Saturday, March 31, 2012

Sesuatu Janji

tajuk lagu sebenarnya tu.aku dengar lama dah dalam mp3 aku ni.tapi buat tatau jek siapa nyanyi.then dalam ERA tadi yang si DJ ni call penyanyi dari singapura ni.so aku terkejut.pasai pa?pasai aku dengar berulang kali kot lagu ni semalam.hehe


then penyanyi ni kata lagu ni released tahun 2006.time tu dia kat national service ke hape tah.macam PLKN lebih kurang.so now dia tahu peminat di Malaysia suka lagu ni tapi lagu ni dah basi.haha tapi aku suka.baru hari ni noohh radio nak mainkan lagu ni.


ni balasan kiriman lagu kepada manusia tu yang bagi lagu kat YM tempoh hari.dah lah lagu kau bagi tak sedap langsung.aku benci.






p/s: memang tak pernah berikatan pun.




Wednesday, March 28, 2012

Alahai Smartphone..

"weh hp aku masuk dalam air tadi.tolong aku weh.macam mana ni!!!"


ok begitulah pesanan ringkas yang popped up kat handphone buruk speaker rosak aku ni.baca jek dah nak start bantai gelak dah aku.haha


ni bff dari sekolah rendah aku ni.dulu aku dan dia dan dia sorang lagi bff telah bersetuju menunaikan hasrat sekumpulan bff iaitu nak mempunyai handphone yang sama jenis.senang cerita smartphone yang sama.dua orang ni beli yang kaler putih.aku kaler hitam.ok fine saje jek time aku nak beli yang kaler putih dah habissshh.


so baru 2 bulan guna.then tadi entah macam mana smartphone kesayangan dia tu masuk air.aisehmenn.aku suruh dia bukak semua.keluarkan battery simkad.keringkan.kehkeh tatau berkesan ke tak tu.


"lad,masuk dalam air apa?"


"air jamban lah makcikk!!"


"hahaha jilaka.lepas ni aku taknak pegang hp kau dah"


"siapa suruh kau pegang haaa!!!"


haha orang dah susah hati lagi aku nak buat lawak.ok tu jek nak share.good night people.saya nak makan dulu ni.lapaq baq hang.


p/s: minggu ni pergi jalan jalan.lalalala *bunyi happy diiringi bunyi burung berkicau*




Friday, March 23, 2012

Precious Date

lagi 2 hari lagi.2 hari.sampai jugak akhirnya hari itu.walaupun aku tahu belum pasti sama ada pada hari itu aku masih bernyawa.tapi aku pasti setiap tahun hari itu akan datang mengisi kesuraman diri.mengukirkan senyuman untuk satu cinta sejati.mengindahkan saat bersama dengan gelak ketawa dan santai bersama untuk sampai ke mati.memberi harapan yang bermakna yang tiada orang lain boleh dapat mencuri hati dan perasaan ini.hanya aku dan kau.


tapi itu dulu.




p/s: selamat ulang tahun kita.terlalu banyak jumlah angka.




Wednesday, March 21, 2012

Crappy Stuff

ada ke mende alah nama crappy?ikut hati jek aku ni kan.janji ada tajuk entry.sudah.siap.


i have a problem.not that big or serious problem.ok ok it is a serious problem.but i won't share it here.it is too complicated.eleh kata ada masalah tapi tak nak kongsi.dah kejadah cakap ada masalah?ha ni aku pening kepala ni.nak share ke tak nak.nak share ke tak nak.


ah tak payah.


minggu ni minggu paling busy.as usual.dengan result exam nya lagi.hari2 balik lambat.lagipun aku tak suka duduk rumah lama2.suka duduk luar.balik rumah nanti emosi.kalau kat luar or buat kerja ke aku boleh lari kejap dari melayan perasaan.so aku suka mensibukkan diri aku.untuk hal2 duniawi.ukhrawi aku ni pun masih terkapai-kapai lagi ni ha.


next month ada family day kat Melaka.yes yes yes.aku suka jalan jalan.semua tempat ke acara ke program ke yang diorang buat aku join.hehe aku suruh mama letak nama aku kat dalam semua list tu.senang.hati happy.otak free.kena standby ah ni nak beli baju.kasut.perghh lama ni tak shopping.kena bagi reward untuk diri sendiri ni.


ha last week kan aku turun KL.ada kawan lama kahwin.semangat tau dia cari aku kat fb.cari nombor phone aku semata2 nak jemput kahwin dia lagi seminggu.hehe confirm lah dia tak dapat jumpa fb aku pasal aku dah tukar nama.dah 3 tahun aku guna nama tu.nak2 pulak aku dah tukar nombor.dulu nombor maxis ada pastu hilang simcard.jilaka.


