Monday, January 31, 2011

Tapi Kau Orang Punya..

assalamualaikum.


Suka hadir tanpa diminta
Ianya hadir
Untuk orang itu
Tapi orang itu orang punya

Sayang datang tanpa dipaksa
Ianya hadir
Untuk kamu
Tapi kamu orang punya

Cinta muncul tanpa sedar
Ianya muncul
Untuk awak
Tapi awak orang punya

Sudah berbagai masalah
Sudah bermacam pahit
Sudah banyak sakit
Telah dikeluarkan
Telah diungkapkan
Telah diluahkan
Telah dikatakan
Telah dirasai diharungi
Walau pedih
Tetap begitu
Masih lagi sama
Tetap tidak mengubah apa-apa

Perasaan itu
Semua itu
Untuk kau..
Tapi kau orang punya..




p/s: terkena.




Sunday, January 30, 2011

Grenade..

assalamualaikum.





p/s: tukar women kepada men.nak perli sangat kan..





Friday, January 28, 2011

Rakus Kuasa

assalamualaikum.

Baru balik dari sekolah.Just realized one weird thing.Apabila masing2 ada satu rasa yang membuatkan aku fikir akan tanggungjawabnya yang berat untuk dipikul apatah lagi yang memandang.Tapi mereka hanya mahukan gelaran.

Aku hanya panggil mereka rakus kuasa.itu gelaran kan?

p/s: "i know you're Malaysians like titles". -movie SETEM-

Thursday, January 27, 2011

Teksi Taxi =D

assalamualaikum.






Teksi

Teksi!
Bawalah kami
Ke alamat ini!

Vroom!
Teksi bergerak pergi
Berpusing-pusing, tercari-cari

Teksi!
Berhenti di sini
Inilah rumah yang kami cari

Skreet!
Teksi berhenti, kami pun keluar
Mahalnya tambang, tak boleh ditawar!


Zailian Taslim, Amer
edit: Normala bt Mohd
Antologi Puisi: Pesan Nenekku


buku puisi ni aku pinjam aka rembat jek dari pusat sumber sekolah aku.simple jek puisi budak2 sekolah ni.tak payah gemersik bayu bagai.

lagi satu ni pasal Taxi..






Lagu: Angkubah
Penyanyi: Taxi band


Detik dan waktu..
Meninggalkan kita..
Agitasi jiwa masih melanda...
Beri daku..
Sedikit waktu....

Sebelum ku terima cintamu..
Pastikan ku cerminkan jiwaku..
Untuk aku...
Cinta kamu...

Menanti angkubah selimut diriku..
Itulah harapan paling kau puja..
Hati kamu..
Bima sakti..

Dalam cinta hapuskanlah..
Sisa cinta dalam jiwa..
Agar bisa ku bercinta..

Dalam cinta lenyapkanlah..
Sisa cinta dalam jiwa..
Agar bisa ku mencintainya...


juara Twisties Bingit 2010 tak silap aku.malas nak google pukul 2 pagi ni..



p/s: maaf jarang update..rindu tak?hehe sengal.



Friday, January 14, 2011

Hehehehe =D episode 15

assalamualaikum.

okeh baru boleh tenang sikit setelah macam2 masalah yang bila aku fikir balik memang entah hape2...ermm jom aku nak share cerita pasal anak2 aku yang darjah 1 ni.

ada seorang anak aku ni.lelaki.kecil jek orangnya.semua orang termasuk cikgu2 kawan2 dan family dia panggil dia Babang..haa sebab Babang ni selalu bahasakan diri dia abang.lama2 jadi Babang..hehe.aku suka suara dia.boleh jadi DJ aku rasa.lupa pulak nak ambil video dia main tanah liat tadi.

alkisahnya.aku masuk kelas Babang.tengah mengajar tu adalah latihan tu suruh warnakan gambar dalam buku aktiviti diorang ni.mereka pun warna laa ikut sedap hati masing2.standard lah tu.time mewarna lah paling diorang nak melompat2 keriangan.

tak sampai 5 minit,ada anak murid aku datang mengadu kat aku.


"cikgu cikgu,mambang kan dia curi pensil warna kita"

"ha?apa mambang?panggil dia Babang"

"ha ye lah..cikgu,mambang ni dia curi pensil warna kita"

"hoi nama kita bambang lah.bukan mambang"



okeh fine aku pulak yang pening nih..



p/s: aku teringat pulak drama Pendekar Bujang Lapok..jom2 bertapa nak jadi pendekar.haha.



Thursday, January 13, 2011

Dunia Sinis..

assalamualaikum.



bila hati kata bodoh
bila otak menafsir yang lain
maka aku hanya membisu
sambil merenung susur alur hidup yang tak pernah titik

bila si bodoh dikatakan bijaksana
bila si pandai dituduh celaka
maka aku hanya membiarkan
sambil menghadap hari esok yang tak pernah ingkar akan kehadirannya

bila si gadis memuja teruna
bila si teruna mencela gadis
maka aku hanya merelakan
sambil mencari akan mungkin ada harapan untuk hari lain

bila kemewahan menerjah seluruh jiwa
bila kejujuran tidak lagi dipedulikan
maka aku hanya mampu melihat
sambil tersenyum...sinis



p/s: dunia dunia...



Sunday, January 09, 2011

Potret Realiti :-)

assalamualaikum.

maghrib dah ni.aku dah solat.jangan risau.ni aku nak buat segmen (eh ye ke segmen?) yang berepisod.sebelum ni dalam blog aku ada yang bersiri macam nyam nyam, reminder, hehehe, favourite songs of the day, lagi apa tah kan.

so entry potret realiti ni aku nak buat bersiri jugak lah kononnya.entry ni aku main rembat jek gambar2 yang aku tengah bosan tak tahu nak buat apa sambil melanguk tak tentu hala.selalunya gambar2 aku ambil mesti time aku tengah menunggu.tak kiralah tunggu orang ke,tunggu makanan order tadi sampai ke, dalam kereta tak boleh tidur ke, tah lah apa2 lah kan.

potret realiti?kenapa eh nama ni?tadi nak buat lukisan hidup.ecececece mengada lah kau lukisan hidup bagai.kiranya macam apa yang aku ambil tu semuanya real.memang on the spot.bukan yang aku lukis.*saya buta lukis*.selalu orang melukis ni ada yang tak real.ikut perasaan apa yang diorang rasa kan?bukan lah semua.okeh pelukis2 semua?hehe.

kalau nak letak lukisan hidup macam tak sesuai dengan aku.sebab ini just gambar bukan dari overpriced camera.huhu.dan aku bukan pelukis.nanti aku letak apa yang pernah aku lukis atas kertas course outline time study dulu.ye melukis sambil angguk2 geleng2 dengar lecturer potpet potpet kat depan hall.dengan color magic pulak tuh.hihi.

okeh jom tengok gambar2 apa aku ambil petang tadi.sekitar perumahan aku jek pun.bukan kat oversea.over the sea?yes!.haha sengal.











i just don't get it.what is the benefit of putting this huge mirror outside the house?ok fine boleh last touch up before masuk kereta..fine fine






orang pakai rantai dia pun nak jugak..fine fine



semestinya bukan kucing aku.haiwan2 tak dibenarkan.





pantang betul aku kalau naik kereta aku ada orang tukar channel radio.no 3 selalu flyfm tetiba dah jadi hitzfm



erm dah tahu kan kereta apa





yes saya sokong kaler purple.



pembedahan kecil?sunat eh?ehehe



pakcik ni dari aku kecil lagi hantar gas kat rumah aku..ait pakcik pun taknak identiti terbongkar eh?gimme five!




tak payah lah susah2 nak datang ke pantai timur sekarang.kalau dah macam ni cuaca dari pagi sampai petang..




p/s: aku tengah sakit hati ni..lain kali hp kau tu bagi kat orang yang kurang mampu nak beli.dapat pahala..(pada yang berkenaan)



Friday, January 07, 2011

Happy Birthday ke Happy Anniversary?

assalamualaikum.

as i said in my last entry,tak sabar2 nak tunggu 7 january.yeaahh finally.haa ada apa dengan 7 January ni?jom atau mari kita explore.waceehh.

aku tak tahu nak panggil apa ni.macam tajuk entry aku tu.nak kata birthday tak macam birthday sangat.nak kata anniversary pun macam tak juga.tak ada ikatan apa-apa.kiranya senang macam ni jek lah eh.

