Tuesday, December 28, 2010

Sweet Touch :-)

assalamualaikum.

hari ini dah okay.nasib baik kemarahan dan sakit hati aku dengan pihak lagi satu tu kejap jek.jenis yang kalau hal semalam tu hal semalam lah.hari ni dah hari lain.bagus!

hari ni lunch aku tetiba rajin nak masak.okeh fine selama ni makan luar.haha.sebenarnya nak melembutkan hati masing2 jadi aku masak.sedap ke tak,ke longkang ke tak itu paling belakang punya kira.tapi kenyang beb.sampai terlelap.

malam memang wajib aku tolong mama masak.tolong tengok.*pap kena sekeh kepala aku*.kat dapur rumah aku ada penimbang berat badan.musykil aku kenapa harus letak penimbang berat kat dapur?bukan kat tepi meja makan ke?senang lepas makan terus naik timbang lemak masing2.

nak tunggu ikan jadi lebih garing bila digoreng,aku timbang ah berat aku berapa.

"ish apsal turun 2 kilo?bukan ke hari tuh naik 2 kilo ke?penipu ah penimbang ni mama"

"tepi2 biar sarah pulak nak timbang.angah cuba tengok berapa".sekor lagi adik aku menyibuk.

"54 kg".tanpa rasa ragu2 aku jawab.kena jujur kan walaupun ia pahit.

"haaaa???eh apsal naik 6 kg ni???tak percaya sungguh laa!".adik aku menafikan.

"ok dah tepi bagi mama pulak nak timbang.tengok angah berapa".oh perintah mama wajib dipatuhi.

"eh angah tak sanggup la nak tengok ni ma"

"kenapa pulak?"

"takut mama kecewa.pecah pulak penimbang ni kang"

"amboi2 pecah penimbang yeee",sambil mama usap2 kepala aku.

"hehe"..sambil aku betulkan balik rambut aku.dah tak comey.hehe.



p/s: lain kali tengok sendiri berat masing2 berapa.




Monday, December 27, 2010

Kipas

assalamualaikum.

bila diskusi senja semalam berakhir,hati aku sakit.bila kedua dua belah pihak tak sependapat dan banyak dibantah kata-kata aku dari dibenarkan,maka aku hanya diam dalam keadaan hati yang sememangnya tidak berpuas hati.

setiba di mahligai yang dirindui,terus merebahkan badan yang sememangnya lemah longlai ke atas katil.suis lampu dan kipas ditekan perlahan.kelajuan kipas dimaksimakan selagi boleh.ikutkan suhu badan memang sejuk.tapi hati yang panas,maka aku tak peduli.

baring sambil merenung kipas.dalam khayalan.tak sedar berapa lama mata aku merenung kipas yang akur dengan kelajuan yang aku paksa tadi.tanpa dibantah.tapi mata tetap tak mahu tidur walaupun badan penat dan perut lapar.aku degil.

bila otak berputar laju secara paksa,maka semakin lewat mata aku tutup.otak memberi andaian kepada tuan punya badan,

kenapa diskusi tadi tak jadi seperti putaran laju kipas?akur dengan satu hala putaran.tanpa bantahan.tak pernah menukar arah putaran meskipun ditambah atau dikurangkan kelajuannya.

aku pening lagi.semakin liat nak melenakan diri.jam pukul 2am.masih terkebil-kebil.ah pedulikan.aku banyak kerja lagi hari ini.


p/s: masih tidak mengalas perut.degil lagi.




Friday, December 24, 2010

Mystery? =D episode 3

assalamualaikum.

baru sampai rumah.kelam kabut ah weh.ni dah kira hari2 aku kena pergi sekolah ni.penat doh.isnin datang lagi.belum start sekolah dah macam2 kerja kan.nasib nasib.

lepas tu dan2 esok yang hari pentingnya.petang ni pulak tetiba nak demam lah apa lah.ngengada betul.aku pulak naik menyampah dengan diri sendiri.

okeh itu pendahuluan.haha.

misteri eh?pasal nama blog aku ni.miss fireflies kan.bukan lah misteri sangat pun.nak bagitahu kenapa aku guna nama nih.

aku pilih miss sebab memang sesuai lah dengan aku.perempuan yang belum kahwin.aku pilih fireflies sebab aku suka serangga kelip-kelip ni.ada cahaya waktu malam.ye lah kalau siang celah mana pulak nak nampak cahaya dia kan?

ibarat macam glow in the dark lah konon2.aku suka.kalau kiasannya aku tak pasti lah.maybe macam aku kot.bila malam baru aku menyerlah.bila ada orang mengadu masalah aku lah cahayanya.haa lebih kurang psychologist gitu.hehe.

sebab tu aku suka pergi i-city kat shah alam tuh.semua bercahaya dalam gelap.heee..kelip-kelip ni walaupun cantik tapi agak susah kan nak tangkap.aku cuba dah dulu.susah wookk.



entry episode 1 dan episode 2.
bukan pasal kelip-kelip.




p/s: selsema tapi sebelah ni ada ice-blended horlicks.cantek ah!





Thursday, December 23, 2010

Guy Friend :-)

assalamualaikum.

hari ni banyak betul aku tidur eh.termasuk yang TERtidur dan TERlelap.bahaya ni.pembawa penyakit.berat naik mendadak dan kelaparan pun bertambah.haha.

ok jom join aku bebel pasal guy friend.sat g aku letak boyfriend masing2 dah tau kan maksud dia nampak berbeza gila.

nak tanya.korang yang perempuan.mesti ada best friend yang berjantina lelaki kan?dia macam kita ada best friend perempuan tapi best friend lelaki ni tak boleh lah bawa pergi shopping kat Sasa ke Zara ke Couch ke kan.gila ke apa?

korang yang lelaki pun.mesti ada best friend tapi perempuan.kan?kan?even korang masa sekolah dulu all boys tapi bila dah masuk U,nak tak nak kena bergaul dengan kaum yang cute ni kan?ehem.haha.

so aku nak tanya.salah ke kalau aku ada kawan lelaki?sahabat lelaki?teman lelaki?opss..okeh itu dah bunyi macam kekasih hati.

jangan nak salahkan parents korang yang hantar korang ke sekolah all boys/girls.bila dah besar pandai2 lah nak bergaul.dah kerja nanti lagi lah..tak tau pulak aku ada tempat kerja yang hanya ada sesama jantina jek.

bagi aku macam ni.pendapat aku jek lah.antara family dengan kawan,aku pick family.for sure lah semua orang akan buat macam tuh.antara friends dengan boyfriend/girlfriend korang,ha pick yang mana?aku pilih kawan2 aku.

sebab?

bagi aku.dalam hidup aku lah.aku kenal kawan dulu sebelum boyfriend.ada ke korang time sekolah2 dulu korang dapat bf/gf dulu baru dapat kawan?tak tau pulak aku kalau ada yang cenggini..

bila dah kahwin itu cerita lain ye.

aku ada sorang kawan lelaki dari zaman sekolah.sampai dia study kat Morocco pun kitorang contact lagi.even dia blah macam tu jek.ces.bukan nak ajak aku study sama2 kat sana.whatthehell bun?haha.

so sekarang dia dah lama balik Malaysia.kerja photographer.nama dia Lihin Hafizi.panggil bun.bukan roti bun eh sebutan dia.tapi selalunya aku panggil babun.godek FB aku kalau nak flirt dia.haha.dulu dalam entri ni aku ada cerita pasal dia jugak.

ni aku printscreen apa aku chat dengan dia sebelum aku nak mengumpat pasal dia dalam blog aku.klik kat gambar kalau nak jelas pembacaan.







ha tu lah.nak letak pic dia dalam ni pun dia tak bagi.tapi kalau nak letak link pasal kerja dia semua tuh dia bagi lak.ceh.

siapa suka bab2 ambil gambar ni jenguk2 lah kat site dia di FB.SECA Photography.

dah lah.sampai sini dulu.ngee~~



p/s: dah bersuami nanti tapi nak lebihkan kawan2.kau nak mati kena panah petir?





Senja :-)

assalamualaikum.

tak sabar nak tunggu sabtu.rasa2 macam 1 event tuh boleh dikecualikan kot.dari pagi sampai sekarang ni asyik hujan non stop.kalau dah sejuk,tambah2 pulak astro akan jadi lebih bengap bila hujan,so nak tak nak kena jugak landing atas katil.

aktiviti lain yang tak mengeluarkan peluh ialah ubah blog sendiri.dari template ke color ke font ke size font ke apa lagi entah.so yeah,ini yang baru.dalam tahun ni dah 5 template guna.template yang kedua paling lama guna.dalam 8 bulan.

lately entry aku sangat personal.terkejut agaknya.tapi ada jugak baik hati yang komen.malam ni before tidur aku update lagi.of course yang bukan personal sangat.aku pun boleh muntah.*baldi merah standby kat tepi*




p/s: lama tak cerita pasal anak2 aku kan?sekolah dah start nanti aku update.maghrib dulu ye:)





Wednesday, December 22, 2010

Jangan Bagi Sesak..

assalamualaikum.

ye lah.penat segala-galanya hari ni.bangun lambat.kelam kabut.sampai jek kena tadah telinga.breakfast aku sekarang dah jadi pukul 12pm.lunch pukul 5pm.dinner pukul 11pm.best kan?

buat masa sekarang life aku terumbang ambing.lintang pukang.kelam kabut.tunggang langgang.life aku jek.family aku yang lain alhamdulillah lagi.

esok dah kena muntah balik.Krismas ni ada 3 events.macam sial jek.semua nak setel dalam 1 hari?pergh.aku bukan kuat macam dulu.

tak sedap badan ni.dah cuba dah nak buat tak tahu.tak boleh pulak.*sigh.



p/s: kena get ready balik.cari yang hilang dan sesat.





Dan Bila Esok..

assalamualaikum.

no no.bukan nak share lirik lagu kat sini apatah lagi lagu.esok hari busy.even sekarang dah masuk 22 December...

esok hari sangat penting.kalau tak focus aku akan kehilangan.argh parah ni.

25 December datang lagi.ye Krismas.ada kaitan ke dengan aku?aah.hari penting yang menambah busy.kenapa perlu pick date nih??agak sesak.

jam sekarang.pukul 1:30am.lalu apa nih?



p/s: tunggu jek lah esok.25 December pun..



Tuesday, December 21, 2010

Reminder :-) episode 8

assalamualaikum.



i got this from tumblrsays on Twitter.


"Silence is the best answer you can give to an issue. What’s the use of admitting or denying when in the first place you’re already judged?"




p/s: simpati dan kesian..jom simpati ramai2 dengan makhluk yang suka tuduh orang lain.




Monday, December 20, 2010

What a Marshmallow..:'(

assalamualaikum.

i don't wanna cry a tear for you..


okeh itu lirik lagu yang aku suka dari zaman sekolah.aku?cry?tears?menangis?never kot.

okay tipu.

time aku sekolah dulu2 kan.dalam family aku kan.kira aku ni lebih dikenali sebagai orang yang tak ada perasaan.kuang ajo kan dituduh sebegitu rupa?

no no bukan aku kejam.aku susah nak menangis.itu jek.it's not a big deal heh.since mereka ni menyaksikan yang aku tak menangis pun bila parents aku berangkat ke Mekah untuk menunaikan rukun Islam yang ke 5.ha apa dia?jawab jawab..

loorrhh...what the heck guys?tak bermaksud aku tak ada perasaan.ye ah masa tuh aku sibuk record video drama2 airmata kat airport yang dilakonkan (tapi ni real) oleh saudara mara aku.yelah muda lagi kan time tuh.nafsu tu lebih kepada gadget yang abah baru beli.

*oh sebenarnya kau nak cakap aku merdeka lah ye parents tak ada kat rumah??*

ok tu memang salah satu kot.ngeee~~..tak ada lah.time ni baru boleh rasa independent sikit.seriously.time tu aku form 4.standard ah tuh bajet dah matang.dah senior dah kalau kat sekolah.

tapi bila dah besar (bukan badan besar ye) kan,aihh senang elok jek airmata ni tak sabar2 nak terjun keluar dari mata aku.bak kata Jacob dalam Twilight aku tengok kat StarMovie tadi,

"what a marshmallow"

ces.aku bukan eh.aku....aku....entah.haha.so pointnye aku nak cakap sini ialah menangis ialah jalan terbaik kalau dah tak tahan sangat dengan apa2 yang korang hadapi.seriously.crying is the last and best way to express.jangan tunjuk terlampau kental sangat.heh.

but at the same time,please be strong.takkan nak jadi marshmallow sentiasa?iye dok?



p/s: pehal entry aku boring gila nih?errr...





