Saturday, April 30, 2011

"Hello,Awak Ni Siapa?" =/

assalamualaikum.

caakkk!!haha.saje jek.penat ni baru balik.terus melayan movie Om Shanti Om kat tv2 ni.lama wooohh tak tengok.blog aku macam biasa lah kan.setakat beberapa hari or seminggu tak update itu memang takde hal lah.rilek2 sudah.


hari ni berkongsi cerita pasal unknown number.tak kisah lah private number sekalipun.aku sebenarnya memang cukup pantang cukup hangin cukup mengamuk kalau ada unknown number call aku tapi dia yang tanya, "hello,awak ni siapa?" atau dia cakap macam ni, "awak ni siapa?".

ceettt.annoying gila.dah lah unknown number,lepas tu kau pergi bantai tanya soalan yang sepatutnya aku yang tanya kau kan.itu taktik flirt zaman batu.aku dah tak layan.mengarut jek.

baru2 ni ada unknown number called nombor maxis aku yang berbulan2 tak topup sebab expired tahun 2012.dia called and asked me about ustaz siapa tah kan.aku cakap la dia salah nombor.lepas tu dia call lagi.nak cakap dengan ustaz iaitu konon2 suami aku.


pfftt!!aku cakap lah elok2 yang aku tak kenal mana2 ustaz and aku tak ada suami pun.pas tu gaya dia letak phone pun macam nak marah aku.aih bang.kau ke aku yang patut kena marah ni??

kalau nak ikutkan sejarah orang salah call nombor aku ni memang banyak.nombor maxis dan nombor celcom aku ni dulu2 rupa2nya pemilik dia lelaki.senang cerita ex bf tah siapa2.bila aku beli nombor ni macam2 lah no sesat mana call message aku melenting tak tentu hala kata aku perampas bf dia lah apa lah.padahal bf korang yang tak tahan perangai korang yang macam bitch tu terus tukar nombor phone.ha mampus.padan muka!

minah2 ni mencarut dengan aku memang boleh tahan jugak lah kan.ada bf diorang nama Ebi,sorang lagi yang no maxis aku bf dia nama Azrul ke apa tah.tapi budak sekolah lah.ceh.nak lawan dengan aku yang dah masuk U time tu.pmr pun kau tak lepas lagi dah nak cinta2.mengarut!


kepada boyfie2 di luar sana yang dilanda masalah berhadapan dengan aweks yang perangai macam bitch,sila jangan tukar nombor telefon korang.download jek blockcalls app dalam phone mahal korang tu.dan jangan layan message2 busuk aweks kau.kesian orang yang macam aku kena panahan lidah tajam lagi bau longkang dari aweks kau.




p/s: malas dah nak angkat call siapa2 lepas ni.



Tuesday, April 26, 2011

Madah Sinis..II

assalamualaikum.




Saya tak pandai nak express emosi marah dalam bentuk reaksi fizikal atau suara..marah saya hanya diam dan memberi respon sambil lewa terhadap orang yang saya marah dan saya tak pandang muka dia..itu sahaja marah saya dari kecil hingga hari ini... saya tak pandai bertengkar atau menyebut perkataan yang tak elok seperti orang lain..saya tak pernah melakukannya di sepanjang hidup saya..
 
 
p/s: bagaimana lagi ni?



Friday, April 22, 2011

Potret Realiti :-) episode 3

assalamualaikum.

yeahh it's FRIDAY FRIDAY...hahaha.tak sabar nak tunggu esok sebenarnya.ada plan nak jalan2.weeee~~
jom layan gambar2 dalam smartphone ni..hehe.











ni aku rasa macam nak buat sendiri nihh.kat pasar malam mana ada...




yang ni jek lah yang ada.yang lain semua dah delete.

nak basuh kereta.esok ada misi penting.

okbai.


p/s: tengah lapar nih weyhh!!



Tuesday, April 19, 2011

Good Health :-)

assalamualaikum.

baru balik sekolah terus nak update blog.apejadah tah.tiba2 ada satu rasa macam rasa rajin nak update something.rasa tu dah la jarang2 datang.bila once dah datang tanpa dijemput masuk ke rumah,terus dia dah pecahkan pintu masuk tanpa malu.


