Tuesday, November 30, 2010

No 3 beb =D

salam.

wah apa tu no 3?hehe semalam main bowling dapat no 3.ok la tuh.aku bukan main selalu pun bowling ni.went out with my kids rasa macam best giler.lenguh jugak ah tangan aku jari aku pegang bola bowling yang konon2 ringan padahal..

nak tengok gambar tak?




aku warm up jek ni awal2 bagi regang otot2 jari tangan kan...*otot?poyo poyo*




okeh dah tunjuk sikit skill2 yang tiba2 menjelma entah datang dari mana




haaaaa tadaaaaa....hehe haa berpinau mata nak tengok siapa menang




okayyy walaupun bola selalu ke longkang kan...


ha siapa rasa nak balik menangis teresak2 sebab kalah main bowling dengan aku?contact aku segera.hakhakhak gelak setan.



p/s: alaa aku bukan tak pandai main.yang besar kena lah mengalah dengan budak kecik kan kan kan?..



Monday, November 29, 2010

Anon Sux! :-/

salam.

dulu entri riak,entri hiburan,entri ilmiah,ni sekarang entri annoying aka menyampah.kat siapa?anon yang sux!

walaupun Formspring aku yang dekat side bar tu kata "Anon Is Allowed.ceria kan?",jangan lah kau tanya soalan yang macam aku nak pijak2 perut kau laju2.tak ceria langsung soalan kau.dan lagi satu.even motto aku kat Formspring tu "nak jadi pandai kena banyak tanya",jangan lah kau tanya soalan merepek.kalau soalan tu lawak tak pe lah jugak.aku jawab dalam lawak lah.sempoi jek.

ini kalau dah soalan cenggini,

"awak tahu tak si tuuuutt tu dah tak virgin?"

eh apakejahanam ni anon kau tanya?kalau aku jawab pun,kalau aku tahu pun jawapannya,kau akan jadi pandai ke?tak kan?bukan nak kata semua orang yang tanya aku kat formspring tu semua akan jadi pandai bila tanya aku.tak pun.aku memang jawab semua soalan even dari anon pun.tapi kalau dah soalan celaka macam kau bagi ni...kau rasa aku nak jawab?aku geli.

aku tak kenal pun perempuan yang kau maksudkan tu.tapi bila aku tanya mat bunga dan dia pun dapat soalan sama,aku dah jadi pelik.kenapa kena tanya aku dowh?ke kau salah orang nak tanya?ada jek soalan anon yang tak keji macam kau bagi tapi aku jawab jek.soalan yang boleh buat aku fikir kejap nak jawab apa.contoh?tengok kat formspring aku.

motto aku tu aku buat macam tu sebab mana tahu kan.makin banyak korang tanya aku,makin banyak ilmu aku nak share ke apa.tak banyak tapi sikit pun jadi la kan.at least boleh jadi pandai sikit2.haa tu maksud aku anon sux.kau faham tak?aku nak SHARE ok?kongsi.

yang aku tahu anon yang tanya aku and yang tinggal komen kat blog aku ni mat bunga jek.dah tu jek.dia jek boleh guna anon.orang lain tak boleh.aku malas layan.


p/s: pagi2 dah buat hati aku mendidih panas nak meletup.sux lah!




Sunday, November 28, 2010

Pahala Dosa :-)

salam.


ok petang ahad ni kita cerita pasal pahala dan dosa pulak ye.aku rasa macam tak pernah ada jek entry aku pasal ilmiah dan kerohanian ni.syaiton betul aku.ish.sebab bagi aku ada orang lain lagi yang lebih ilmu agama dari aku yang boleh buat entry macam tu.tapi bukan aku.aku lebih suka baca blog orang lain kalau bab bab agama ni.

tapi hari ini aku nak share something yang aku still ingat masa aku belajar subjek Tafsir masa sekolah rendah dulu.masa tu darjah 5.dalam banyak2 subjek ke cikgu yang mengajar ke mesti ada perkara tertentu yang kita ingat sampai kita besar kan?(habis yang kau kena berdiri atas kerusi sebab tak tahu baca syair tu apa?bajet tak ingat lah konon)

sudah sudah.itu cerita lain.dah tak jadi dah entry ilmiah aku.