Putrajaya.lagi lagi putrajaya aku kena pergi.bosan betul.kakak aku kerja situ aku pernah datang.kahwin kawan2 aku yang lain pun kat putrajaya.yang last week dekat presint 16.and the best part was aku tak sesat pun cari dewan kat presint 16 tu.haaa power kan?power tak?selalu kalau datang sana CONFIRM aku sesat.tah mana2 tah aku pergi.


to Wan and Silmi.selamat pengantin baru.heee korang memang sepadan.comel :))


ha lagi satu aku nak cerita ni.isnin lepas aku datang sekolah lambat.ha ye lah cuti seminggu memang wadafaq lah kan aku nak bangun awal.then tengah rushing tu.nak dekat sampai sekolah baru perasan aku drive sambil pakai selipar jepun comel gitu.cesss.sanggup doh aku patah balik.sambil 'memuji' diri sendiri yang sudah semakin kelam kabut.memang aku drive aku pakai selipar.susah kalau pakai kasut ni.selalu kasut memang ada bawah seat tu.sekali daanggg!! terlupa pulak kan nak letak pasal 3 pagi tu baru sampai dari KL pakai kasut tu.hurrmmmm menyusahkan.


ha kan dah aku membebel.


ok dah cukup lah crappy stuff setakat ini.letih tak?hehe


p/s: berdebar2 jugak ni..




Friday, March 16, 2012

Perkhabaran

dah hari jumaat ni.dah 12 hari terbengkalai blog aku ni.yang sana pun dah lama jadi arwah agaknya.tapi aku dah lama publickan.so ada yang komen.thank you eh.


tadek lah nak berkhabar sangat.tapi sebab rindu kat blog.macam ada banyak nak cerita ni tapi tatau nak mula yang mana.yang dah lepas tu susah pulak aku nak recover balik so aku cerita apa yang jadi recently.ok?


kan now cuti sekolah.so banyak program dari last week.4 days i was in Gombak.hantar my kids wakil sekolah.macam2 pertandingan.dari nasyid, choral speaking sampai ke pertandingan tilawah alquran,syarahan,mewarna,melukis dan banyak lagi lah.sekolah aku menang 3 jek.mewarna,syarahan,tilawah.haha cliche kan.apa yang aku sebut tu lah yang menang.


teks syarahan bm tu aku yang edit.ekhem ekhem.


balik dari Gombak terus aku sakit tekak.biasalah cita cita nak jadi penyanyi indie tak kesampaian agaknya lalu dipraktikkan kepada anak anak murid.so pendek cerita dah 5 hari aku sakit tekak disusuli dengan selesema dan demam.a good combo i guess.doakan lah aku sihat.suara aku ok.dah lah nak mengajar minggu depan.busy jugak ni dengan menanda kertasnya lagi.ceharomm asyik melepak atas katil.tak larat wehh.


aku aktif tweet jek.memang laju.nak nak sekarang aku selalu main game Draw Something.so siapa yang guna iphone or android phone tu invite aku through fb eh kalau nak melukis dengan aku.kehkeh.gigih betul promote.username aku tak tukar lagi.


nak hilangkan kebosanan dan meggerakkan sikit minda jadi aku buat math tahun 6 paper 1.haha kau rasa macam senang kan?tahun 6 jek pun.ada orang tak suka math.tapi result aku dapat..






haha.bagi aku senang sebab aku suka math.aku suka nombor.aku suka congak.tapi 2 kesalahan bangang aku buat tu sebab careless.dah lah soalan salah tu senang gileeee.cesss.


nah lah aku bagi hadiah malam malam ni.kot kot nak mimpi aku ke sat lagi.haha..






gambar diambil dari dalam kereta.it was moving of course.sebab tu bergegar.aku kan demam so keluar siang tadi bukan nak pergi klinik ke hape tapi pergi lunch.hujan2 pun redah jek.ha padan muka.sempat pulak nak senyum2 ambik gambar.


p/s: thanks kepada anon noob yang tanya twithandle sebab follow.and tahniah sebab jumpa twithandle saya.hihi.




Sunday, March 04, 2012

Hehehehe =D episode 18

good sunday morning.k.not really.it was supposed to be my favourite morning to update anything especially on my blog.twitter?almost 24 hours 7 days a week.hehe.coz my lil sister is here.she cooked last night and left everything dirty in the sink.when i was up and went to the kitchen and guess what happened right?i am a teacher.mind you.


speaking of teacher.i got something to share here.ingat tak previous entry pasal yang ada mohd adam kacau anak murid aku tu?yes ada banyak lagi si anas ni mengadu kat aku.here it goes..


"cikgu, mohd adam kata beg saya buruk"
"pergi cakap kat dia beg dia pun buruk jugak"


"cikgu, mohd adam panggil saya ngok ngek"
"ok nanti cikgu marah dia eh"


"cikgu, mohd adam curi pensel saya"
"ok biarkan"
"saya taknak biarkan"
"dah nak cikgu buat apa?"
"marah dia"

"alright pergi masuk kelas dulu"


conversation yang ketiga tu aku tak tahu nak jawab apa dah sebenarnya.both are cute actually.my kids.but both are very naughty.then lately ni aku baru perasan siapa si mohd adam ni.memang nampak samseng versi tahun 1 punya budak.haha


actually ada aku snap gambar anak murid aku silap tulis dalam buku english.mana tah hilang gambar tu.misteri sungguh.


happy sunday!