Tuesday, December 07, 2010

Buku Baru Kertas Baru :-)

assalamualaikum.

aku pernah bagitahu kat mat bunga,hidup kita ni pendek.singkat sangat nak disia-siakan.takkan nak penuhkan dengan kisah2 sedih jek.sepatutnya kita kena lebih bersyukur sebab kita masih lagi boleh bernafas sampai ke saat ini.

aku dulu pernah bagitahu jugak bila dia selalu tanya aku kenapa dia jek yang dapat susah?kenapa Allah ambil semua orang yang dia sayang?kenapa family dia benci kat dia?kenapa susah nak dapatkan kepercayaan orang lain?kenapa tak ada orang nak percayakan dia?kenapa ramai kata dia jahat?kenapa dan kenapa?

jawapan aku bagi kat dia berdasarkan apa yang aku belajar kat sekolah dan berdasarkan bergaul dengan orang yang banyak pengalaman dan pengalaman aku sendiri.

orang yang selalu mendapat dugaan dan kesusahan dan cabaran dalam hidup ni ialah hamba yang terpilih oleh Allah untuk diuji akan dirinya,hatinya dan imannya.Allah tu Maha Adil.dia tak akan sekali-kali bagi ujian kepada hamba-hambaNya yang tak kuat hatinya.

so maksudnya di sini,mat bunga ni sebenarnya kuat hati dia.banyak dugaan dia harungi seorang diri.tanpa bantuan orang lain dia masih boleh berdiri.even orang di luar sana mencemuh diri dia.Allah tahu hamba dia yang seorang ni boleh menghadapi dugaan yang diberi.Allah tahu tahap mana kekuatan dan kecekalan hati semua hambaNya.

tapi kadang-kadang manusia ni kan.selalu lupa.lalai.selalu mengeluh dengan apa yang terpaksa dilalui seorang diri tanpa kerelaan hati.aku pun kadang-kadang macam tu jugak.selalu mengeluh.selalu cepat mengalah.merungut.tak bersyukur.kita kena sama2 saling mengingati :)

so kita tutup buku lama dan buka buku baru dan guna kertas baru.yang kertas lama kita koyak dan buang.memang tak boleh diubah balik apa yang dah lepas.cuma boleh diperbaiki :)


salam Maal Hijrah :)



p/s: hanya sekadar kongsi sedikit ilmu :)




No comments: