Sunday, November 14, 2010

Nama Dan Keturunan :-)

salam.


ok hari ni masih guna laptop abah.ok fine fine FINE.mana tah laptop ni tak siap2 lagi.huhu.minggu depan dah cuti sekolah.yipeeee!!!..ok fine aku yang over.esok dapat hadiah.wahhh tak sabar2 nak pergi sekolah esok.


so hari ni punya entry nak share sikit pasal gelaran atau panggilan.atau sebenarnya aku nak share pasal nama.yang kononnya mengikut keturunan.iyolah tu sangat...

nama yang nama depannya ada syed dan sharifah.haaa...nama aku tak ada eh sharifah2 ni.



macam ni.orang dulu2 lah kata kan.keturunan syed sharifah ni kena kahwin juga dengan orang yang sama taraf dengan diorang jugak.yang ada syed sharifah.tapi yang bestnya,lelaki syed boleh kahwin dengan mana2 perempuan dia suka even tak ada sharifah.


sebab?anak2 diorang nanti still akan ada syed dan sharifah sebab kena ikut belah laki.anak2 diorang mesti ber bin kan or ber binti kan syed kan?so best lah kalau gitu.yang merana si sharifah2 ni lah.kena cari yang syed jugak kalau nak kekalkan nama diorang or keturunan diorang tuh.haaa.....


kenapa eh tiba2 aku cerita pasal ni?sebab.....mama aku sharifah.so?kenapa nama aku dengan adik beradik lain tak ada sharifah?ye lah dah abah aku bukan syed.


macam mana mama aku boleh 'terlepas' ni kahwin dengan orang bukan syed?jadi tanda tanya kan?tak ada lah tanya sangat pun.ekeke..


sebab nenek aku dulu percaya jodoh di tangan Allah.semua tu kerja Allah.setakat nama yang kononnya dibangga bangga kan sangat tuh.errmmm takkan kemana.


bukan aku nak mengaibkan salasilah keluarga aku sendiri tapi..itulah kenyataannya.tak semua family saudara mara aku ni yang kahwin syed sharifah ni bahagia...tak semua..


family sebelah mama ni pun tak terlepas dari kongkongan macam family lain yang nak berkeras juga kahwinkan anak perempuan mereka dengan syed.mama kata dulu moyang aku nak mama kahwin dengan sepupu mama.nasib baik tak kahwin.aku bersyukur sangat2.nasib baik jodoh mama dengan abah.hehe :)..sebab apa?ada lah...


so nenek aku kata,kalau kahwin dengan bukan syed ni ada syarat2 juga.waaahhh ingat senang2 macam tu je nenek aku bagi kahwin.bukan lah syarat sangat tapi lebih kepada ermmm...entah.tak tahu nak explain sini.



katanya,kalau dapat anak lelaki,nama depan mesti letak nama Megat...wahh dah macam Megat Terawis.kalau anak perempuan kena letak nama Siti.so nama aku ada siti.aku tak bagitahu sini pun ada dah true stalker yang tahu.eeeee geram betul aku.


lagi satu cerita yang aku dengar dari ayah mertua kakak aku,kalau dapat anak perempuan kena letak nama Puteri kat depan.errghhh...puteri???


reaksi kakak aku, "eh eeuww geli lah"

reaksi aku, "errghh Puteri?tak best langsung!"

reaksi adik2 aku yang agak sengal, "ha puteri??wahh kita ni keturunan raja lah eh mama?"



fine fine FINE!...terpesong dah adik2 aku.



ini semua aku cerita dari apa yang aku dengar dari orang2 tua,nenek aku family aku semua.tak tahu lah kot2 banyak lagi ke aku tak tahu kan?tolonglah tokok tambah kalau2 tahu ke apa yang aku tak tahu.


tapi zaman sekarang aku rasa dah tak ada kot tradisi cenggini yang orang nak ikut..kalau ada pun maybe dah tak ramai macam dulu.dah macam anak mami kan.



p/s: jangan ikut yang tak berapa nak betul kepercayaannya.


2 comments:

Kuwe said...

aku keturunan biasa ja.
ada mohd ja kat depan.


nanti boleh laa kawen dengan sapa sapa.

chah~ said...

dua2 atuk aku Wan. blah mama Wan. blah ayah pun Wan. Mama aku Wan. tapi ayah aku, atuk aku x letak plak Wan.. Adik ayah aku ade je Wan nye. spupu2 aku dua2 blah sume ade Wan. Adik bradik aku je xde Wan kt dpn. sbb ayah aku xde Wan. ahhaha..

so, aku pn bole kawen dgn sape2. haha