Tuesday, December 28, 2010

Sweet Touch :-)

assalamualaikum.

hari ini dah okay.nasib baik kemarahan dan sakit hati aku dengan pihak lagi satu tu kejap jek.jenis yang kalau hal semalam tu hal semalam lah.hari ni dah hari lain.bagus!

hari ni lunch aku tetiba rajin nak masak.okeh fine selama ni makan luar.haha.sebenarnya nak melembutkan hati masing2 jadi aku masak.sedap ke tak,ke longkang ke tak itu paling belakang punya kira.tapi kenyang beb.sampai terlelap.

malam memang wajib aku tolong mama masak.tolong tengok.*pap kena sekeh kepala aku*.kat dapur rumah aku ada penimbang berat badan.musykil aku kenapa harus letak penimbang berat kat dapur?bukan kat tepi meja makan ke?senang lepas makan terus naik timbang lemak masing2.

nak tunggu ikan jadi lebih garing bila digoreng,aku timbang ah berat aku berapa.

"ish apsal turun 2 kilo?bukan ke hari tuh naik 2 kilo ke?penipu ah penimbang ni mama"

"tepi2 biar sarah pulak nak timbang.angah cuba tengok berapa".sekor lagi adik aku menyibuk.

"54 kg".tanpa rasa ragu2 aku jawab.kena jujur kan walaupun ia pahit.

"haaaa???eh apsal naik 6 kg ni???tak percaya sungguh laa!".adik aku menafikan.

"ok dah tepi bagi mama pulak nak timbang.tengok angah berapa".oh perintah mama wajib dipatuhi.

"eh angah tak sanggup la nak tengok ni ma"

"kenapa pulak?"

"takut mama kecewa.pecah pulak penimbang ni kang"

"amboi2 pecah penimbang yeee",sambil mama usap2 kepala aku.

"hehe"..sambil aku betulkan balik rambut aku.dah tak comey.hehe.



p/s: lain kali tengok sendiri berat masing2 berapa.




2 comments:

kembatolo™ said...

mama lagi ringan dari anak dye ke?
haha

Mr.IX said...

oenimbang x btol la kot....hehe

happy blogwalking & blog following.....!!

hit/follow me back ya klu sudi..... \^__^/