BLOG AKU DAH SETAHUN.

ok dah.hahaha.kalau korang tengok followers aku 157 kan?tapi sebenarnya 18 jek.sebab?aku dah tukar link.18 tu yang bertempek muka memasing kat follower punya widget.yang silent reader aku tak tahu.ada ke?elehhh..

so hari ni aku nak buat something.jom ikut aku nak?aku suggest kan jugak kat korang yang dah otai gila dalam blogging ni.apa kata bila dah sampai or genap blog korang tak kira lah setahun dua tahun 3 tahun or lebih dari tu,korang cuba godek balik entry2 yang dulu2.baca balik.

macam aku.aku akan baca entry aku yang first sekali time last year.7 january 2010.hikhik.sebenarnya ada satu entry lagi pada tarikh yang sama.tapi tu sumpah aku baca pun geli tak ingat.terus aku delete dah awal2.haha.tajuk entry ASSALAMUALAIKUM.haa baik tau aku.

lepas tu aku baca balik jugak entry2 yang aku rasa nak baca.entry aku stress lah,entry pasal anak2 murid aku lah,pasal aku marah2 kutuk2 sakit hati lah,pasal aku beli barang,dapat hadiah masa hari guru lah,makanan,gambar separuh aku,pasal puisi lah,pasal video semua jadah ada.

bila baca balik kan...aku rasa..eh betul ke aku pernah tulis entry2 cenggini??konon2 susah nak percaya.kalau entry yang bahasa jiwang jiwangan lagi laahhh...macam...ish ni mesti orang lain yang post ni.bukan aku.bukan bukan.tetiba nak buat tuduhan palsu.haha!tu namanya tak sedar diri ye.

*rindu kat link yang lama*



p/s: sambung balik baca entry2 lepas.compare dengan yang sekarang.jom jom!



Thursday, January 06, 2011

Hehehehe =D episode 14

assalamualaikum.

malam dah sini.baru bangun tidur terus sakit kepala.hujan 4 hari beb.suara aku dah macam radio rosak jek ni.kalau 3 hari aku tak update itu sangat normal.mesti 3 hari.tak tahu pehal.paling lama seminggu jek.jangan rindu rinduan ye.haha.

oh dah episode 14 eh?ni bukan sambungan sangat macam telenovela tu.yang entry macam ni selalu sambung tapi bukan cerita yang sama.ini info untuk makhluk2 yang baru follow aku ye.heh.yang dah biasa follow dan baca tu dah biasa kot and dah tahu aku nak cerita pasal apa.

tahun ni aku ajar English darjah 2.ehem ehem berdehem kalau boleh nak kuat lagi ni.bukan apa.sakit tekak aku nak kuatkan suara.mula2 kelas jek.bila dah tengok aku garang membisu memasing.dengar bunyi kipas berpusing jek. 0.o ok tipu.on aircond sebenarnya.

tadi aku ajar singular and plural.ok diorang dah faham sebenarnya.dah belajar dari darjah satu.saja lah aku nak tengok diorang ingat ke tak.ada satu soalan yang aku bagi.suruh tukar semua plural words kepada singular.wah masing2 semangat berkobar2 ni tulis.konon lumba siapa cepat siap boleh rehat awal.

dah siap jek aku check.semua jawab ok jek aku tengok.banyak yang aku mark betul lah.contoh,

classes jadi class
glasses jadi glass
mangoes jadi mango
children jadi child
men jadi man
babies jadi babi....errkkkk aaaaa???