nama ustazah tu Wan Saadiah.dia garang tau.sebab tu aku cepat jek ingat apa yang dia ajar yang dia suruh hafal.dia ada sebut macam mana susah senangnya dapat pahala dengan dosa.ha macam best kan dengar?yang aku tahu contohnya macam ni.kalau solat dapat pahala.kalau tak solat dapat dosa.tapi ustazah terangkan lain..

kalau kita niat nak buat baik,dah dapat satu pahala.kalau kita melaksanakan yang kita niat tadi dah dapat lagi satu pahala.

yang dosa pulak.kalau kita niat nak buat benda jahat,kita tak dapat dosa lagi tau.tapi bila dah kita buat benda tak baik tu barulah dapat satu dosa.

so apa maksudnya kat sini?nak menunjukkan betapa SENANG nak dapat PAHALA dan betapa SUSAH nak dapat DOSA.tapi pelik kan?yang susah tu lah selalu manusia buat.kenapa eh?bajet kau nak adventure?whatthehell?nak bagi contoh ke?tak payah lah aku rasa.mesti yang baca entry aku ni dah boleh fikir kan..

tapi bagi mereka yang pendek akal tu jangan lah kau asyik niat baik jek tapi buatnya tak jugak.seelok2nya buat lah kalau dah ada niat kan.dan jangan pulak kau jadikan hobi untuk berniat jahat.sebab kau tahu tak dapat dosa kan kalau niat jek?ish.keji betul lah.

amacam ilmu aku share?ok tak?kalau ada siapa2 yang rasa aku share ni tak betul bagitahu aku eh!


p/s: tiba-tiba rasa 1st time entry aku berinformasi (@ o @)<<--apakah ini?




Just A Dream :)

salam.

jom pagi ahad ni kita layan lagu ni.eh sebenarnya dah tengah hari pun.ehehe.actually dari semalam dah asyik ulang2 dengar lagu ni banyak kali.senang sikit nak hafal lirik sambil menggodek blog orang lain nak cari cara letak button LIKE dalam blog.ehehe :)

boleh tahan jugak suara minah ni nyanyi.yang lelaki ni cam so so jek lah.tak ada yang special.suara lelaki banyak yang tak best dah sekarang kan?perasan tak?kecuali Faizal Tahir,Anuar Zain,Black.pelik.mana lagi penyanyi lelaki Malaysia ni eh?ke ada yang aku tak tahu?

i'm so in love with this song cover.










p/s: apa eh lagi lagu best sekarang?lagu lama ke?ada tak?




Saturday, November 27, 2010

Ehem Lagi ;p

salam.

eh ehem lagi?apa ni?ish.ini segmen riak lagi.entry maghrib tadi riak sikit jek.ni riak lebih.sikit jek pun.aku jek tergedik sikit.riak pun ye jugak.eh apa aku cakap?bunyi cam tuuutt.haha.gelak keji.

aku tahu ni pun rasa macam pelik jugak.lawak pun ada.aku memang tak tahu macam mana boleh jadi macam ni.ish.bunyi macam serius kan?ke serius bunyinya?ok pening.

buktinya seperti berikut..



ha yang ni terjadi sebab aku bosan.cuti jek aku terus blogwalking dengan aktifnya.dah lama jugak la tak singgah gengblogger ni.aku rasa sebab aku rajin menyinggah blog orang lain,tinggal jejak kat shoutbox,komen entry,like entry,tu pasal dapat title blogger paling friendly.kot2 jek la.(jap...nak muntah).tapi time ni still guna link blog yang lama.




ha yang ni.aku tukar jek link,tukar gambar kat FB,terus perghh dapat lagi blogger paling friendly(tadi dah muntah sebaldi) dengan title tambahan.profil popular hari ini.hikhik.apa best profile aku?macam tak bernyawa jek.

ye lah gedik la sikit kan.1st time dapat.esok dah memang tak dapat dah title cenggini.tu aku cepat2 printscreen.haha.sebab benda ni dia ikut hari kan?takkan hari2 aku nak blogwalking?ish.baik aku tengok movie.

situasi aku ni sesuai kalau aku cakap macam Faizal Tahir (aku punya nih) masa Muzik Muzik hari tu."terkejut saya"haha.boleh jugak guna gaya Noh Hujan "oh my god".

kalau aku, "oh eem gee".hikhik.


p/s: first time guna printscreen dalam blog aku.pergh kau.




Ehem Ehem :p

salam.

apa ehem ehem ni?tak faham aku.hihi.dah seminggu eh tak update.alasan seperti busy,banyak kerja,tak ada masa terluang,exam,assignments,tak ada idea,tak tahu nak update apa,itu semua alasan dah cliche sangat dah aku dengar.alasan aku lain.

