Saturday, December 18, 2010

Morning w/o a Sunshine..

assalamualaikum.

selamat pagi.even sekarang jarum jam pendek dah bergerak ke angka 12 dan jarum panjang dah menyiput sikit lagi ke angka 7.bukan masa ni aku baru bangun.dah lama.

cuaca hari ini?no sunshine at all.suram jek.dari pagi tadi.tapi ni dah menyerupai nak dekat senja.hujan?tak ada pun.tapi rasa sejuk.kenapa eh?suhu badan aku yang bermasalah ke atau cuaca yang suka nak main sakat menyakat aku ni?

family?mama abah?dah keluar.ke jengka.ada orang kahwin.aku?adik2 sengal?melanguk kat ruang tamu.aku menghadap teknologi canggih ni.sekor lagi menghadap teknologi jugak tapi sedang berusaha menjayakan 'perniagaan cafe dan cupcake' dia.yang sekor lagi yang baru balik dari meow meow tuh menghadap tv dan ikut sedap tangan dan hati tukar2 channel bila ada iklan yang sememeh.

kami?aku dan dua ekor lagi tuh masing2 macam tak ada niat dan kelakuan nak pergi ke bilik kecil yang banyak air dan penuh dengan product2 mandian dan kecantikan diri tu.sejuk?mungkin lah.malas?ok ini memang reason kukuh.

kenapa aku tulis macam ni?sebab aku nak tulis terus apa yang aku tengah perhatikan sekarang.rasa macam lagi senang.nampak lalu type.tengok terus tulis.senang.selalunya kalau aku menyendiri,sorang2,sebelum nak dekat2 tutup mata(bukan mati tapi tidur),macam2 dalam otak aku nih.nak cerita.nak inform.nak share.nak luahkan.

tapi setiap kali nak update,lepas type assalamualaikum,aku terpesong ke tempat lain.lupa nak luah apa.tu masalahnya.rimas.statik macam tu jek sampai berapa minit entah baru ada idea datang.tapi entry yang sekarang ni bukan idea.aku tak tahu nak panggil apa.

rasa macam nak bebel lagi nih.tapi ada ke orang nak baca?ada ke orang faham?ada tak makhluk lain yang sama situasi dengan aku sekarang ni?ada ke?

apa yang buat kamu2 ni baca blog aku?follow blog aku?kenapa eh?tak ada informasi langsung dalam blog aku ni.

morning with no sunshine to me is like..

nasi lemak with no sambal.
super duper laptop with no internet.
mp3 with no songs.(ini memang bongok)
home with no family.
religion with no faith and belief.

apa lagi contoh lain?pandai2 lah fikir.

mood aku sekarang?macam cuaca sekarang.maaf.



p/s: badan dan hati jadi panas tiba-tiba.damn!





2 comments:

cendera jiwa said...

ada je org nak baca.

sabarla dulu.pegi mandi. makan.

kembatolo™ said...

baca sebab nak baca. =)