Saturday, August 27, 2011

Speechless Saturday :)

assalamualaikum.


okeh tajuk entry yang ni pun aku reka sendiri.hehe.good evening everyone! entry last before raya.













text message yang last ialah rentetan dari entry bulan lepas.




p/s: selamat hari raya.maaf zahir.rasa2 batin macam tadek kan?haha!




Friday, August 26, 2011

Fearless Friday :)

assalamualaikum.


tajuk entry of course aku reka sendiri.saja suka suka.










p/s: next entry will be published tomorrow.comel kan font text aku?hehe.






Sunday, August 14, 2011

Update!

assalamualaikum.


kalau nak update macam ni boleh tak?


.................................................................................................
.................................................................................................
..................................


........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


.........................................................................................


p/s: ni aku ikut style sifu aku dulu pernah buat.haha!


Saturday, August 13, 2011

Blog dan Comments :)

assalamualaikum.


ok macam ni eh.nak inform sikit lah bagi yang tak tahu kan.aku pun jarang nak bebel2 pasal blog lah comment lah widget mana kena letak dalam blog lah apa2 lah kan.sebab aku tak minat semua tu.tapi malam ni macam ada seru pulak nak bebel pasal ni since dah setahun lebih berblogging.aku pun ada cara and pandangan aku sendiri.


blog aku ni sebenarnya tadek target sangat pasal topik apa perlu diutamakan untuk mempopularkan blog aku.sebab aku main mix jek apa2 aku nak update.tak ada yang specific.ye lah macam orang lain ada blog pasal fashion,makanan,kereta,info2 berguna,puisi,lawak,general,personal and so much more.cewah dah macam trademark MTV pulak.


tapi dalam blog aku ni macam semua ada.haha.lebih kepada personal maybe.kalau nak tengok aku update pasal benda serius macam entry yang ni memang jarang kot.sebab aku kena betul2 ada masa free dan ada mood.nampak macam bulan ni aku update hari2 kan?tapi mana yang berkualiti?none.sebab?aku pakai update jek apa yang terlintas dalam kepala otak aku yang pintar ni.cepat dan ringkas.hehe kononnya lah kan.


secondly yang last pasal comment.aku memang seriously appreciate siapa2 yang datang baca blog aku.even seminit.and aku set kan kalau orang nak comment kena dapat approval dari aku baru boleh publish comment.bukan apa.sebab aku suka baca dulu comment lepas tu baru publish.


kira macam kalau aku tak reply comment korang dalam blog ni janganlah kecik hati.aku assume macam bila aku dah approve,aku memang bacalah kan comment korang.tak payah reply takpe.sebab korang sure tak datang sini dah kan nak tengok aku reply ke tak.kan kan?tapi aku admit lah aku ada reply sorang dua punya comment.itu sebab diorang ialah blogger yang sama comment kat blog usang lagi pucat ni.hehe.tu pun kalau aku rajin nak reply ah.


so rasa macam sampai sini jek kot.hopefully jangan ada yang terasa.aku tak famous.aku okay :)




p/s: rasa macam aku terlebih serious pulak untuk entry ni.huhu.




Friday, August 12, 2011

Perkhabaran :(

assalamualaikum.


semalam aku demam.selsema.batuk.so tak pergi kerja.hari ni ok dah sikit.kena pergi jugak even kepala macam dalam ada batu juga duduk.ok paham tak?


bila telan pil selesema,antibiotik dan panadol,automatik hidup kau sehari tu diindahkan dan dipenuhi denga aktiviti membuta di siang hari.ditambah dengan mimpi yang kurang enak untuk diingati.dahsyat woih.


balik kerja jek aku nak landing atas bantal terus.macam tak produktif pulak rasa.padahal sahur aku memang tak pernah miss.tapi kepala ni lah berat semacam jek.memang lepas ni kena telan pil lagi.


ok tu jek perkhabaran untuk hari ni.saje jek update.kalau boleh bulan puasa ni nak update hari2.kalau tengok bulan2 lepas,dah macam blog usang dah blog aku ni.dah lah putih pucat pastu jarang update.ok kita cuba ye..


p/s: taknak topup.nak buat eksperimen bulan puasa ni..huehuehue =p


Thursday, August 11, 2011

Ku Tak Bisa..

assalamualaikum.




ku tak bisa
jauh
jauh 
darimu..




by Slank.


p/s: taknak jauh..

Wednesday, August 10, 2011

Nikmat :)

assalamualaikum.


tengok gambar sudah.sebab katil dengan bantal macam dah panggil2 tu..















p/s: kenyang tak?kenyang tak?


Tuesday, August 09, 2011

Suci Hati :)

Salam.

Dalam bulan mulia yang dipanggil Ramadhan ini marilah kita bersama sama sucikan hati kita dari melakukan dosa dan perkara2 yang mengurangkan pahala puasa kita.tak rindukah kita akan puasa Ramadhan?terutamanya tarawikh?puasa bila2 hari lain boleh kita laksanakan tapi tarawikh?adakah ia pada bulan2 yang lain?ada?

Masih tak rindu?fikirkan semula.

p/s : sekian tazkirah selepas sahur ikhlas dari aku untuk kesayangans :))
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, August 08, 2011

Boring Punya (o . 0)

assalamualaikum.


minggu lepas balik kampung.sabtu itu hari.senyap sunyi jek rumah.it was like something is missing..or someone..


randomly nak story pasal apa aku buat hari ni.i mean the whole day.bosan kan?macam dah more sangat to personal ni.takpe2 hari nak bebel jek tahu.sebab balik kampung dah tadek orang nak bebel2..


sabtu malam ahad tu lepas terawikh makan murtabak dengan teh o panas.cantek ah.lepas tu terus mengantok.aku since dah masuk bulan puasa ni selalu sangat rasa cepat mengantok.1030 jek dah lembik.entry aku kat blog pun kadang2 aku buat autopublish or scheduled.


lepas tu ada lah terjaga beberapa kali yee sebab bunyi message.cam haram jek dah lah ringtone untuk message phone aku ni bunyi seram.nama ringtone ni Psycho.google lah kalau jumpa.haha.


bangun sahur pergi makan lah kan takkan pergi basuh baju pulak.aku message suruh bangun memang dah tak sedar diri.tidur mampus orang tu.lepas subuh selalunya memang aku tidur.hehe.tapi tadi dia jadi lain.bila dah dengar mp3 memang tak boleh tidur rupanya.sejuk2 duduk kampung pun tak mampu nak bagi aku terlelap barang sejam dua.


sampai pukul 9am aku tak tidur.last2 bila cabut earphone baru lah tiba2 boleh tidur.cet! so memang bangun time tengah matahari dah cakap hello.bangun terus tengok tv.amboih sempat pulak tu.dengan tak mandinya lagi.terbongkang jek depan tv.


lepas tu pergi mandi.lepas tu borak2 kejap.hehe pas tu tergaduh.hish! lepas zohor aku tidur balik.see?how nice was that?seharian tidur jek kerja.bangun asar dah tak larat.berdiri tapi kena stop kejap sebelum jalan sebab kepala pusing2 pening2.dalam kereta pun kalau boleh nak tidur sepanjang jalan.


nak tambah lagi ni.lepas terawikh tadi rasa nak tidur lagi.issshhh!! sebelum terawikh bagi tazkirah free.kesian dia.hehe...




p/s: kesimpulan yang best : jangan selalu tidur!



Sunday, August 07, 2011

Kita Tahu :)

Salam.

Kau dan aku tahu
Yang kita sangat rindu
Dalam detik yang pernah kita lalui
Pada kenangan yang sedang kita harungi
Akan sentiasa buat kita rindu
Kita tahu.


p/s : hari yang paling kusut antara kita adalah malam yang paling rindu :)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, August 06, 2011

Hari Bersamanya :)

assalamualaikum.


ok ini random.makcik tadi tadek dah kat masjid.tak jumpa pun.mana pi tatau.hehe..


so update malam ni letak lagu jek lah.tadi macam rasa macam2 nak update.sabar2.one by one okay..


my favourite band ever from Indonesia.hehe Sheila On 7.sorry aku layan band ini SAHAJA.yang lain tu maybe terlayan lepas tu dah babai.kalau band ni aku repeat lagu dia nak dengar.tu maknanya dah suka sangat dah tu.









p/s: ni apehal font dah jadi lain?takleh tukar?arrghh!












