Tuesday, June 21, 2011

Nyam Nyam =D episode 11

assalamualaikum.


dah rasa nak buat public blog ni setelah sekian lama dia diam.bukan apa.kadang2 kalau dah lama tak update dan rasa malas membuak2 maka haruslah dibuat private blog ni untuk sementara.even aku tahu ada lah beberapa makhluk yang still baca.boleh kira dengan sebelah tangan jek pun.widget followers tu abaikan jek.


aku sekarang banyak update untuk blog yang lagi satu.yang tu memang betul2 private.macam diary lah kan.


so pagi2 buta ni aku terjaga sebab tertidur awal sangat tadi.so jom kita tengok balik gambar2 yang aku berjaya snap sepanjang hidup aku kebelakangan ni.saja nak menaikkan nafsu lapar time2 macam ni.lahabau betul.




































ok dan2 jek nak buat entry pasal makanan kan.padahal nak puasa ganti esok ni.asal rasa macam gambar makanan jek terus aku upload letak sini.






p/s: nanti nak update pasal android aku lah.amacam?tapi busy sikit.nanti ada free time aku update..



Sunday, June 19, 2011

Weekend..

Today i will just stay at home.watching my relatives talking laughing sharing with each other.it is the greatest moment you have ever had.being in a loud family sometimes can be more stressful.but sometimes it can bring joy to yourself.and seeing my mum treats and looks after my grandma who is sick.can bring tears to you.just adapt to it.

Trying to go out and buy Oreo.to convince my dad to get dunked.LOL.happy papa's day!

:: stomache is really painful :(
Published with Blogger-droid v1.7.1

Tuesday, June 07, 2011

Sejarah Jatuh Aku =D

assalamualaikum.


kenyangnya.baru lepas makan.makan maggi.hehe.panas pulak tu.pergi ketuk bilik papa aku tadi perghh sejuk peti sejuk betul.padahal baru2 ni aku baru jek dengar dia membebel suruh jimatkan elektrik since tarif elektrik dah naik ni.bila aku on aircond dia marah pulak.oh begitu rupanya yee...


aku busy lately ni.even cuti sekolah pun.cikgu2 sekalian tak goyang kaki dan goyang kepala tau kat rumah.kitorang goyang2 tangan jek menanda kertas2 exam ni.= . =


cakap pasal jatuh ni kan.tak kisah lah terjatuh ke.eh terjatuh jek aku rasa.huhu.aku imbas balik lah sepanjang hidup aku ni.penuh dengan terjatuh.bukan kejatuhan.memang terjatuh.tergelongsor semua ada.meh sini aku cerita..


bulan lepas aku terjatuh.keluar dari kereta terus terjatuh.ha faham tak situasi apa ni?situasi sengal.di mana aku dah sampai sekolah pun.dah pakai baju comel2.jatuh pulak.ni semua sebab kain baju kurung aku yang panjang agaknya tersekat kat bawah seat.aku keluar terus melutut.pergh sakit dia toksah cerita lah.lutut aku dulu cium jalan.


so luka ah semua.seminggu aku jalan macam nenek.just tadek tongkat jek.nenek vogue kot.haha.nasib baik tadek orang nampak.kalau tak..


lagi satu aku terjatuh.semalam.kat sekolah jugak.tapi ni lain sikit.memang aku yang tak perasan or memang aku cuai.aku pusing jek nak jalan terus terpeleot kat lopak jalan tak rata tuh.first thing aku protect ialah lutut kiri aku.baru baik woo.takkan nak luka lagi.


kaki kanan aku yang terkehel.ok nice..tapi situasi ni berlaku di depan orang ramai.aku sempat ingat lagi berapa orang.8 orang okehhh.ramai tau!cikgu tu dengan anak dia,makcik kantin dengan anak dia,parents dalam 3 orang and masa aku nak jalan ke kereta aku ada seorang pakcik tiba2 buka tingkap kereta dia yang sebelah kereta aku.woohh terkejut aku!macam tadek orang aku tengok tadi.


"tu lah lain kali jalan elok-elok"


aku senyum jek la tambah gelak2 kecil sikit.haha.ok bukan haha eh aku gelak.ada lagi sejarah jatuh aku masa zaman study dulu.lain kali aku cerita.tu siap aku menggelongsor lagi.pakai baju kurung.wuisshh!




p/s: ada orang tu kan.dia kan.tak bagi aku message dia dah.so aku tak reply lah.




Friday, June 03, 2011

Cute Names on Phone :-)

assalamualaikum.


zaman sekarang ni semua ada phone kan?tak kisah lah phone cikai ke smartphone harga beriban ke.yang penting function semua sama.yang main function pun sama.one of them is phonebook.which contains all your contacts like names,phone numbers,emails..etc.


so now.nak tanya.korang letak nama apa dalam phonebook untuk orang2 tersayang?macam aku punya lain sikit tau.hehe...


ni especially untuk family members aku la.




PaPiTo
MaMiTa
Kaklong Ngegeh
Sarah Ngegeh
Wawa Ngegeh
\(^ . ^)/




hoho.ni memang list aku buat dari start aku pakai phone sampai sekarang.tak bertukar.yang bawah sekali tu memang special.




ada jugak teman sejati ni aku selalu tukar2 nama dia dalam phone aku.ada aku letak nama..




setan
baran
Mat Bunga
Rabbit
Principle




ok pelk kan?kalau dalam phone kakak aku dia letak ayahanda bonda untuk parents kitorang.perghh kau.dah pangkat ala2 raja gitu.




p/s: korang punya nama best tak?tak sebest aku kan?kan?haha..lalala...