum ke tak senyum takda hasil. gambar nanti jadi sekerat juga.

aimi nadiah said...

"yang bertukar hanyalah floor mana jek aku stay.view tetap sama."

mcm teka teki.. kepala sy pun duk pikir tempat ape la ea..
scroll bwh br tahu jawapan.. "laut" rupanyer.. hehe..