Friday, August 05, 2011

Makcik Oh Makcik =D

assalamualaikum.


dah dua malam berturut2 aku solat terawikh jumpa makcik yang sama.kejadian macam ni sama macam tahun lepas tapi makcik lain.tahun ni makcik lain.


yang semalam dia duduk sebelah aku nak solat.masa tu belum azan isyak lagi.dari gaya dia,cara dia borak tegur2 orang nampak macam orangnya suka membetulkan kesalahan orang.takpe.bagus tu.dan juga orang yang suka marah dan membebel.


habis solat isyak,tak sempat aku nak dengar imam berzikir sebelum berdoa,dia dah pandang saf belakang.marah betul.tapi membebel.kebetulan malam tu ada aku nampak sekumpulan budak2 perempuan,budak asrama kot.berduyun2 datang solat terawikh kat masjid tu.


"awak orang ni patutnya masuk saf depan.jangan bagi putus.tak elok.ni budak sekolah kan?tak belajar kat sekolah ke?"


ambik kau penangan dia.aku pandang lepas tu pandang depan balik.adik aku kat sebelah dah sengih2.sama lah dengan aku.tapi buat tak tahu jek la.dah lah dia duduk sebelah aku.


"awak ni student ke budak sekolah?"
"ha?ermm student"
"ha tu lah student sama jek dengan budak sekolah.tak tahu nak masuk saf depan.mana boleh terputus saf ni"


ada lagi dia bebel.malas aku nak type.aku angguk jek.pandang adik aku.dia pandang aku.kitorang tahan gelak.macam...eh apahal dengan aku pulak?aku solat sebelah kau kan?mana ada putus saf pun!!


malam tadi dia ada lagi.aku baru jek sampai nak bentang sejadah.aku nampak dia lalu sebelah aku.macam gaya nak bentang sejadah sebelah aku jugak.tapi last2 dia gerak ke depan.fiuhhh.nasib baik.tapi dia buat hal lagi.


kali ni dia siap berdiri marah2 orang belakang suruh masuk saf depan.aku duduk 2 saf belakang dari dia.tapi jelas lah nampak dia bebel dengan suara kuat sikit dari semalam.aku pandang dia terus tutup muka.nak tahan gelak..adoi lah makcik...




p/s: memang elok dia tegur tu.tapi cara macam salah jek.tegur baik2 baru nampak cool :)



Thursday, August 04, 2011

Amazing Sengal Race =D

assalamualaikum.


alkisahnya bermula apabila masing2 ingin menghabiskan masa bersama keluarga tercinta (or i always call it as a loud family) di sebuah tempat di Malaysia (dekat2 sudah) merangkap menghabiskan masa bersama sebelum Ramadhan tiba.ok sampai sini faham tak ayat aku?


pengembaraan bermula (gila vintage) pada pagi sabtu.di mana seluruh makhluk keluarga bangun seawal boleh untuk menikmati udara di Kuala Lumpur.ops dah kantoi.perancangan ke destinasi pertama diutarakan oleh ketua keluarga.ke Sunway Pyramid.ohsoboring!tapi sebab anak2 beliau termasuk penulis sendiri sangat patuh dan sayang akan beliau,maka diikutkan sahaja.


"papa,tahu ke jalan nak pergi sana?"
"angah dengan kaklong kan tahu"
"kaklong tak pernah pergi sana la"
"angah selalu pergi sana naik train jek"
"takpe kita main redah jek"
"google lah dulu malam ni"


ok ayat last tu ayat dari penulis blog.tak diendahkan oleh beliau kerana begitu yakin dan kental untuk mengembara esok.




simpati dari uncle google.
perjalanan dimulakan dengan menaiki sebuah kereta.di mana seat belakang dipenuhi oleh makhluk keluarga berjantina sejenis.4 orang.except seorang lagi yang bakal jadi hot mama.coming soon! suasana dalam kereta diindahkan lagi suasananya dengan luahan pendapat masing2 tentang arah jalan ke tempat gambar di atas.macam berdebat lagaknya.

"mama rasa ikut fly over ni la"
"bukan2.kan ada signboard ni masuk susur kiri"
"eh bukan ke kita dah terlepas ke yang fly over tadi?"
"sunway kan kalau dari sini mesti belah kanan kita kan pa?
"ish tatau la selalu naik train jek dari UIA"
"tengok jek signboard!"


ha nampak kan ayat last tu kelihatan macam orang yang bercakap tu bagi warning.kalau tak diam aku campak kau tengah jalan.padahnya lah masing2 taknak google dulu.pendek cerita,mestilah keluarga terbabit sampai di tempat kejadian yang dituju.


sampai jek,dah nak jadi macam amazing race.takpun macam program kanak2 dulu2.Di Mana Joe Jambul! siapa pernah tengok rancangan tu macam aku dulu2,mesti tahu betapa sengal ke tak diorang sorok2 barang2 Joe Jambul tu kat mana.tapi dalam kes ni,nak cari parking.yes parking! punyalah masing2 buat exercise mata cari mana ada green light kat setiap parking.semua red light doh.booo datang lambat lagi.sesat lagi.


amazing race disambung lagi dengan mencari pintu masuk ke Sunway Pyramid.gosh!!really???serious seluruh makhluk keluarga tak jumpa.yang kat depan Sunway Lagoon tu.masing2 duk meraba2 dinding kaca kot2 bila sentuh tinngggg terbuka.dengan mulut masing2 bising lagi gelak2 lagi.tiba2..


"dik,tu ha kat sebelah sana pintu masuk.yang boleh buka sendiri tu"


damn!!! sebelah aku jek pun.sambil masing2 buat2 tersipu malu lalu tangkas jek berambus masuk dalam sambil gelak2 celaka-bila-nak-berhenti-woih.aksi2 gelak2 cam haram dan shopping2 tak sempat ambil gambar.sebab masing2 busy.zzzzzzzzzzzzz....tapi sambung jalan2 di KLCC dan Mid Valley.tak sengal sangat sebab dah tahu jalan.so tak perlu celoteh sini.








makan mee bandung muar

yup i love chocolate as well as choc chip cookies!

favorite lunch di Cold Storage kat KLCC.best!! try tau!

dia pun tiru.huh!

suka sushi tuna and telur SAHAJA!

tangga ke Avenue K yang dari dulu berangan nak beli sedekah kat anak2 yatim.

kesibukan sampai terhalang gambar.

damn ada lagi kamu di sini.

train.siapa tak tahu memang gedik.

mid valley.letih.

apa tah nama.

serious nampak macam makan atas tikar getah kan kan?


tadek kaitan dengan kisah ini.


p/s: aku syak papa aku nak pergi Sunway sebab nak main ice skating.tapi kecewa sebab time tu diorang tengah buat fashion show kat situ.what der fish betul.ni aku syak jek lahh..







Wednesday, August 03, 2011

Berhenti Berharap Lagi..

assalamualaikum.


di saat kita bergembira
di saat kita meluahkan rasa
di saat kita meluangkan masa yang masih tersisa
kau dan aku saling tak kenal erti putus asa
tapi jika itu kemahuan dariNya
dan kehendak kau yang dah berpunya
dan aku yang dah berdua
sakit lama datang menyapa
mendesak aku untuk berhenti berharap lagi..




p/s: tak punya kuasa untuk ubah keadaan dan masa.cuma berharap masih ada ceria untuk hari-hari yang duka.





Tuesday, August 02, 2011

Smiling is Sexy :)

assalamualaikum.


just thought wanna share something or fact about smiling on newspaper that i have read just before i go for terawikh.it was last sunday newspaper.




'senyuman wanita mampu menarik perhatian lelaki serta mempunyai daya tarikan seksual yang tinggi tetapi bagi lelaki ekspresi muka dilihat sebagai daya penarik bagi wanita tetapi tidak melalui senyumannya.'




oppss kira macam lelaki takyah senyum lah eh..patutlah aku senyum ada lelaki kata aku nampak comel and dia suka tengok aku senyum..hehe tapi bukan sexy lah.tapi tu tak tahu lah fakta yang diakui benar ke tak.




p/s: tapi tengah sedih ni...



Monday, August 01, 2011

Reality :(

assalamualaikum.


datang lagi tahun ini
tanpamu di sisi
ini realiti.




p/s: miss you..