MALAS.

ha senang sikit nak faham kan?dengan masalah perasaan berkecamuk lagi(ewah ewah kau.berkecamuk eh)pasal template aku yang baru aku tukar 2 minggu kot.dah aku jumpa ada 3 orang guna yang sama jugak.TIGAAAA beb!mahu tak malu aku rasa?

sebab dah cuti sekolah kan.so rajin lah aku berblogwalking ke blog orang lain.tu yang aku dapat tahu tu pasal persamaan template (OHMAIGOD persamaan template!)

masuk perenggan ni sebenarnya aku type lepas baru balik dari keluar membuang masa dengan cousin2 aku.tengok wayang.makan2 sampai tak larat lagi nak masuk dalam perut.nanti lah aku cerita movie apa aku tengok tadi.best!

saja buat tajuk entry ehen ehem.sebab nak riak pasal template simple aku ni.oh ye.link blog aku pun dah tukar.dari lakarankertas kepada kertaslagi.header pun aku dah tukar dengan jayanya.konon2 selaras dengan template baru,link baru maka header juga kena ada perubahan.ehehe..till then.aku sambung menaip lagi malam ini okeh?


p/s: lepas ni aku BW lagi jumpa yang persamaan template,aku bunuh diri jek la weyh.ahaha.




Saturday, November 20, 2010

Sepetang Dengan Mama =D

salam.


santai sikit ye petang sabtu ni.dah sampai mood nak buat entri baru.sebenarnya banyak entri aku save as draft.malas nak publish lagi.tunggu lah dulu.lepak2 rilek2 sudah.kan?


sepetang dengan mama.agak lucu sikit ni.hihi..


bila time cuti sekolah yang aku paling benci ni kan.selalu petang2 macam ni aku lepak dalam bilik.online.baca satu blog mamat famous ni.best jugak eh.dari semalam tak habis2 lagi aku baca.maklum lah saya ni baca sambil mengeja bang..;p


lepak atas katil.mama masuk.


"angah,on aircond.mama nak tidur sini jap"

"la kenapa tak tidur sana?"sana ni maksud aku bilik mama abah lah kan.

"malas lah.terang sangat.malas nak tutup langsir.jauh"


wacehh mama.macam lah bilik mama dengan angah ni dekat sangat kan..


ok fine lah.aku tutup tingkap dengan langsir.pasang aircond.aish gelap pulak rasa.mama landing sebelah.get ready nak tidur.time ni aku tengah focus gila baca blog mamat tadi.1st time ni baca so focus tu kena lebih sikit.

tiba-tiba..


"eh iklan tu tulis aksi aksi panas panas eh?"

aku terkejut.ingat mama dah lena.

"errmm ye lah kot".malas jek aku nak jawab.sebab blog mamat ni banyak sangat bertempek iklannya.muka aku stil serius focus lagi ni.kalau aku tengah focus susah sikit nak melayan orang.


"ohhh....mama ingat tadi sekali baca nampak aksi aksi ramas ramas"



naahhh hambik kau!aku dari tadi serious terus gelak macam setan.mama pun gelak jugak.



"hahahhaha apa laahh mama ni....apa pulak ramas ramas"

"ye laahh orang tua.dah rabun.baca pun salah"


entah apa entah yang nak diramas dalam iklan tu.euww geli sial.


hehehe ;)


dulu pasal family aku buat lawak ada dalam entri funny ni.termasuk lawak anak2 aku la.



p/s: aku takut mama aku ingat aku usha web porn pulak tadi.tak ada eh.otak suci nih :)




Thursday, November 18, 2010

Nyam Nyam episode 7 =D

salam.


i just realized.bulan ni tak ada entry pasal makanan eh?hehe.so jom2 kita tengok gambar makanan aku yang aku sempat snap.
















tak adalah menggiurkan sangat kan.entah la.bulan ni aku jarang ambil gambar.

yang nyam nyam tu memang aku suka.dari sekolah terbawa2 sampai ke zaman tua.opss tua sangat ke?tak kan?hehe.


p/s: sebab tengah lapar sekarang.jadi harus post entry ini segera.



Favourite Songs of the Day episode 4 =D

salam.


laptop aku dah ok dah.hehe boleh la addicted gila nak update blog kan.ke tak?tunggu jek la.dah cuti sekolah ni.apa lagi aktiviti berfaedah nak buat eh?

ha ye lah macam menghadap laptop ni aktiviti yang super duper power rangers punya faedah la konon.ceh.


bila laptop tersayang ada di sisi,lalu aku pun 'focus' gila mendownload lagu.aku bukan jenis yang suka satu artis ni sampai download the whole album.nanti aku cepat bosan.so mana yang aku ingat aku download.campur2 ah.baru best.iye dok?

semalam 36 lagu download.tapi hanya 22 lagu jek 'sihat'.whic means lagu2 lain asyik ulang2.macam lagu tu rosak.ceh.penat kot aku tunggu download.mp3 aku awal2 dah aku kosongkan.biar ada aura sikit bila letak lagu baru.hehe konon la..


1. Tiba by Faizal TAhir, Faizal Ismai,l Shahir

2. Khatimah Cinta by 6ixth Sense

3. Semusim by Marcell

4. California Girls by Katy Perry feat Snoop Dog

5. DJ Got Us Falling In Love Again by Usher

6. Secrets by One Republic

7. Pria Terhebat by Sheila On 7

8. Love Song by Sara Bareilles

9. Just The Way You Are by Bruno Mars

10. Mine by Taylor Swift

11. If I Ain't Got You by Alicia Keys

12. Syukur by Altimet

13. Aku Punya Kamu by Faizal Tahir

14. Hey There Delilah by Plain White T's

15. Check Yes Juliet by We The King

16. Hanyut by Faizal Tahir

17. Cuba by Faizal Tahir

18. Mestikah Ada Yang Lain by Faizal Tahir

19. She (for Liz) by Parachute

20. Seberapa Pantas by Sheila On 7

21. I Write Sins Not Tragedies by Panic At The Disco

22. She's A Lady by Forever The Sickest Kids



aihh terpaksa la download yang lagi tercicir tu.malas ah weh.dalam banyak2 lagu aku download ni aku suka satu lagu jek.hehe yang lain suka jugak tapi yang ni paling suka.


lagu Syukur.aku pernah buat entry pasal syukur ni.macam apa jek ayat aku.hikhik =p


lagu apa lagi yang best eh?nak sambung download.



p/s: kerja aku gambar2 aku semua habis hancur masa format laptop ni.kenapa laa orang tu tak buat back up?aisehmen...



Monday, November 15, 2010

Tahu :-I

salam.




apa yang kau tahu
ialah apa yang aku tak tahu
kadang-kadang apa yang kau tak tahu
aku tidak mahu kau tahu tentang itu
apa yang aku tahu
ialah apa yang kau tak tahu
tapi kadang-kadang apa yang aku tak tahu
kau tidak mahu aku tahu tentang itu


kenapa?
kenapa tidak memberitahu tentang itu
walau kau tahu
aku mahu tahu tentang itu
aku tahu kau tahu apa yang aku tahu
tapi kau lebih selesa membiarkan tidak memberitahu


kerana
kau tahu
aku akan tahu tentang itu
tanpa perlu kau memberitahu....tentang itu.





p/s: shut the hell up!!




Tingg....Tadaaa!! =D

salam.


haaaa see???lepas kau cakap tingg macam Tinkerbell,terus cakap tadaaa!!!.haha.blog aku dah bertukar wajah baru ya.amacam?cun tak?ok tak?not bad tak?better tak?matang tak?oppss...apa matang2?


sebenarnya dah lama aku plan nak tukar template blog ni.konon2 nak buat survey dulu.nak letak untuk tahun depan.bajet ah.last2 godek punya godek,tanya orang ni,tanya makhluk tu,dalam sejam jek dah siap pilih.tu pilih.belum decide nak tukar ke taknak.gedik jugak aku ni.


petang semalam aku bajet busy duk pilih2 dan godek2 template baru.susah woo..rambang biji mata kau aku cakap.kejap nak yang ini,kejap nak kaler pink sepink pink nya,kejap nak simple gila punya,kejap nak template semua putih (bajet gila matang la konon),haa macam2 laa pilihan aku suka tengok.


ada 3 orang aku minta opinion or dalam erti kata lain aku paksa layan aku dan tolong aku decide template mana yang best nak letak.ekekke.siapakah dia?jeng jeng jenggg..


chah, kecik dan mat bunga a.k.a pakcik kepoh.


pada mulanya aku ada 3 pilihan template.mula2 ada dua jek.lepas tu ngade2 nak tambah lagi satu.chah dah pening.haha.nanti exam ko jawab soalan template mana lagi cun eh?jangan bunuh dr tu sudah lah woiih..haha.


Floating Away

chah: "
ok jugak yang ini.sebab awan dia gerak2".ni sama opinion dengan aku.

kecik: "
ermmm yang lain?"..aku dah agak.

mat bunga: "
ok..ambil la yang ni.blog u kan pasal budak2"..ewah2 kau..


The Big Leaf

chah: "
ha yang ni aku suka.simple.semua putih"..kau memang chah.

kecik: "
yang ni nampak macam emo sikit.yang lain?"..tak habis2 dengan yang lain dia.

pakcik kepoh: "
yang ni nampak macam matang sikit"..ha?matang??


Penciling....yang ni lah.

chah: "
ha ok2.yang ni pun ok"..ye kot kau cakap camni chah.aku tak ingat.hikhik.

kecik: "
ha yang 3rd ni lah weh.ok sikit."..dah memang 3 pilihan jek kan.

mat bunga: "
ok..ni better dari yang tadi (floating away)"...iyo lah.


ZE tadi bagi opinion.dia kata not bad template baru aku.dia kata kalau post ni dikurangkan kat front page nampak lagi nice.hehehe so aku letak 2 jek posts.tah hapehape before ni aku letak 20.hambik kau 20.aku rasa aku tertekan 0 kot kat belakang.


yang big leaf tu aku ingat nak letak untuk blog aku yang lagi satu.amacam chah?


p/s: tengah duk khusyuk type entry,sempat baca update blog orang lain.yang ini.lawak kot. =D










Sunday, November 14, 2010

Nama Dan Keturunan :-)

salam.


ok hari ni masih guna laptop abah.ok fine fine FINE.mana tah laptop ni tak siap2 lagi.huhu.minggu depan dah cuti sekolah.yipeeee!!!..ok fine aku yang over.esok dapat hadiah.wahhh tak sabar2 nak pergi sekolah esok.


so hari ni punya entry nak share sikit pasal gelaran atau panggilan.atau sebenarnya aku nak share pasal nama.yang kononnya mengikut keturunan.iyolah tu sangat...

nama yang nama depannya ada syed dan sharifah.haaa...nama aku tak ada eh sharifah2 ni.



macam ni.orang dulu2 lah kata kan.keturunan syed sharifah ni kena kahwin juga dengan orang yang sama taraf dengan diorang jugak.yang ada syed sharifah.tapi yang bestnya,lelaki syed boleh kahwin dengan mana2 perempuan dia suka even tak ada sharifah.


sebab?anak2 diorang nanti still akan ada syed dan sharifah sebab kena ikut belah laki.anak2 diorang mesti ber bin kan or ber binti kan syed kan?so best lah kalau gitu.yang merana si sharifah2 ni lah.kena cari yang syed jugak kalau nak kekalkan nama diorang or keturunan diorang tuh.haaa.....


kenapa eh tiba2 aku cerita pasal ni?sebab.....mama aku sharifah.so?kenapa nama aku dengan adik beradik lain tak ada sharifah?ye lah dah abah aku bukan syed.


macam mana mama aku boleh 'terlepas' ni kahwin dengan orang bukan syed?jadi tanda tanya kan?tak ada lah tanya sangat pun.ekeke..


sebab nenek aku dulu percaya jodoh di tangan Allah.semua tu kerja Allah.setakat nama yang kononnya dibangga bangga kan sangat tuh.errmmm takkan kemana.


bukan aku nak mengaibkan salasilah keluarga aku sendiri tapi..itulah kenyataannya.tak semua family saudara mara aku ni yang kahwin syed sharifah ni bahagia...tak semua..


family sebelah mama ni pun tak terlepas dari kongkongan macam family lain yang nak berkeras juga kahwinkan anak perempuan mereka dengan syed.mama kata dulu moyang aku nak mama kahwin dengan sepupu mama.nasib baik tak kahwin.aku bersyukur sangat2.nasib baik jodoh mama dengan abah.hehe :)..sebab apa?ada lah...


so nenek aku kata,kalau kahwin dengan bukan syed ni ada syarat2 juga.waaahhh ingat senang2 macam tu je nenek aku bagi kahwin.bukan lah syarat sangat tapi lebih kepada ermmm...entah.tak tahu nak explain sini.



