Thursday, February 23, 2012

Tersentap :)

yes dah balik rumah.kerja semua dah siap weh tadi.hahahahaha.ok dah.kan aku cerita semalam yang JPN nak datang pantau sekolah aku.ok.kerja memang semua dah setel.orang lain semua gelabah.aku pun tapi taknak tunjuk sangat.haha.


orang JPN ni akan pantau and check macam macam lah pasal sekolah.antaranya datang masuk kelas tengok korang mengajar macam mana.tengok buku lesson plan or buku rancangan mengajar tu.sama ke tak korang tulis dalam tu dengan yang korang mengajar dalam kelas.perghh.dan dan jek kelas aku pukul 10 tadi memang dia dua orang tu nak masuk kan.nice.


ada keajaiban sikit berlaku bila ada orang luar masuk tengok aku mengajar dan tengok anak murid aku belajar.so masing-masing macam cewahh.semua diam dan menurut ye segala arahan aku.semua keluar buku teks dengan serentak gitu.semua macam konon konon paham yee apa aku duk potpet kat depan kelas.semua macam tiba-tiba ada buku tulis okeh nak tulis latihan.padahal aku memang perasan sorang dua murid lelaki ni memang jarang lah nak bawak buku tulis.hilang lah terlupa lah buku dah habis guna lah.mengarut.baru bulan february takkan cepat sangat habis buku.tapi tu semua tidak terjadi dalam kelas tadi.adakah ini keajaiban atau kecelakaan?haha.


setengah jam jek kelas aku.lepas tu rehat.tapi aku memang dah prepare pun.kelas tahun lima.tajuk senang sangat.then orang luar tu mintak buku lesson plan aku.habis kelas dia pulang balik.asyik senyumm jek kat aku.hehe.dia ada tulis something lah note kat bawah tu.lupa pulak nak snap gambar tadi.apa?nombor phone?gila purba kau mintak nombor phone dalam lesson plan?haha sekarang mintak twitter account lah.


ok dah sampai situ.tadi sampai rumah terus aku online nak order mcd.aku order double quarter pounder large set.cornetto sundae choc.mcflurry oreo.melampau?tadek lah.memang nafsu makan macam tu pun.bila brader mcd delivery tu sampai dia cakap, "order dua icecream.....kan?".ceh.apa yang pelik?.."erm aah order dua".sambil senyum.dah senyum jek lah.kan sedekah.


masa nak balik tu ada lah dia borak dengan aku sambil nak hidupkan engine motor dia tu.dia tanya kenapa alamat rumah aku ni pelik.tak pernah dengar.kenapa nama taman perumahan aku ni nama pelik.perghh mana aku tahu doh.tapi dia kata dia pernah hantar mcd sekali kat rumah aku dulu.aku ingat sebenarnya tapi buat macam, "ha?yeke?tak perasan lah".dia jawab, "yelah dekat awak lah saya hantar mcd hari tu".yelah yelah aku tahu lah.malas nak layan sebenarnya.then dia ada cakap something yang membuatkan aku malu dengan diri aku sendiri.huh.tersentap lah jugak.but in a very good way.


"maaflah saya gelabah tadi.sebab first time tengok awak tak pakai tudung"


ohh.aku tergamam jek tadi.oh ok.aku senyum jek.then dia blah.aku macam.....aaaaaa bodohnya aku tak pakai tudung tadi.aku baru balik.baju kurung pun tak tukar lagi ni.aishh maknanya dia pernah jumpa aku kat mana mana ke sebelum ni?dulu dia hantar mcd kat rumah aku tu time tu aku pakai tudung ke?arghh mana ingat!


so kira macam hari ni ada dua perkara tersentap.tapi yang best.k dah sambung makan burger.


p/s: lepas ni kena alert!




1 comment:

Anonymous said...

share la twitter handle