"ye lah kan teacher kata kena buang e dengan s"

"ye ye tapi bukan kena tulis babi.baby la..b a b y.."

"oh saya pun pelik tadi.kenapa jadi babi...."


okeh aku yang salah eh?lalai kejap dalam kelas.haha!


p/s: tunggu 7 January...aihh mengantok dah ni.




Sunday, January 02, 2011

Bila Tak Boleh Tidur =D

assalamualaikum.

haaaa awat tak boleh tidoq ni?ehehe tetiba nak cakap loghat utara.sekarang pukul 235 am.ni ikut laptop aku la.tak tahu pulak masa kat Zimbabwe sekarang pukul berapa.teruja tak update entry untuk hari kedua tahun baru?haha sengal.

aku check *check ye bukan cheak* email tadi.bersepah email dari kawan aku bagi gambar2 masa kitorang pergi i-city itu hari.ceh.dah sebulan baru nak send kat aku.huh.haha.so bila dah tidur lepas maghrib tadi then bila tak boleh tidur time sekarang,lalu aku dengan tak ada kerjanya rajin upload gambar2 tersebut untuk tatapan bersama para pembaca.ececece.haha.

dah lama kan tak letak gambar since tukar template ni?haaa teruja tak?haha.malu2.







sengal betul budak baju putih itu.kau tunjuk apa woii?




mengembara lagi cari haiwan best nak ambik gambar sama2




nak duduk tak berani *aku ringan okeh?*




apa yang budak baju putih ni cuba buktikan?confuse dah




pose paling 'sopan'






3 ekor perempuan.hakhak









ceh nampak gaya tadi macam dah nak berambus




iyaaahhh ini yang penting.kena tunjuk jugak dengan tangan.tak kira!.haha.



p/s: aku dah tak larat nak crop gambar.banyak.lebih 200.gilakk.



Saturday, January 01, 2011

Twitter dan Penyakit 'H' =D

assalamualaikum.

selamat tengah hari.good afternoon teacher.*semangat nak start sekolah dah*

oh nak cerita pasal twitter ye?sebenarnya aku dah lama ada twitter.since last year.eh last year kan 2010?no no bukan.tahun 2009.hehe sorry2 lupa dah new year.

time tu aku ada twitter sebab aku dengar dalam flyfm yang DJ Jules tu baca twitter dari Britney Spears.mak aih nak sebut twitter pun cam slang American.poyo gila.masa tu facebook baru nak berkembang pesat ah dikalangan students dan remaja sekolah.twitter tak famaous amos lagi.

so memandangkan aku ni dari sekolah minat Britney,hehe,maka aku pun usha ah kat internet apekebende lah menatang nama twitter ni kan.usha punya usha sekali dapat lah tahu.terus create account.teruja punya pasal.terus follow Britney.yang pelik tuh lepas aku follow dia,dia pun nak follow aku?ish.bukan kau kenal aku pun mek.lantak ah.

tapi time aku create account twitter tu aku dapat agak dah ni.tak lama lagi twitter ni mesti famaous.macam FB.tapi masalahnya kawan2 aku tak ada twitter.nak2 sekor2 tanya aku apemendealah twitter tu.errmm aku pun jarang lah on.

ok dah cerita pasal twitter.kita borak pasal penyakit H pulak.aiyoo apa nih?haha.aku yang cipta sendiri nama penyakit ni.since aku asyik bertweetdeck dengan sorang kawan aku ni,aku perasan yang semua ayat2 aku mesti ada H kat hujung.contoh?

itu jadi ituh
ni jadi nih
jeles ke? jadi jeles keh?
tak remaja jadi tak remajah
aku jadi akuh
ok jadi okeh
habis jadi habeh
aku punya jadi aku punyeh
wei jadi weyh
damn you jadi demyuh *memandai jek aku*


oh yang buruk jadikan tauladan.heheeeee...yang nak ambil SPM jangan ngada2 nak ikut BM longkang aku nih.



p/s: macam mana eh nak letak widget twitter kat sidebar?puas aku godek tak dapat.demyuh!