Sunday, November 28, 2010

Pahala Dosa :-)

salam.


ok petang ahad ni kita cerita pasal pahala dan dosa pulak ye.aku rasa macam tak pernah ada jek entry aku pasal ilmiah dan kerohanian ni.syaiton betul aku.ish.sebab bagi aku ada orang lain lagi yang lebih ilmu agama dari aku yang boleh buat entry macam tu.tapi bukan aku.aku lebih suka baca blog orang lain kalau bab bab agama ni.

tapi hari ini aku nak share something yang aku still ingat masa aku belajar subjek Tafsir masa sekolah rendah dulu.masa tu darjah 5.dalam banyak2 subjek ke cikgu yang mengajar ke mesti ada perkara tertentu yang kita ingat sampai kita besar kan?(habis yang kau kena berdiri atas kerusi sebab tak tahu baca syair tu apa?bajet tak ingat lah konon)

sudah sudah.itu cerita lain.dah tak jadi dah entry ilmiah aku.

nama ustazah tu Wan Saadiah.dia garang tau.sebab tu aku cepat jek ingat apa yang dia ajar yang dia suruh hafal.dia ada sebut macam mana susah senangnya dapat pahala dengan dosa.ha macam best kan dengar?yang aku tahu contohnya macam ni.kalau solat dapat pahala.kalau tak solat dapat dosa.tapi ustazah terangkan lain..

kalau kita niat nak buat baik,dah dapat satu pahala.kalau kita melaksanakan yang kita niat tadi dah dapat lagi satu pahala.

yang dosa pulak.kalau kita niat nak buat benda jahat,kita tak dapat dosa lagi tau.tapi bila dah kita buat benda tak baik tu barulah dapat satu dosa.

so apa maksudnya kat sini?nak menunjukkan betapa SENANG nak dapat PAHALA dan betapa SUSAH nak dapat DOSA.tapi pelik kan?yang susah tu lah selalu manusia buat.kenapa eh?bajet kau nak adventure?whatthehell?nak bagi contoh ke?tak payah lah aku rasa.mesti yang baca entry aku ni dah boleh fikir kan..

tapi bagi mereka yang pendek akal tu jangan lah kau asyik niat baik jek tapi buatnya tak jugak.seelok2nya buat lah kalau dah ada niat kan.dan jangan pulak kau jadikan hobi untuk berniat jahat.sebab kau tahu tak dapat dosa kan kalau niat jek?ish.keji betul lah.

amacam ilmu aku share?ok tak?kalau ada siapa2 yang rasa aku share ni tak betul bagitahu aku eh!


p/s: tiba-tiba rasa 1st time entry aku berinformasi (@ o @)<<--apakah ini?




4 comments:

syamimi fatin said...

betul... bila niat baik je dh dpt pahala kn? dn bila laksanakn, dpt lg..:)

Anonymous said...

betul...

Aujinz said...

huhuhu..

kena niat buat baik banyak banyak nie..:D

butterflies Lovers said...

wahhhh!!! aku teruja!
terima kaseh cekgu~ (^o^)V