*ok fine intro ke laut*


aku nak buat comparison pasal kesihatan badan aku.ok secara umumnya semua makhluk yang berakal tahu kot pasal pentingnya jaga kesihatan ni.tak perlulah aku ceramah panjang lebar.mesti bosan sama dengan dengar time sekolah dulu.


dulu time aku study 4 tahun kat Gombak,aku tak pernah or jarang kot pergi hadap muka doctor apetah lagi nak hadap nurse ke assistant doctor ke kat klinik U aku.sebab apa?no no bukan aku takut yee...sebab badan aku ada antibody yang kuat untuk melawan penyakit.seriously lah.bukan nak berlagak ke hape.


time study dulu aku pergi balik kelas jalan kaki naik tangga turun tangga.kolej aku tu paling berdaulat antara kolej2 dalam U aku tu.tangga pulak dah diberi macam2 gelaran manja seperti tangga batu cave (ni aku yang gelarkan), tangga keramat,tangga tinggi.120 anak tangga derr..hari2 guna tangga tu memang rugilah kalau tak pernah kira sekali kan.


so kesimpulannya ialah bila dah 4 tahun,hari2 jalan kaki,naik turun tangga yang sama,apekah maksudnya?yess badan jadi sihat secara semulajadinya tanpa disedari oleh aku sendiri.padahal hari2 jugak lah aku mengeluh mengadu domba kat roommate aku.letih lah lenguh kaki lah nak tercabut kepala lutut lah.drama dusta semua tuh.


so now compare dengan life aku yang terkini.since dah berkerjaya,since dah ada kereta sendiri,since sifat malas untuk bersenam mahupun berjalan kaki mahupun jogging telah mula meresap dalam segenap saraf dalam badan yang dah tak sihat ni,maka makin tak bertambah sihat lah badan aku.


dengan ditambah tabiat or habit (nak tertype habitat dah tadi) yang bila datang jek weekend terus nak tidur sampai zohor,so faham2 jek lah kan.semakin malas.life aku sekarang semakin malas.apesal ek?pelik aku kadang2 bila fikir hal ni.

bila dah malas nak jaga kesihatan,tiap2 bulan aku perasan yang aku mesti ada sekali or dua kali demam selsema batuk yang teruk.serious!!..jangan play2 wooo..bila dah tak sihat semua kerja tersadai macam tu jek.sikit2 nak kena makan ubat.padahal zaman study dulu,kalau setakat demam selsema biasa ni aku biarkan jek.pagi esok dah baik.takdek sampai asyik terbongkang atas katil 24 jam.




so kesimpulan versi kedua pulak ialah aku malas nak bersenam maka antibodi aku dah tak kuat lawan penyakit.tu belum masuk kes aku sakit gusi.lagi parah.semua benda aku nak mengamuk.sampai orang2 tersayang pun habis kena amukan dan rasukan aku.

nasihat aku kat kamu semua.BERSENAM lah.jaga kesihatan.jangan jadi macam aku.ada kereta bukan lagi alasan kau malas nak berjalan kaki nak ke 7E semata2 nak beli topup.nak2 kedai 7E tu seberang jalan perumahan kau jek.dan bukan alasan tak ada masa sebab tak berjogging.tolol semua alasan tuh.




okeh?take care everybody!



p/s: aku sakit belakang ni.nasihat aku: jangan meniarap selalu atas katil bila online.sekian.






Sunday, April 17, 2011

Must Read :-) episode 3

assalamualaikum.

when the waves
are flooding the shore
and i can't
find my way home anymore
that's when i look at you..

haha okeh2 bukan poem ke apa tu.lirik lagu aku tengah layan ni time nak update entry.so malam ni aku share blog favourite aku yang difollow almost a year.ada yang macam baru awal tahun ni aku follow.tak tahu lah kan korang minat ke tak nak baca.



papanda - okeh mamat panda ni aku rasa baru awal tahun ni kot follow.itupun sebab gengblogger punya fb page promote one of his entry.so aku baca lah kan.boleh tahan jugak lah kepandaan beliau.dia dah balik malaysia semalam.ha pergi terjah dia.haha.

blog usang - haa blog ni aku baru follow dalam 2 3 minggu rasanya.aku ada terbaca entry blogger yang baru follow blog aku.dia buat entry pasal 5 blog paling popular dibaca dalam tahun ni.termasuk lah blog panda tadi.

bvlgarigirl - okeh tak logik la kan aku follow blog jejaka jek.blog arianna ni pun aku follow since aku join GB.haa dah setahun lah kiranya.ok jugak.blog ni campur2.story macam2.but mostly kepada personal story.

skema - haa ini jugak blog gadis.baru berapa bulan jek follow.maybe gadis2 yang jeles or jejaka yang tidak mempunyai kekasih hati akan rasa dia ni gedik ke hape.but for me she's good.banyak tips.yeahh untuk girls only.hehe.

kain burok - yang ni pun baru follow lepas tiba2 aku ada perasaan dan sifat rajin secara mengejut dulu.tak ingat lah bila aku blogwalking sampai 3 pagi tengok usha2 blog2 nak follow.sekali tersinggah kat blog mamat ni daa..


ok ni taste aku lah kot.aku suka blog simple macam ni jek lebih kurang.kot2 lah ada yang baru jek jadi blogger.nak usha blog2 nak difollow.boleh ah intai2 sikit blog2 yang aku follow ni.

cuma nasihat aku lah pada yang newbie.once kau dah klik follow kat widget diorang,please lah follow elok2.bukan setakat main tepek gambar hang kat follow widget tu.tapi kejadah kau tak pernah nak singgah baca apatah lagi nak komen kan.

cara aku senang jek.bila blog tu aku baca sekali dah best,background tak serabut,tak camwhore letak semua sidebars yang ada dan letak gambar gediks,yes aku follow.seriously aku follow dan baca.dah setahun aku blogging but blog yang aku follow tak sampai 40.

yup.jangan nak tipu aku lah weyh kau follow sampai beriban pun tapi kau bukan baca sangat kan.jangan jadi tolol.

entry yang lepas pasal blog lain yang aku follow.ini dan ini.

okeh bebeh.good nite yee!



p/s: tak suka blog yang ada bling bling.serabut semak samun!




Monday, April 11, 2011

Kempunan..

assalamualaikum.


nak tahu ke apa dia?







konon2 tengah mengubat hati yang lara..senyum laaa...










ok fine.bukan ayam kfc sangat pun yang kempunan.tapi....air oreo shake dia tu...errghh!! member aku kata ada kat certain kfc jek yang ada...aisehmen..ke dah habis dah?dogol lah kfc nih!








p/s: suspect yang hit and run dalam last entry aku tuh dah kena cekup siang tadi...



Saturday, April 09, 2011

Rest in Peace :'(

assalamualaikum.

al-Fatihah untuk kawan baik aku,Kim.accident last night.hit and run.
aku baru tahu.kalau lah aku tak tutup FB..betul cakap Ijat.susah orang nak roger aku...so now dah bukak balik.taknak dah tutup.nanti news pasal kawan2 aku semua aku tak tahu.

aku tak pernah rasa kehilangan...aku tak tahu..


p/s: i miss you already..siapa lagi nak dengar aku membebel..:(



Friday, April 08, 2011

Madah Sinis..

assalamualaikum.


Kadang-kadang petunjuk mimpi
adalah
kebetulan yang menghairankan.
tak kisah pun.kalau betul2 nak, persilakan.

dengan penuh rela memberi keizinan.

jangan menyorok disebalik sehelai daun.
ia menjengkelkan..

dalam dunia facebook kita boleh membaca semula message dalam inbox

walaupun telah di DELETE.

kita juga boleh melihat kembali
sejarah sembang dalam chatbox
walaupun telah dikosongkan.

namun di alam realiti
hubungan yang TERDELETE

akan mengubah sebuah kehidupan untuk selamanya.

sudah bersedia membuka pintu untuk yang ingin keluar..

silalah..



terima kasih FB.segalanya telah terungkai.sudah memahami apa yang tersirat apatah lagi yang tersurat..




p/s: serentak itu juga ada 2 misscalled yang tak perlu aku jawab.




Wednesday, April 06, 2011

BlaBlaBlehhh =p

assalamualaikum.

tak boleh tidur dah ni haa...terjaga punya pasal dan tertidur awal punya pasal.huhu.eleh bukan nak sangat tidur awal pun.sebab aku penat.lagi satu ditambah penat lagi sebab baru jek balik dari kerja,tak sempat aku nak tanggal selendang,belum sempat nak letak handbag,mama suruh pergi shopping barang2 dapur.adehh time2 tu lee nak suruh beli kan.awat tak pergi ahad hari tu..?

aku ok jek tapi sebab ditambah mama duk membebel apekebendetah membuatkan kepenatan aku bertambah bertong tong banyaknya.maka aku pun diam ek ah dalam kereta.tolak trolley pun aku dah macam malas.selalu aku lah yang duk suka main tolak2 trolley.bertenggek atas tu la time mama aku tolak.ok sangat tak segan...



dah sampai rumah aku pun terus ah naik atas masuk bilik kunci pintu tertidur sampai pukul 2 pagi.memang confirm maghrib aku burn.nak mandi malam2 ni kang aku ni jenis penakut.eh eh online sampai 5 pagi takdek hal pulak aku kan..memang bangang.

celik mata terus capai hp terus tweet.tak ke lagi tambah bangang kat situ?patutnya kau bangun cuci muka semua pergi solat isyak qadha sekali maghrib.ini tak.macam tak boleh hidup tanpa hp.dunia sekarang.memang sinis..sampai aku pun kadang2 boleh menyampah dengan dunia sekarang.habis dah takdek dunia lain dah dalam dunia ni.terpaksa lah..

so entry ni aku nak membebel jugak.dah pendam lama sangat.siapa sanggup baca ni sampai habis memang aku tabik.oh yang tadi tu just introduction untuk membebel.bukan isi2nya lagi.so jangan salah sangka.

aku nak membebel pasal gambar.ok ramai kot dah tahu bloggers dan orang yang ada FB (aku dah tutup) selalu gedik sangat tunjuk gambar memasing.nak cakap pasal gaya tu memang takyah cakap ah.memasing dah tahu.bajet cute,bajet gedik semua style ada.tapi aku nak focus kat perempuan lah.of course lah babe.semua pasal perempuan.ada ke orang duk kutuk2 lelaki yang letak gambar dia?mana ada.

ini luahan hati aku jek lah.dah banyak kali aku blogwalking,tengok gambar kawan2 kat FB.ewah2 seronok eh korang tayang2 body,tayang shawl style baru,tayang pakwe,tayang makwe lagi lah kan.ish..tak malu ke?nak2 sekarang gambar2 perempuan lah selalu disalahgunakan untuk benda2 yang tak elok dalam dunia internet ni.jangan kata kau tak tahu.aku tampar nanti.

ada jugak bloggers perempuan yang every entry,sidebar kiri kanan atas bawah,semua kena WAJIB letak gambar dia...aisehmen...motif?tujuan?aku tak faham.aku dengki?puh-lis lah weyh.aku tak pernah kot nak suka2 hati share gambar aku dalam fb or blog aku ni.semua memang tak kenal.kalau entry bagus seiring dengan muka yang cun takpe gak.ini dah opposite.tak masuk lagi yang suka copy kucing entry orang lain...bodoh.

so dinasihatkan kepada makhluk yang bernama perempuan.jagalah diri korang.memang korang tak buat apa2.just share gambar kan?tapi kesannya korang tak tahu lagi sebab korang tak rasa...lagi.posing tu pun bersopan lah sikit.bukan nak kontrol cun or kontrol ayu tapi..kita kan orang melayu.ada adab.

pedas ke?pergi minum vitagen oren.

oh pedas lagi eh?tengok jek lah video ni.dari youtube aku.baru upload.kalau pedas lagi mampus kau ah.bukan salah aku.









youtube aku. MarkonahAwang.




p/s: thanks baca sampai habis.mmuaahh!!




Saturday, April 02, 2011

Free Time :-)

assalamualaikum.

morning everyone.so what are you guys been up to?i got no plans ahead except just hanging around at home with my family.quite exhausted this 5-working-days.so when we got chance to rest on weekend,use it well. *dialog from Harry Potter and the Sorcerer's Stone*ehem.haha!

i'm gonna make this entry as normal as other people.like a diary perhaps.the usual things a human go through their life.seriously like,'what the heck miss?are you kidding me?'.haha i know.write whatever you do from what time you get up until the time you shut your eyes.oh yes!.i'm gonna do it right now!

*cliche gila minah ni*

i got up at 630 am.after subuh prayer then slept again.muahaha.that was a normal thing to do huh?got up for the 2nd time at 9 am.went down stairs to check out whether there is still people in my house.sounds odd.but yeah.sometimes my mum and dad don't tell me to go out or whatever.plus,my sis and hubby were here since yesterday.they went back to our kampung.wanna meet grandma.nice..they didn't wake me up...so nice..

and now here i am.sitting in front of my cute notebook writing this crappy little thing.my dad went out to send the car for service.and my lil sis now is watching some stupid movie on HBO.me writing this and listening to ET cover on youtube.

wanna listen to it with me?come on baby!













p/s: so much for my hanging-around-with-my-family...duhh!