katanya,kalau dapat anak lelaki,nama depan mesti letak nama Megat...wahh dah macam Megat Terawis.kalau anak perempuan kena letak nama Siti.so nama aku ada siti.aku tak bagitahu sini pun ada dah true stalker yang tahu.eeeee geram betul aku.


lagi satu cerita yang aku dengar dari ayah mertua kakak aku,kalau dapat anak perempuan kena letak nama Puteri kat depan.errghhh...puteri???


reaksi kakak aku, "eh eeuww geli lah"

reaksi aku, "errghh Puteri?tak best langsung!"

reaksi adik2 aku yang agak sengal, "ha puteri??wahh kita ni keturunan raja lah eh mama?"



fine fine FINE!...terpesong dah adik2 aku.



ini semua aku cerita dari apa yang aku dengar dari orang2 tua,nenek aku family aku semua.tak tahu lah kot2 banyak lagi ke aku tak tahu kan?tolonglah tokok tambah kalau2 tahu ke apa yang aku tak tahu.


tapi zaman sekarang aku rasa dah tak ada kot tradisi cenggini yang orang nak ikut..kalau ada pun maybe dah tak ramai macam dulu.dah macam anak mami kan.



p/s: jangan ikut yang tak berapa nak betul kepercayaannya.


Tuesday, November 09, 2010

30 perkara wanita tak sempat bagitahu lelaki :)

salam.


ni copy paste dari mamat ini dalam facebook.



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.




p/s: point no 4, 7, 8, 21.sila ambil perhatian ya.


Monday, November 08, 2010

Old Hobby =D

salam.


download movie ni lama eh?mahu makan 2 3 hari.kata b aku lah.ye lah kot tu.


sambil nak tunggu aku layan lagu kat youtube.lagu khatimah cinta,flying without wings.ni tengah dengar lagu Hot by Avril.ish3 bingit jugak telinga aku.


baring2 sambil baca komik aku beli tadi.2 komik tau.dah lama tak beli tak baca.makan ice cream sambil baca memang nikmat ah.layannn..

padahal kau tak sedar kau baru baik dari sakit tekak semua tuh.hihi.







haaa yang kijiya tu aku dah lama beli dah.tak start baca pun lagi sebab ni kijiya episode 4.yang episode 3 aku tak beli lagi.pelik kan.menunjukkan aku dah lama ketinggalan ikut perkembangan komik yang aku suka gila ni.kerja punya pasal.


tadi tengah baca yang zenith 4.best jugak.banyak lawak sampah bangkai longkang semua.aksi memng banyak lah.kata komik kan.lepas tu baru perasan komik tu tak tulis page.cesss.terpaksa kelepek bucu atas kertas tu macam style zaman study bila final.ceh lagi.


baca sambil baring kan mengantuk.so aku rasa mengantuk lah.boleh lak terlena.terjaga terus update blog.aih sengal dah aku ni.


ye lah hobi lama ni.zaman matrik sangat heaven aku dok beli komik2 ni.eh kau ingat lelaki jek yang hardcore fan komik sengal cenggini??


p/s: novel lagi satu pun baru page 45.sabar sabar.cuti sekolah next week ya.sabarlah lagi.


Invited :-)

salam.


sudah2 lah tu aku berspeaking speakang nya.aku rindu nak speaking jek.zaman study dah tamat kan.maka berbahasa melayu lah kita kembali.haa dah ayat pun dah rupa tuuuttt..


thanks la kepada siapa2 yang aku dah invite baca blog sampah ni.bukan sesumpah ya anak2.kira macam VIP lah kamu semua ni ye.ha bangga tak?kagum tak?berlagak tak?perasan kamu bagus tak?ha bagus sangat2 la tuh.


actually (ha tengok nak speaking speakang lagi dia) aku nak luah something jek sini.sebab tu aku privatekan blog cikai ni.taknak bagi orang2 tertentu sakit hati bila baca.

agaknyalah.


aku tak sure sampai bila nak kena private ni semua bagai.maybe bila dah sampai 20 entry ke aku update.aku on la balik macam biasa.


agaknyalah.


sampaikan tajuk entry ni pun aku tak tahu nak letak tajuk apa.blank macam tuh jek.biarlah.nak dekat sampai masa nak type p/s kat bawah nanti aku fikirlah nak letak apa.nak letak entry celaka pun macam stylo jugak kan.hotak kau.


lagi satu.aku tak pasti entry2 aku yang akan datang ni lebih kepada perasaan jiwa jiwang emosi ke apa.aku tak tahu.mungkin akan jadi malap sikit blog aku buat masa ni dek kerana mood tak menentu.mood jijik dengan orang.


ye dengan orang.bukan beruang.tu lain kisahnya.



dah berlalu 3 4 hari agaknya aku ada mood macam ni.tak tahu kenapa.nak luah semuanya kat sini ke?aku pelik lah dengan orang2 keliling aku yang aku trust gila.last2 tikam dari belakang.bukan dari depan.


aku pun tak tahu tikam dari belakang macam mana rasanya kalau ikut yang realiti.


aku ni kalau boleh.biar aku jek yang sakit hati.orang lain jangan.even orang tu adalah orang yang buat aku sakit hati.aku ni kalau dah ada orang jual hati baru kat mydin ke giant ke dah lama aku borong tukar dengan yang lama ni ha.

masalahnya tak ada.tu jek.


tahun ni aku rasa tahun aku paling banyak menderita.eh bunyi macam kena dera kan.tak lah.maksud aku banyak kena dipermainkan.ha faham?buat faham jek lah.


life aku sangat2 lain tahun ni.dari segi status dari seorang student yang berdedikasi (ehem) kepada seorang guru yang berkaliber (ehem lagi sekali).but since (udah2 la tu speakingnya) aku join dunia blogger,semakin ramai aku belajar pasal perangai manusia alam maya ni.


agaknyalah.


ada banyak lagi aku nak coret sini.semuanya lah kalau boleh.tapi mesti kamu dan kamu dah macam "aih panjang lagi ke entry minah ni.celaka lah".ye ye aku faham.aku tulis ni pun sebab aku tak boleh tidur.fikir pasal kejadian petang tadi.


yup petang tadi.yang membuatkan aku belajar cuba kawal kemarahan yang selalu aku pendam.jantung aku.lain macam bila marah.berdegup macam memang tak bagi stop.eh kalau stop mesti aku tak tulis entry ni.


maaflah aku agak tah hape2 kebelakangan ni.trust me.siapa yang dah lama berkawan dengan aku mesti kenal aku.sememangnya aku bukan macam ni dulu.bukan senang moody.tapi..tu lah.


jom lah tidur.selamat malam semua readers.


p/s: still tengah fikir tajuk entry.


Sunday, November 07, 2010

Take Your Time :-)

salam.


i have been busy.some of you might think that i have gone for a while because of been betrayed.yeahh my previous entry said so.


well,maybe.probably.perhaps.or whatever.


so what i have been doing?here it is.





just ignore the 'superb' handwriting there.



i will be writing soon with....a lot of things and stuff and...i don't know.


oh yes.by the way,for you who has been asking me 3 times about why did i block this blog.and i also have answered it for...ermm once.that's it.true stalker xD


still finishing up with what i am doing now while listening to One Step At A Time by Jordin Sparks.repeat it over and over until i get sick of it.haha



and one more thing.i have just deactivated my FB.just for a while.so for the moment i currently too active on tweeting and tumblring (what the).


happy sunday everyone.deepavali?err...


p/s: someone just texted me yesterday with this.'time your time'.erm nice one. =p



Wednesday, November 03, 2010

Betrayed :-/

salam.


i guess you guys get it when it comes to 'betrayed'..so no further explanation or whatever..



and my last status on FB yesterday and my latest tweet on twitter was,


'i feel like i have been betrayed..thanks ya..'


p/s: tired and exhausted.seriously.it makes me annoying sometimes.menyampah.faham?



Tuesday, November 02, 2010

Reminder :-) episode 6

salam.






"LIKING SOMEONE DOESN'T MEAN YOU HAVE TO BE LOVERS.SOMETIMES YOU JUST HAVE TO BE FRIENDS"


"THERE ARE TWO REASONS WHY PEOPLE DON'T TALK ABOUT SOMETHING..:EITHER IT DOESN'T MEAN ANYTHING, OR IT MEANS EVERYTHING"


"ONE OF THE SIMPLEST WAYS TO STAY HAPPY..JUST LET GO OF THE THINGS THAT MAKE YOU SAD"





i don't remember where i got these quotes.those are DEFINITELY NOT my own words.if some of you guys have read these quotes somewhere,please do inform me.thank you =)


p/s: just got home....