Sunday, December 19, 2010

Let It Go..

assalamualaikum.

maksud let it go sangat subjektif.kita boleh ubah 'it' jadi 'her' or 'him' or 'them'.tapi yang aku nak bebel sini ialah bila kita guna 'it' ni merujuk kepada something or event yang kita cuba nak lupa kan.betul tak?tak kisah lah tuh.

bila ada orang ni cakap yang dia bangun pagi2 dia cuba jadikan hari tu ialah hari baru.lupakan yang semalam.tapi hakikatnya memang tak boleh nak lupa.bagi aku lah kan.makin lupa makin mengada-ngada dia nak statik dalam kepala otak kita.makin halau makin dia terhegeh2 nak ikut kita.kan?

so bagi aku lah.istilah lupa ni macam ni jek senang.kalau nak lupakan sangat kan.kau hantuk kepala kat dinding sampai kau di diagnose oleh doktor pakar otak yang kau mengalami amnesia.kalau nak lupakan kisah silam jadi retrograde amnesia.kalau nak lupa yang sekarang dan ingat yang lepas2 anterograde amnesia.

betulkanlah aku kalau silap.ini ingat2 lupa masa study subjek Clinical Psychology dulu.ye kot clinical...lupa dah.ah sudah amnesia aku nih.haha.

tu sebenarnya yang betul2 lupa.ye lah kalau dah sangap sangat nak lupakan semua benda.pernah dengar ni tak,

"you can forgive but you cannot forget"

see?jelas kan kat situ?nak tak nak kena move on jugak.this is life lah sayang :)



p/s: but u said u will never forget me kan?



Pagi Yang Dikenang :-)

assalamualaikum.

ermm macam entry lepas.macam ni jugak.tapi hari ini hujan.lebat.hujan lebat.pagi2 kalau hujan lebat selalunya kita buat apa?no no bukan masuk dalam selimut sampai lemas.pergi pasar beli ikan.

zaman study dulu.kalau time weekend memang sah aku tak ada kat bilik.either melepak kat library(memang rajin),or jalan2 buang duit.pagi2 dah keluar.hujan lebat ke panas terik ke memang kena keluar jugak.liar kan?

perempuan kalau bersiap memang gopoh.lambat.macam aku.nak2 lagi kalut bila dapat text yang boleh tambah kekalutan sampai selendang aku pun serabai.text yang selalunya macam ni,

orang dah tunggu kat luar ni
orang dah sampai

lambat lagi ke siap?

manenya ni?


oh no.time nih aku terus jek call."kejap kejap.5 minit".faham2 lah 5 minit tu.ye lah sangat 5 minit kan.tapi sebagai orang yang penyabar akan perangai perempuan ni selalunya dia tak banyak songeh.tak banyak bebel.tutup jek pintu kereta,

"orang dah sempat buat anak tau tunggu awak tadi"


oh shut up.lepas ni siapa2 nak ajak aku keluar tolong inform aku awal2 ye.kalau dah lagi 10 minit kau nak keluar baru nak ajak aku lepas tu duk membebel suruh cepat,ha siap lah kau mangkok!yang lagi mendidih hati dan telinga bila kau dah siap2 comel2 lawa2 cute2 kan baru nak ajak aku.ces!



p/s: bebelan awal pagi yang best.



