Wednesday, February 22, 2012

Alkisahnya...Kisah Apa Aku?

apa punya tajuk entry daa.tak remaja langsung.rilek rilek.ni mungkin kesan daripada menghirup kuah maggi kari untuk dinner tadi.sadis kan malam aku tanpa family di sisi untuk 2 minggu akan datang?sadis sadis.


bukan tak pandai masak.malas nak join masterchef jek.tapi bila tinggal sorang hidang pizza segebang depan aku pun tak lalu nak potong makan sendiri.lempar bagi kucing ayam makan jek lagi bagus.betul.kucing ayam aku semua allergic dengan makanan khas kucing 
ayam.semua nak makan standard manusia.ok lawak hambar.


tengah syok masyuk ada semangat sebagai seorang pendidik yang comel nak buat kerja tetiba down sebab pendrive 1GB aku yang dah berumur 5 tahun tu tertinggal kat sekolah.K.nice sangat.maka terhegeh-hegeh aku cari balik dalam folder dalam laptop aku kot kot ada save benda yang sama macam dalam pendrive.cess.


agak agak macam dah 2 jam buat kerja maka aku rehat kejak dengan melayan malaun malaun kat twitter.haha.membahan orang pun ye jugak.dalam twitter mana boleh butthurt.kalau butthurt boleh pergi meninggal.malas aku nak layan.dalam alam maya pun nak butthurt apatah lagi dalam dunia realiti lagi fana ini?apakah kau mengarut ni konah?


satu jek aku risau bila tinggal sorang ni.sebab ada seekor makhluk kat dapur tu suka muncul dalam keadaan aku tak bersedia nak jumpa dia.misteri kan?nak kata lipas bukan.nak kata tikus.....boleh la sikit sebab ekor dia panjang.aku dah buat report kat mama pasal hal ni.cewah bunyi serius kan?memang ah.ini soal keselamatan aku.last time aku terserempak makhluk tu time aku dinner malam semalam.ok.nice.kau muncul time semua orang dalam rumah kan.nak femes lah tu.menyampah.bila aku jerit terkejut jek kau masuk balik bawah almari.asal aku jerit jek kau masuk balik.aku ingat aku jerit kau terus keluar pergi tempat lain nak menyorok.hishhh.geli siot.


sekolah aku?macam macam hal woo.dengan esok JPN nak datang pantau sekolah aku lagi.pergh pergh kau.nasib baik lesson plan aku dah siap awal.bertambah busy kot.rasa macam aku nak tidur jek kat sekolah tu satu malam buat kerja.dengan semalam aku terkurung pulak dalam library sebab buat kerja.kejadah pintu lama taknak tukar baru ke hape?peruntukan nak buat semua tu aku dengar semua sekolah dah dapat dah baru baru ni.guru besar if you are reading this please please buat pintu gerbang untuk perpustakaan sekolah kita.


so kisah apa aku membebel panjang?kau kisah ke baca sampai noktah terakhir entry aku ni?k.syabas.


p/s: sambung buat kerja woii.



No comments: