Monday, May 28, 2012

Cuti Sekolah Ke?

nampak tak tu?cuti sekolah lah pulak.sebagai seorang guru comel lagi committed dan berdedikasi maka mula2 aku rasa macam best jugak.tapi 2 minggu sangat lama bagi aku.sebab aku suka buat kerja.buat sibuk.tak suka duduk rumah.nak pergi jalan2?nak ke mana lah woi?kawan2 aku semua bukan kerja cikgu pun nak ajak.family kerja.tinggal adik aku jek lah eh?


jangan ingat aku suka sangat cuti sekolah lama sangat ni.jangan ingat tau.


tapi last week aku dah gerak ke KL.apakauingat best sangat cuti sekolah moh ke KL ni?tadek maknanya lah aih.sebab nak tengok kakak aku jek.then ahad dah ke seremban ada sedara mara celah mana tah aku tak kenal.kahwin.panas baq ang seremban sekarang.


so actually plan aku dah penuh dah untuk cuti sekolah ni *check diary buruk*.pertama sekali haruslah aku nak kemas rumah.specific nya lagi kemas bilik sendiri.amboi amboi amboiii*gerak2 jari kelingking* bilik anak dara ini.bersih tau.cuma tak kemas.sikit.haha.aaanndd confirm nak bersihkan bilik mandi.eh bersihkan pulak.cuci lah woi.nak buang kasut2 lama aku lagi.patut ah penuh rak bajet macam top model semua kena ada semua jenis kasut.padahal banyak dah tak pakai.maka buang.or bagi kat orang susah.dapat pahala kannn.:)


dan buat masa sekarang yang paling mengujakan aku ialah barang ini...











so gambar ni uncle google izinkan aku pinjam letak dalam blog kejak.last friday kan aku jalan2 dengan adik aku.pergi mall lah konon sebab malaysia sekarang kan tengah panas *bukak kipas lipat dalam handbag*.so aku keluar memang nak usha note ni pun.kakaka hajat dihati nak sambar satu.maklumlah gaji masuk awal.tapi tengok harga.hurmm memang boleh sambar.boleh angkat.nak bawak keluar purse keluar duit tu payah tu.


dan2 jek time tu aku memang pakai sling bag kaler pink.staff samsung tu pandai pulak nak pancing aku guna pancing roti gardenia."note sekarang dah ada yang kaler pink tau.limited edition.baru sampai".


celaka betei -___-


dengan emosi seorang perempuan yang tak stabilnya.dengan ada masalah dengan kawan sejati lagi.maka aku focus dulu ke note ni.petang karang nak usha.sebab aku berjaya pujuk papa aku.hehe suruh beli note.kejamnya aku.kakaka.


p/s: kawan lah selagi boleh.aku tak pernah minta putuskan apa2.melainkan aku mati.



Wednesday, May 23, 2012

Your Words





yes.everyone should.if you are here with me.like right now.








congrats.i am so last year.








and i can't help you if you still cry whenever you look at my picture.


p/s: this is dramatic.shit!



Monday, May 21, 2012

Mungkin Nanti

sila tonton dan dengar atau dengar sahaja atau tonton sahaja kalau speaker korang rosak.











p/s: agak emosi malam ni.sebab dengar lagu ni dalam perjalanan pulang ke rumah malam tadi.hurmm...



Thursday, May 17, 2012

Pil Jahat

dah lama dah nak cakap pasal bab2 telan pil ni.bukan makan pil ye anak2.


bagi aku kan.seumur hidup aku ni aku memang tabik double spring dan bangga siot kepada insan2 yang boleh telan pil dengan jayanya.tak kisahlah untuk kecantikan ke untuk kesihatan ke untuk demam2 biasa jek ke.sebabnya kan...


aku susah nak telan pil T_________T


ha nampak tak emoticon aku tu?punya nak menitis airmata kalau bab2 nak telan pil.tu pasal aku selalu jaga kesihatan aku.dulu masa kat uia lah.jarang kot demam ke sakit ke pergi klinik ke.sebab aku hari2 pergi kelas jalan kaki kot.so badan aku ni mudah nak melawan penyakit.kadang2 ada jek demam tapi cepat sembuh.tak perlu panadol.ok itu cerita zaman purba.


now aku 'selalu jaga' kesihatan jugak.dalam sebulan adalah jugak sepuluh sebelas kali demam selesema batuk.manja kan?gedik tau woi.dah besar nak demam2.mengada.lepas tu ayat biasa mama bila melihat anak beliau yang semakin manja ini..


