Monday, December 27, 2010

Kipas

assalamualaikum.

bila diskusi senja semalam berakhir,hati aku sakit.bila kedua dua belah pihak tak sependapat dan banyak dibantah kata-kata aku dari dibenarkan,maka aku hanya diam dalam keadaan hati yang sememangnya tidak berpuas hati.

setiba di mahligai yang dirindui,terus merebahkan badan yang sememangnya lemah longlai ke atas katil.suis lampu dan kipas ditekan perlahan.kelajuan kipas dimaksimakan selagi boleh.ikutkan suhu badan memang sejuk.tapi hati yang panas,maka aku tak peduli.

baring sambil merenung kipas.dalam khayalan.tak sedar berapa lama mata aku merenung kipas yang akur dengan kelajuan yang aku paksa tadi.tanpa dibantah.tapi mata tetap tak mahu tidur walaupun badan penat dan perut lapar.aku degil.

bila otak berputar laju secara paksa,maka semakin lewat mata aku tutup.otak memberi andaian kepada tuan punya badan,

kenapa diskusi tadi tak jadi seperti putaran laju kipas?akur dengan satu hala putaran.tanpa bantahan.tak pernah menukar arah putaran meskipun ditambah atau dikurangkan kelajuannya.

aku pening lagi.semakin liat nak melenakan diri.jam pukul 2am.masih terkebil-kebil.ah pedulikan.aku banyak kerja lagi hari ini.


p/s: masih tidak mengalas perut.degil lagi.




6 comments:

KizZ said...

Haha...kipas oh kipas...tidur tidur..

Jom skodeng,
Kami Hannah Montana

Aujinz said...

jangan di ikutkan hati yang membara..
kelak..perot yang menderita

sila pergi makannnnn..

kembatolo™ said...

kalo ade econ lagi cepat sejuk ni.. =)

Kuwe said...

laju laju kipas pun, time nak mula dia slow jugak.

srett srett srett sreretetertet. macam tu.

ARC™ said...

xpayah pikir..teruskan tidurrr

noname said...

biar kipas berputar ligat, jangan biar perut memutar liat