Wednesday, February 29, 2012

Car Wash Day =D

konon konon kalau aku buat emoticon gaya gitu selalunya benda aku nak cerita ni benda yang funny ceria kelakar.eh bukan sama ke maksud?haha persentankan jek lah.persentankan mende mu ni konah?PERSETANKAN lah.


weekend?mestilah macam biasa kena keluar berjimba bersama teman sepermainan ketika kecil.maka dengan rasa rajinnya pergi hantar kereta sendiri untuk dibersihkan divacuumkan dicucikan diberuskan so whateverlah kan.so ini yang terjadi sepanjang aktiviti yang mengujakan kami.yes kami.bukan aku seorang jek teruja.apa gila ke?


sangat sabar.aku belajar sabar dari sini lah

RM8?say what?harga awesome bila gaji tak masuk lagi


belajar sabar part 2

dan tak lupa kelibat kotak tisu cap Mydin interframe sepanjang keterujaan kami






saat ni paling mengujakan kami pemilik dan penumpang kereta.dan kotak tisu Mydin



last time pergi masa sekolah rendah.yes it was a long long time ago.huhu.


p/s: congrats to my friend Pajil for wining the Putrajaya Holdings Architectural Design Competition.category apa aku lupa dah.belanja eh?thanks!




Thursday, February 23, 2012

Tersentap :)

yes dah balik rumah.kerja semua dah siap weh tadi.hahahahaha.ok dah.kan aku cerita semalam yang JPN nak datang pantau sekolah aku.ok.kerja memang semua dah setel.orang lain semua gelabah.aku pun tapi taknak tunjuk sangat.haha.


orang JPN ni akan pantau and check macam macam lah pasal sekolah.antaranya datang masuk kelas tengok korang mengajar macam mana.tengok buku lesson plan or buku rancangan mengajar tu.sama ke tak korang tulis dalam tu dengan yang korang mengajar dalam kelas.perghh.dan dan jek kelas aku pukul 10 tadi memang dia dua orang tu nak masuk kan.nice.


ada keajaiban sikit berlaku bila ada orang luar masuk tengok aku mengajar dan tengok anak murid aku belajar.so masing-masing macam cewahh.semua diam dan menurut ye segala arahan aku.semua keluar buku teks dengan serentak gitu.semua macam konon konon paham yee apa aku duk potpet kat depan kelas.semua macam tiba-tiba ada buku tulis okeh nak tulis latihan.padahal aku memang perasan sorang dua murid lelaki ni memang jarang lah nak bawak buku tulis.hilang lah terlupa lah buku dah habis guna lah.mengarut.baru bulan february takkan cepat sangat habis buku.tapi tu semua tidak terjadi dalam kelas tadi.adakah ini keajaiban atau kecelakaan?haha.


setengah jam jek kelas aku.lepas tu rehat.tapi aku memang dah prepare pun.kelas tahun lima.tajuk senang sangat.then orang luar tu mintak buku lesson plan aku.habis kelas dia pulang balik.asyik senyumm jek kat aku.hehe.dia ada tulis something lah note kat bawah tu.lupa pulak nak snap gambar tadi.apa?nombor phone?gila purba kau mintak nombor phone dalam lesson plan?haha sekarang mintak twitter account lah.


ok dah sampai situ.tadi sampai rumah terus aku online nak order mcd.aku order double quarter pounder large set.cornetto sundae choc.mcflurry oreo.melampau?tadek lah.memang nafsu makan macam tu pun.bila brader mcd delivery tu sampai dia cakap, "order dua icecream.....kan?".ceh.apa yang pelik?.."erm aah order dua".sambil senyum.dah senyum jek lah.kan sedekah.


masa nak balik tu ada lah dia borak dengan aku sambil nak hidupkan engine motor dia tu.dia tanya kenapa alamat rumah aku ni pelik.tak pernah dengar.kenapa nama taman perumahan aku ni nama pelik.perghh mana aku tahu doh.tapi dia kata dia pernah hantar mcd sekali kat rumah aku dulu.aku ingat sebenarnya tapi buat macam, "ha?yeke?tak perasan lah".dia jawab, "yelah dekat awak lah saya hantar mcd hari tu".yelah yelah aku tahu lah.malas nak layan sebenarnya.then dia ada cakap something yang membuatkan aku malu dengan diri aku sendiri.huh.tersentap lah jugak.but in a very good way.


"maaflah saya gelabah tadi.sebab first time tengok awak tak pakai tudung"


ohh.aku tergamam jek tadi.oh ok.aku senyum jek.then dia blah.aku macam.....aaaaaa bodohnya aku tak pakai tudung tadi.aku baru balik.baju kurung pun tak tukar lagi ni.aishh maknanya dia pernah jumpa aku kat mana mana ke sebelum ni?dulu dia hantar mcd kat rumah aku tu time tu aku pakai tudung ke?arghh mana ingat!


so kira macam hari ni ada dua perkara tersentap.tapi yang best.k dah sambung makan burger.


p/s: lepas ni kena alert!




Wednesday, February 22, 2012

Alkisahnya...Kisah Apa Aku?

apa punya tajuk entry daa.tak remaja langsung.rilek rilek.ni mungkin kesan daripada menghirup kuah maggi kari untuk dinner tadi.sadis kan malam aku tanpa family di sisi untuk 2 minggu akan datang?sadis sadis.


bukan tak pandai masak.malas nak join masterchef jek.tapi bila tinggal sorang hidang pizza segebang depan aku pun tak lalu nak potong makan sendiri.lempar bagi kucing ayam makan jek lagi bagus.betul.kucing ayam aku semua allergic dengan makanan khas kucing 
ayam.semua nak makan standard manusia.ok lawak hambar.


tengah syok masyuk ada semangat sebagai seorang pendidik yang comel nak buat kerja tetiba down sebab pendrive 1GB aku yang dah berumur 5 tahun tu tertinggal kat sekolah.K.nice sangat.maka terhegeh-hegeh aku cari balik dalam folder dalam laptop aku kot kot ada save benda yang sama macam dalam pendrive.cess.


agak agak macam dah 2 jam buat kerja maka aku rehat kejak dengan melayan malaun malaun kat twitter.haha.membahan orang pun ye jugak.dalam twitter mana boleh butthurt.kalau butthurt boleh pergi meninggal.malas aku nak layan.dalam alam maya pun nak butthurt apatah lagi dalam dunia realiti lagi fana ini?apakah kau mengarut ni konah?


satu jek aku risau bila tinggal sorang ni.sebab ada seekor makhluk kat dapur tu suka muncul dalam keadaan aku tak bersedia nak jumpa dia.misteri kan?nak kata lipas bukan.nak kata tikus.....boleh la sikit sebab ekor dia panjang.aku dah buat report kat mama pasal hal ni.cewah bunyi serius kan?memang ah.ini soal keselamatan aku.last time aku terserempak makhluk tu time aku dinner malam semalam.ok.nice.kau muncul time semua orang dalam rumah kan.nak femes lah tu.menyampah.bila aku jerit terkejut jek kau masuk balik bawah almari.asal aku jerit jek kau masuk balik.aku ingat aku jerit kau terus keluar pergi tempat lain nak menyorok.hishhh.geli siot.


sekolah aku?macam macam hal woo.dengan esok JPN nak datang pantau sekolah aku lagi.pergh pergh kau.nasib baik lesson plan aku dah siap awal.bertambah busy kot.rasa macam aku nak tidur jek kat sekolah tu satu malam buat kerja.dengan semalam aku terkurung pulak dalam library sebab buat kerja.kejadah pintu lama taknak tukar baru ke hape?peruntukan nak buat semua tu aku dengar semua sekolah dah dapat dah baru baru ni.guru besar if you are reading this please please buat pintu gerbang untuk perpustakaan sekolah kita.


so kisah apa aku membebel panjang?kau kisah ke baca sampai noktah terakhir entry aku ni?k.syabas.


p/s: sambung buat kerja woii.



Monday, February 20, 2012

Tak Ditunggu

salam semua.hihi lama ke tak update?ececece saje jek ni.buat happy mood.padahal kat sekolah lagi menghadap kerja KSSR lagi kan.mengantuk sial.kenapa kerja ni makin lama makin banyak?kenapa tak makin lama makin sikit?eeeeee geram betul.


cewah tajuk entry macam gaya nak buat puisi cintan cintun kan.eleh tadek masa aku.kalau ada masa aku tulis.sekarang masa aku banyak untuk sekolah.what is the meaning of rest and sleep yaww?dah lenyap dalam kamus hidupku sebagai insan lemah lagi anggun.eh?


apa yang tak ditunggu tu?aku tak tunggu yang ni datang.yang ni muncul.yang ni keluar pop up dalam phone aku.tapi oleh kerana 'keprihatinan' sesetengah company atau orang tu sendiri untuk konon konon menceriakan hidup aku yang macam rabak ni maka ini yang aku dapat.yang aku tak tunggu lah.hish.







eh?awat ni?tapi aku tunggu.sebab suka

yang ni 2nd time orang duk tanya aku pasal jual kereta





malam sikit aku update lagi kot.setelah selesai kerja aku malam kang.tak tidur lah weh aku ni.awal tahun jek banyak kerja.pffft! saya nak cuti!!




Saturday, February 18, 2012

Thursday, February 16, 2012

Over You




p/s: i should have started running a long long time ago.Percaya Padaku by Ungu.he used to dedicate this song to me too.now i wonder why he left me.


Saturday, February 11, 2012

Jawapan Teka Teki

ok ok aku skip tak pergi sekolah.haha.ok dah.


jawapan dia kan.


1. udang di sebalik batu.


2. dalam kelas yang tersendiri.


3. kek yang dimakan oleh pencuri.


eh suka hati aku lah.teka teki aku.jawapan aku.keh keh keh.


p/s: i miss rentan.taknak message.i nak bagitahu kat sini jek..


Friday, February 10, 2012

Teka Teki

petang jumaat ni rasa macam free pulak masa nak update blog.esok sekolah ganti.ada gotong-royong.alaaa...bukan aku malas.tapi...ok.malas.haha.baru nak hangout bersama rakan2 sepeluk sebantal ni.


eh esok ada agenda lain jugak rupanya.esok azam kahwin.kira majlis sambut menantu lah.aku tak click attending pun lagi kat fb.dah sebulan dia invite.kalau yang lain pergi aku pergi jek lah.tapi rasa macam nak skip sekolah esok.ngee~~


ok ok nak bagi teka teki.pantang kalau aku type panjang sikit sat g jadi over pulak.


1. dalam banyak2 haiwan.haiwan apa yang pandai menyorok?


2. dalam banyak2 kelas.kelas apa yang best?


3. dalam banyak2 kek.kek apa yang bila kita makan kita jadi happy?


hahaha jawapan tadeklah mengarut sangat.tapi still aku tanya tadek orang mampu jawab okeh.selamat mencabut otak.


p/s: aku dah buang shoutbox.menyampah.tak paham nak resize cemane.so ganti dengan twitter.


Tuesday, February 07, 2012

Hehehehe =D episode 17

dah lama pulak tak buat entry macam ni kan.rindu pun ye jugak.ingat macam dah tak wujud dah elemen humor dalam blog aku ni.untuk entry yang lepas lepas tu korang godek sendiri ah dalam entry tahun lepas.aku pun malas nak godek sangat apetah lagi korang yang memang semulajadi malas.ye dak?


di sekolah cikgu cikgu kena dengar satu sesi ni dipanggil usrah.lebih dikenali macam dengar tazkirah lah jugak.aku suka.sebab tahu tahu lah aku ni selalu lagha jugak kelakuan.tengah khusyuk tu kan...


"cikgu.mohd adam buat saya marah"
"dah dah pergi masuk kelas"


tah hape hape punya cikgu.padahal time rehat.aku lah tu yang cakap.haha.lepas tu tak cukup dengan pengaduan itu.kena ada part 2.


"cikgu.mohd adam dia curi stoking saya lagi satu yang macam ni" *sambil duk goyang goyang stoking dia depan muka aku*
"pergi masuk kelas!"


wah garang kan?haha aku memang nak cari betul lah siapa mohd adam yang buat dia marah and curi stoking dia ni.hangin betul aku.masalahnya aku tak ajar budak tahun 1.


k la bye nite.


p/s: masalahnya lagi kenapa mesti mengadu kat aku???