"makan ubat.panadol ada dalam peti ais"


aaahhhh ayat fobia ni.ubat?panadol?what?no no panadol ni or apa2 jenis pil pun memang tak akan dan tak boleh jadi bestfriend aku bila aku sakit.no no no.so aku ada idea.


beli panadol yang boleh larut dalam air tu.apa dia eh?panadol soluble eh?kakaka yes penyelamat kalau aku selesema dan batuk.dah lama aku tak suka pil2 ni.tapi family aku tak tahu pun.ex aku tahu kot.eh pehal sebut ex?ekeke.


pil jahat.


ok nak makan.lapau aaahhh.


p/s: kalau anak murid aku tahu ni mahu kena gelak guling2 depan kelas.sobs T_____T 



Wednesday, May 16, 2012

Hari Letih :)

ohh hari ni hari apa?ye pandai tau korang ni.hari ni hari rabu.ceh siapa kata hari guru?euwww perasan.


so macam tahun2 sudah.tahun pertama aku jadi cikgu memang penuh atas meja aku siap kena letak atas kerusi hadiah budak2 ni bagi.tengok kat entry aku yang tahun 2010.kehkeh aku sendiri malas nak godek.apetah lagi korang yang pemalas gaban ni kan?


tahun ni hadiah sikit.aku bersyukur.sebab?space limited beb dalam bilik aku ni weh.nak campak hadiah kat celah mana lagi.dah lah banyak bagi bunga la mug lah tupperware lah note book lah perhiasan meja lah cermin lah frame gambar lah kipas lah ironboard lah.ok tipu.ironboard dapat cabutan bertuah tadi.kehkeh.gaban betul nak bawak masuk dalam kereta.


tapi hadiah paling aku suka kalau anak murid aku bagi ialah pen.pen hitam ke biru ke merah ke terutamanya aku memang cukup nak lompat kegembiraan sebab pen ni penting woihh untuk cikgu.asal nak menanda paper or buku jek laju dakwat pen merah ni hilang.aku rasa orang yang dah bekerja selain cikgu or even student pun aku rasa pen ni memang penting.nampak macam biasa jek kan.benda murah.benda yang confirm kat mana2 boleh beli.tapi setiap kali keluar nak beli barang confirm jugak terlupa beli pen.kan kan kan kan?


memang letih hari ni.tapi best.puas hati.penat tau ajar budak2 ni buat persembahan dan kelas aku menang 2 kali berturut2.haha sekian.jangan iri hati.tadi buat dikir barat.ha ambek kau.


eerrmmmm esok dah start exam.jumaat pergi kursus yee di institut aminudin baki.mana tah.macam pernah dengar.ngeee~~ balik ahad.yessss!!!


p/s: ok dah cukup.nak buat jadual pulak ni.nite nite.



Tuesday, May 08, 2012

Fuh fuh Habuk ni..

ohh dah lama juga eh tak bercerita dalam blog kesayangan ni.ini yang rare.ini yang paling lama aku rasa.sampai dah masuk bulan Mei ni.


tak berhabuk mana pun aku rasa blog aku ni.sebab aku masih hidup dalam twitter.hehe.so many things happened lately.and still happening.i don't know when it is gonna stop.hopefully it will end soon.as soon as possible.


so many ups and downs.like...ermm..i'm single now.ok it's not that i wanna promote myself or whatsoever.it is just that my life has changed.i hope for the better.ada kawan2 rapat yang tahu pasal ni.sebab apa.bagaimana.bila.siapa.sampaikan ada satu tahap pengguna tegar twitter macam aku ni boleh stop kejap untuk bertweet disebabkan masalah sampah ni.huh.


now aku rasa i'm back to normal.aku jarang on laptop unless nak buat kerja sekolah yang semakin hari semakin datang berduyun2 tanpa dijemput pun.kalau online pun sebab nak baca blog yang aku follow.selebihnya nak bertweet pun guna phone jek.other than that, no more.


so ada orang kalau baru bercouple or baru lepas break dengan ex masing2 tapi masih nak senang hati bercerita dalam blog or twitter.tapi aku tak kot.takkan nak cerita semua benda.take time semua ni nak heal.dah ok dah calm down dah cool off sikit baru boleh update blog.cewah nampak matang sikit kan?haha tetibe jek tau.


lagipun aku seorang perahsia :)


p/s: exam PTD sabtu ni woi.kau orang study apa?kejadah tak bagi tips.kahkah.