Thursday, May 17, 2012

Pil Jahat

dah lama dah nak cakap pasal bab2 telan pil ni.bukan makan pil ye anak2.


bagi aku kan.seumur hidup aku ni aku memang tabik double spring dan bangga siot kepada insan2 yang boleh telan pil dengan jayanya.tak kisahlah untuk kecantikan ke untuk kesihatan ke untuk demam2 biasa jek ke.sebabnya kan...


aku susah nak telan pil T_________T


ha nampak tak emoticon aku tu?punya nak menitis airmata kalau bab2 nak telan pil.tu pasal aku selalu jaga kesihatan aku.dulu masa kat uia lah.jarang kot demam ke sakit ke pergi klinik ke.sebab aku hari2 pergi kelas jalan kaki kot.so badan aku ni mudah nak melawan penyakit.kadang2 ada jek demam tapi cepat sembuh.tak perlu panadol.ok itu cerita zaman purba.


now aku 'selalu jaga' kesihatan jugak.dalam sebulan adalah jugak sepuluh sebelas kali demam selesema batuk.manja kan?gedik tau woi.dah besar nak demam2.mengada.lepas tu ayat biasa mama bila melihat anak beliau yang semakin manja ini..


"makan ubat.panadol ada dalam peti ais"


aaahhhh ayat fobia ni.ubat?panadol?what?no no panadol ni or apa2 jenis pil pun memang tak akan dan tak boleh jadi bestfriend aku bila aku sakit.no no no.so aku ada idea.


beli panadol yang boleh larut dalam air tu.apa dia eh?panadol soluble eh?kakaka yes penyelamat kalau aku selesema dan batuk.dah lama aku tak suka pil2 ni.tapi family aku tak tahu pun.ex aku tahu kot.eh pehal sebut ex?ekeke.


pil jahat.


ok nak makan.lapau aaahhh.


p/s: kalau anak murid aku tahu ni mahu kena gelak guling2 depan kelas.sobs T_____T 



4 comments:

Wira Nordin said...

tumbuk pil tu halus-halus..
campur dgn sirap
minum dgn air...
sama ja ubat tu masuk badan juga
lagi cpt dilute dari pil

Miss Fireflies said...

kenapa kena tumbuk halus?kenapa kena minum dengan sirap?

Aujinz said...

cehh.. nampak rock tapi penakot makan ubat.. kah kah kah...

Miss Fireflies said...

sadap ojinn.haha