Friday, August 05, 2011

Makcik Oh Makcik =D

assalamualaikum.


dah dua malam berturut2 aku solat terawikh jumpa makcik yang sama.kejadian macam ni sama macam tahun lepas tapi makcik lain.tahun ni makcik lain.


yang semalam dia duduk sebelah aku nak solat.masa tu belum azan isyak lagi.dari gaya dia,cara dia borak tegur2 orang nampak macam orangnya suka membetulkan kesalahan orang.takpe.bagus tu.dan juga orang yang suka marah dan membebel.


habis solat isyak,tak sempat aku nak dengar imam berzikir sebelum berdoa,dia dah pandang saf belakang.marah betul.tapi membebel.kebetulan malam tu ada aku nampak sekumpulan budak2 perempuan,budak asrama kot.berduyun2 datang solat terawikh kat masjid tu.


"awak orang ni patutnya masuk saf depan.jangan bagi putus.tak elok.ni budak sekolah kan?tak belajar kat sekolah ke?"


ambik kau penangan dia.aku pandang lepas tu pandang depan balik.adik aku kat sebelah dah sengih2.sama lah dengan aku.tapi buat tak tahu jek la.dah lah dia duduk sebelah aku.


"awak ni student ke budak sekolah?"
"ha?ermm student"
"ha tu lah student sama jek dengan budak sekolah.tak tahu nak masuk saf depan.mana boleh terputus saf ni"


ada lagi dia bebel.malas aku nak type.aku angguk jek.pandang adik aku.dia pandang aku.kitorang tahan gelak.macam...eh apahal dengan aku pulak?aku solat sebelah kau kan?mana ada putus saf pun!!


malam tadi dia ada lagi.aku baru jek sampai nak bentang sejadah.aku nampak dia lalu sebelah aku.macam gaya nak bentang sejadah sebelah aku jugak.tapi last2 dia gerak ke depan.fiuhhh.nasib baik.tapi dia buat hal lagi.


kali ni dia siap berdiri marah2 orang belakang suruh masuk saf depan.aku duduk 2 saf belakang dari dia.tapi jelas lah nampak dia bebel dengan suara kuat sikit dari semalam.aku pandang dia terus tutup muka.nak tahan gelak..adoi lah makcik...




p/s: memang elok dia tegur tu.tapi cara macam salah jek.tegur baik2 baru nampak cool :)



1 comment:

kembatolo™ said...

ahaha. kalo macam tu, try lategur dia balik. kasi ayat makan dalam sikit. bia dia rase. hak3