Saturday, December 18, 2010

Morning w/o a Sunshine..

assalamualaikum.

selamat pagi.even sekarang jarum jam pendek dah bergerak ke angka 12 dan jarum panjang dah menyiput sikit lagi ke angka 7.bukan masa ni aku baru bangun.dah lama.

cuaca hari ini?no sunshine at all.suram jek.dari pagi tadi.tapi ni dah menyerupai nak dekat senja.hujan?tak ada pun.tapi rasa sejuk.kenapa eh?suhu badan aku yang bermasalah ke atau cuaca yang suka nak main sakat menyakat aku ni?

family?mama abah?dah keluar.ke jengka.ada orang kahwin.aku?adik2 sengal?melanguk kat ruang tamu.aku menghadap teknologi canggih ni.sekor lagi menghadap teknologi jugak tapi sedang berusaha menjayakan 'perniagaan cafe dan cupcake' dia.yang sekor lagi yang baru balik dari meow meow tuh menghadap tv dan ikut sedap tangan dan hati tukar2 channel bila ada iklan yang sememeh.

kami?aku dan dua ekor lagi tuh masing2 macam tak ada niat dan kelakuan nak pergi ke bilik kecil yang banyak air dan penuh dengan product2 mandian dan kecantikan diri tu.sejuk?mungkin lah.malas?ok ini memang reason kukuh.

kenapa aku tulis macam ni?sebab aku nak tulis terus apa yang aku tengah perhatikan sekarang.rasa macam lagi senang.nampak lalu type.tengok terus tulis.senang.selalunya kalau aku menyendiri,sorang2,sebelum nak dekat2 tutup mata(bukan mati tapi tidur),macam2 dalam otak aku nih.nak cerita.nak inform.nak share.nak luahkan.

tapi setiap kali nak update,lepas type assalamualaikum,aku terpesong ke tempat lain.lupa nak luah apa.tu masalahnya.rimas.statik macam tu jek sampai berapa minit entah baru ada idea datang.tapi entry yang sekarang ni bukan idea.aku tak tahu nak panggil apa.

rasa macam nak bebel lagi nih.tapi ada ke orang nak baca?ada ke orang faham?ada tak makhluk lain yang sama situasi dengan aku sekarang ni?ada ke?

apa yang buat kamu2 ni baca blog aku?follow blog aku?kenapa eh?tak ada informasi langsung dalam blog aku ni.

morning with no sunshine to me is like..

nasi lemak with no sambal.
super duper laptop with no internet.
mp3 with no songs.(ini memang bongok)
home with no family.
religion with no faith and belief.

apa lagi contoh lain?pandai2 lah fikir.

mood aku sekarang?macam cuaca sekarang.maaf.



p/s: badan dan hati jadi panas tiba-tiba.damn!





Friday, December 17, 2010

Looking..

assalamualaikum.

i have been looking for..


something
someone
somebody
some places
someone's heart
some time
some peace


and sometimes i can be the most boring person u have ever met.and i have never realized that i could be the most playful person instead of a person who is dumb.dumber.dumbness.like seriously.



p/s: the best moment is..now.



Thursday, December 16, 2010

Must Read :-) episode 2

assalamualaikum.

so kali ni aku nak share blogs yang aku suka baca and follow.dah follow mestilah kena baca kan.bila dah tiba2 rajin nak blogwalking bagai,lalu banyak lah jugak blog-blog baru yang di follow sebab menarik minat nak follow.ehehe.


mamat kepeningan....ha blog mamat nih aku tak ingat jumpa kat mana.tapi makin lama baca makin aku tak faham.kenapa eh?tapi aku nak baca jugak.cuba tengok.


perasan pasa sandha dan jelina pitt....ha yang minah sengal nih aku suka.semua nak guna gua lu gua lu kan.memang tak boleh blah doh minah ni.nak komen status aku pun main pedas jek.kahkah.


lawak bangang...ha yang ni aku suka lah.kalau kau jenis yang macam aku kan.yang suka gelak2 depan pc dengan meriahnya,bacalah blog nih.agak sinis.


lanun bajet ranggi...ha yang ni..lawak jugak.selalu jugak komen blog dia.paling suka entry mana tah.yang duk celah bedah.haha aku malas pulak nak godek blog dia.*bajet dorayaki kau best?haha*


melalutlah lagi weyh...sama ah yang ni.melalut cam haram jek.semua entry macam tuh.yang melalut tu lah kadang2 buat aku alive sikit.tapi baca blog dia macam nak pijak kepala mamat ni ah.haha.



petihartakarunlanun...haa panjang siot.sama macam nama link nya jugak.blog ni bukan blog biasa.semua pasal kategori blog.so blog aku termasuk sekali lah.ada ke letak blog aku dalam category "CPU mereka masuk air"???tu mamat lanun tuh punya pasal.haha.


kenapa eh semua blog aku suka banyak yang lawak?yang dulu punya yang entry ni eh.



p/s: ada orang buat aku sakit hati yee hari nih..ish.




Wednesday, December 15, 2010

Mesyuarat Merepek =D

assalamualaikum.


hari ni memang ada mood tu sikit2 nak menaip panjang untuk update tapi kita tengok gambar yang diskrincetakkan dan telah dimasukbuang mana2 yang patut ni jek lah eh.sat lagi aku type panjang2 jadi emo pulak.















aku dah cakap dah.aku pernah buat status kat FB aku pasal orang yang tulis status kat FB ni kan.orang2 yang awal2 jek komen yang ada kena mengena dengan status.yang hujung2 komen sampai berpuluh2 tu dah merepek meraban dah aku rasa.contohnya macam ni lah.komunikasi antara saudara mara.hihi.

mula2 sebenarnya nak cerita pasal kucing.tak pun nak cerita pasal tok kitorang.lepas tu dah merepek.terpesong dah masing2.nama kucing pakcik aku ni memang tak boleh blah.LV dengan Chanel.pergh kau.semua nak up.dah tuan punya kucing memang jenis up jek kerja.

balik kampung bawak balik kucing2 tu kitorang tukar nama.minoh dengan senoh.standard lah tuh.duduk kampung kena adapt dengan persekitaran kampung.hehe.


dulu aku ada jugak buat entry camni.mesyuarat ahli tingkap.sungguh berepisod.



p/s: aku tak suka kucing tapi aku tak benci kucing.tak berapa sangat lah..



Tuesday, December 14, 2010

Akhirnya Lagi..=D

assalamualaikum.

ehem ehem.haha.tengok tajuk entry pun macam dah tahu jek aku nak update apa nih.kan entry lepas aku dah cakap nak buat entry berlagak kan.so hiyaahh inilah dia.








sebenarnya nak berlagak dengan adik aku.masa 1st frame dia menang.sekali 2nd frame hambik kau.menjunam jatuh dan tertinggal di belakang.kehkeh.




p/s: agak2 aku yang mana?orang yang follow kisah aku main bowling ni tahu lah kot aku yang mana dalam game nih.ehehe.



Wednesday, December 08, 2010

D.A.M.N :-/

assalamualaikum.


dah nama pun manusia kan.banyak sangat jenis mood,perangai yang kejadahnya aku tak faham.kejap mood ok kejap mood macam sial.kejap cool kejap macam setan.kejap jiwang kejap macam baran tak ingat dunia.



p/s: sangat annoying.nak jealous melampau pehal?aku punya jealous kau buat tolol jek kan?




Karok=Gila Mic =D

assalamualaikum.

since cuti sekolah dah start dalam 3 minggu lepas kan, aktiviti aku kat rumah ni banyak diisikan dengan menghadap laptop 24/7.eh menipu gila kan.dah bila masa aku tidur makan solat mandi semua tuh?cibai betul.

selain menambahkan lagi tahap kemungkinan besar akan sakit mata, aku buat benda lain jugak.memasak,memakan,menglahap,menonton tv,dan..err...dan....tidur lah kot.hihi.

ha ada jugak aktiviti di luar rumah yang dulunya aku jarang ambil port sebab busy.*bajet busy*.zaman study dulu pun tak pernah terfikir nak buat aktiviti ni sebab selalu full.ramai orang.*habis yang sanggup beratur panjang semata2 nak tengok movie King Kong tu ape cerrr derr?*

antaranya ialah tengok wayang.dalam seminggu boleh 3 movie tengok.sengal betul.nasib baik best.lepas tu rasa dah macam sangat addicted sampaikan rasa2 ada time free jek terus dah grab handphone text kawan sekolah "jom wayang.nak?".senangnya lah life aku..

lagi satu main bowling.haaa dah lama siot tak pegang bola bowling apatah lagi nak masuk ke tempat bowling tu diadakan.kalau dah start kerja,semua hobi terbantut.dah jadi life orang bekerja.weekend baru keluar.padahal wekkend aku selalu tidur bangun pukul 12.mama bising apa nak jadi dengan anak dara ni?aku selalu jawab,

"masa anak dara ni la mama kita boleh bangun lambat.dah jadi mak dara nanti kena hari2 bangun awal.leceh"

"dah kahwin mana ada orang jadi dara dah"......aisehmen...silap teori beb.


eh eh sebenarnya aku nak cerita pasal karok lah.yang atas tadi tu muqaddimah jek.

