Tuesday, July 05, 2011

Orang Rindu..:'(

assalamualaikum.


khamis minggu lepas arwah nenek dah tak ada.kebumi malam tu jugak.memang dari dulu aku selalu dengar masa dia sakit.dia nak mati malam jumaat.aku selalu menidakkan apa yang dia cakap tu.aku selalu kata umur nenek panjang lagi.jangan fikir pasal mati lagi.tapi dia diam jek..


pada awal masa dia sakit,kitorang semua ingat sakit biasa.ye lah orang tua kan.penyakit orang tua lah kot.dalam sebulan macam tu kot dia sakit.mula2 biasa jek.pergi klinik dulu.tak elok jugak pergi hospital.bila keluar doctor cakap nenek sihat...sihat??peliknya.tapi yang aku kagum.nenek tak nyanyuk.tak pekak.dia sihat..


yang semakin teruk tu bila isnin minggu lepas kena masuk wad terus.tapi aku lawat dia rabu malam.lepas habis kerja.petang tu terus aku teman dia sampai malam dan balik rumah dengan makcik aku.malam tu dia sihat.siap aku kena marah lagi dengan nenek.maknanya memang nampak sihat lah kan..


ada sekali tu dia baring.belakang tilam katil hospital tu basah.memang dia pakai pampers.tapi yang basah tu penuh dengan darah.datang dari belakang badan nenek.rupanya doktor ada ambil darah dari belakang badan nenek.mama kata nenek ada kanser serviks.macam2 lagi sebenarnya penyakit dia.sakit jantung.sakit saraf.paru2 berair..


nenek nampak lagi kurus.sebelum ni pun memang kurus tapi tak sekurus masa sakit.aku pegang tangan dia.rasa macam betul2 aku pegang tulang.betul.tak tipu.doctor suruh pakai topeng oksigen tu.nak tengok tahap oksigen dalam badan dia.makin lama makin sikit.masa aku teman tu dia selalu cabut.aku pulak tengok jek.nak pasangkan balik takut dia marah.doctor masuk suruh dia pakai balik.doctor suruh aku tengok nenek..


khamis petang.lepas zohor.dalam pukul 230pm.mama call.banyak kali.tapi tak perasan.busy.handphone dalam handbag.mama kata nenek nazak.sambil cakap dengan suara menangis.aku hung up phone.terus capai kunci kereta.pergi kat kereta terketar2 tangan aku nak masuk kunci nak start engine.asyik terjatuh jek.termengah2 lagi lari ke kereta.drive memang laju.tiba2 tak ingat jalan pergi hospital.arghh! aku takut aku orang last sampai.aku takut aku tak sempat tengok nenek.aku takut lambat sampai sebab semata2 nak cari parking.kat hospital sangat2 susah nak cari parking..


nenek dah pindah wad lain.dari jauh aku tengok mama berkali2 kesat air mata.yang lain tak sampai lagi.aku,mama,papa,adik,uncle aku,auntie aku,cousin jauh dari kelantan datang.tu jek yang ada kat katil nenek.yang lain duduk jauh.tak sampai lagi.aku sampai dah terus nangis.nenek hulur tangan dia.dia nak orang pegang tangan dia.daniel pegang.dia takut sebab tengok nenek makin kurus.tangan nenek banyak lebam2 kesan ambil darah..


daniel.cousin aku.anak angkat auntie aku.cucu angkat nenek.tapi nenek lagi sayang dia.baru 6 tahun.aku pun pegang sekali tangan nenek.mama suruh.masa tu...sangat sebak.aku nangis lagi..entahlah.tak boleh nak tahan.teresak2 aku nangis.semua orang pandang aku.nenek sedar tapi dia tak buka mata.dia pakai topeng oksigen.nafas makin lama makin sesak..


mama suruh aku bergilir2 dengan dia dengan adik dengan auntie.bisik kat telinga nenek.ajar mengucap.aku ajar.lepas tu aku cakap, "tok, orang mintak maaf.."


sampai petang.bila ada saudara mara yang baru sampai.semua menangis.aku pun.macam tak kering2 air mata aku.masa nurse nak salin baju nenek sebab ada darah banyak kat belakang dia,kitorang tunggu luar.bila nurse buka langsir,nafas nenek makin teruk.baru mama nak pergi tengok.nenek dah kaku kat situ..


mama kata jangan menangis sangat.sebab memang malam tu nenek nak pergi.nenek yang selalu doa.dia pergi dengan tenang.nenek selalu mengadu dia tak larat.nenek taknak sakit.sebab dia terseksa berperang dengan sakit tu..


maybe orang lain tak rasa macam aku rasa.yelah kalau orang tua yang meninggal.macam nenek ke tok ke.semua akan anggap macam biasa.yelah meninggal sebab sakit tua.memang dah tua kan...tapi bagi aku..perit.i was totally lost.ini baru nenek.kalau mama papa?


al-Fatihah.






p/s: rindu.aku pegang kain batik nenek.bawa tidur...




3 comments:

Aujinz said...

Al Fatihah

butterflies Lovers said...

innalillah~
Al fatihah.. be strong k dear..
aku faham macamana rasa kehilangan..

chah said...

al-fatihah.

hilang org tersayang mmg perit. tapi kita kna kuat. b strong k..