*apekegila kau panjang gila muqaddimah.gila gila*


ha lagi satu pergi bantai karok lah weyh.selalu pergi dengan adik2 aku,kakak,abang ipar.*baik budak ni*.selalu karok sejam jek.ok lah seorang dalam 3 ke 4 lagu.itupun sakit tekak.sengaja menggatai pilih lagu yang nada tinggi bajet kau Mariah Carey,Kris Dayanti,Faizal Tahir kan?

yang baru2 ni pergi karok dengan cousin aku.bantai 2 jam.aku nyanyi 10 lagu.adik aku cakap aku gila mic.haha!syok pulak bila dah berkarok ni.kadang2 tu 3 lagu terus aku nyanyi lepas tu baru adik aku ke cousin aku ke nyanyi lepas tu aku nyanyi balik 3 lagu.gila kuasa betul.semua buat muka bosan.aku baru nyanyi jek mereka perli,

"aih bila nak habis lagu ni?".....cettt.

antara lagu yang aku karok....yang mana aku ingat la....lagu Faizal Tahir,Leann Rimes,Acha ape tah susah pulak nak type ni,Ferhad,Afgan,Sixth Sense,Katy Perry,Maroon 5,Candy,Ungu,Rossa,Britney Spears,....okeh ini macam dah terlebih 10 lagu ye.

*tak tau tak tau*

jom tengok gambar nak?



















banyak gambar yang tahhapehape kan?ye aku tahu tuh.sebab bosan tunggu turn nak nyanyi.sebab aku selalu percaya suara aku lagi bertong tong gemersik dari mereka nih.haha!

aku suka ambil gambar yang ada benda bernyala dalam gelap.glow in the dark lah konon.suka
ah tengok.nampak macam berkelip2 even tak ada lah berkelip sangat.ngeee~~~





p/s: ha siapa nak join karok dengan aku nih?dah macam gadis liar pulak aku nih.ish.



Tenung Muka Mama :-)

assalamualaikum.

sambil update entry sambil tu tengok tv kat ruang tamu dengan mama dan abah baring santai atas sofa tengok tv sama-sama.drama tv3.Tempatkan Dia di Syurga.

ada satu babak ni.di mana si abang tengah tenung mak dia buat kerja kat rumah.kerja apa aku tak ingat pulak tadi.hihi.

"kenapa abang tenung mak macam tu?mak adanya kat sini.mak tunggu abang"

"imam cakap tenung muka mak boleh dapat pahala"

watak si abang ni sebenarnya dia ni tak berapa sihat.tak berapa normal.faham kan maksud aku?



so terus aku pandang muka mama aku yang tengah dok baring atas sofa tuh.abah aku pun nampak kelakuan aku yang spontan punya pelik.abah senyum.


"ha tu la.buat baik sikit dengan mama.ni asyik nak berperang jek"

sedap macam tu jek abah aku sound.aku senyum jek depan screen laptop ni sambil terus type entry ni.

:)



p/s: tenung muka mak korang cepat!



Tuesday, December 07, 2010

Buku Baru Kertas Baru :-)

assalamualaikum.

aku pernah bagitahu kat mat bunga,hidup kita ni pendek.singkat sangat nak disia-siakan.takkan nak penuhkan dengan kisah2 sedih jek.sepatutnya kita kena lebih bersyukur sebab kita masih lagi boleh bernafas sampai ke saat ini.

aku dulu pernah bagitahu jugak bila dia selalu tanya aku kenapa dia jek yang dapat susah?kenapa Allah ambil semua orang yang dia sayang?kenapa family dia benci kat dia?kenapa susah nak dapatkan kepercayaan orang lain?kenapa tak ada orang nak percayakan dia?kenapa ramai kata dia jahat?kenapa dan kenapa?

jawapan aku bagi kat dia berdasarkan apa yang aku belajar kat sekolah dan berdasarkan bergaul dengan orang yang banyak pengalaman dan pengalaman aku sendiri.

orang yang selalu mendapat dugaan dan kesusahan dan cabaran dalam hidup ni ialah hamba yang terpilih oleh Allah untuk diuji akan dirinya,hatinya dan imannya.Allah tu Maha Adil.dia tak akan sekali-kali bagi ujian kepada hamba-hambaNya yang tak kuat hatinya.

so maksudnya di sini,mat bunga ni sebenarnya kuat hati dia.banyak dugaan dia harungi seorang diri.tanpa bantuan orang lain dia masih boleh berdiri.even orang di luar sana mencemuh diri dia.Allah tahu hamba dia yang seorang ni boleh menghadapi dugaan yang diberi.Allah tahu tahap mana kekuatan dan kecekalan hati semua hambaNya.

tapi kadang-kadang manusia ni kan.selalu lupa.lalai.selalu mengeluh dengan apa yang terpaksa dilalui seorang diri tanpa kerelaan hati.aku pun kadang-kadang macam tu jugak.selalu mengeluh.selalu cepat mengalah.merungut.tak bersyukur.kita kena sama2 saling mengingati :)

so kita tutup buku lama dan buka buku baru dan guna kertas baru.yang kertas lama kita koyak dan buang.memang tak boleh diubah balik apa yang dah lepas.cuma boleh diperbaiki :)


salam Maal Hijrah :)



p/s: hanya sekadar kongsi sedikit ilmu :)




Akhirnya..:-)

assalamualaikum.

yeahhh akhirnya apa ni?akhirnya sempurna ke?koh koh koh.gelak macam Aujinz sekejap.










yeahhh finally beb.hakhakhak...amacam??ada bran sama aku??



p/s: contact aku segera ye kalau nak gantikan diri sendiri dalam mana2 tournament.hikhik.




Ngok Ngek :-/

assalamualaikum.


susah jugak rupanya bila kita berkomunikasi guna medium yang canggih ni.tak bersuara tak bersua muka.selalunya apa yang kita katakan,bicarakan,cakapkan,typekan,chat kan,selalu terpesong maknanya dengan apa yang sebenar kita cuba nak sampaikan.orang di pihak sana akan selalu salah faham.aku pun macam tu.

kalau dah tak bersua muka pun boleh jadi muka ketat,apatah lagi bila berkomunikasi secara face to face.mahu bagi penampor jek.siapa buat2 tak faham aku cakap malam ni,memang aku cepat menyampah.malam ni jek.

so ngok ngek lah jadinya....



p/s: aku bagi kau mercun pop jek.kau balas dengan meriam buluh.mana aku tak menyampah.




Monday, December 06, 2010

Reminder :-) episode 7

assalamualaikum.


i just thought that maybe i could probably make or create my own words or quotes.ngeh ngeh =p


'life is short so make it sweet'


okeh yang atas ni aku rasa dah ramai dengar kot.hihi.bukan aku punya la.aku terfikir akan quote ni sebab tengok sinetron Alisa kat tv3 tadi.asyik2 babak airmata yang aku nampak.naik menyampah pulak.so please make it sweet :)



p/s: terfikir jugak nak update entry apa.ada idea tak nak suruh aku update pasal apa?it could be anything.



Sunday, December 05, 2010

Cakap-Cakap Comel =D

assalamualaikum.





di suatu petang yang aman dan damai dan tenang dan.....


aku: amacam KL sekarang?ok?

dia: apa dia?

aku: macam mana KL sekarang?ok ke?

dia: eh dah semakin maju dah.since awak dah grad ni KLCC tu ada tambah lagi sebatang tepi dia jadi tiga dah.

aku: *mencebik muncung mulut semuncung muncungnya selagi boleh*


p/s: rindu..



Saturday, December 04, 2010

Nyam Nyam =D episode 8

assalamualaikum.


haaa jom share gambar makanan pulak.aku mengantok sangat2 nih tapi nak update.hihi.

















p/s: zzzzzzzzzzz......