Tuesday, June 05, 2012

Kasut Kejam

aku ni kan kalau boleh tajuk entry pun nak sekejam boleh.padahal aku jek yang rasa macam tu.orang lain rilek sempoi jek.


dulu pil jahat.sekarang kasut kejam.


ada satu masalah dengan kaki aku.yelah kaki aku jek.memang tak boleh nak pakai high heels lah aku rasa.asal pakai jek jalan dalam sejam macam tu pun dah pancit.ceh.first time pakai time study dulu.tapi high heels jenis tak tinggi sangat.tapi memandangkan kolej aku atas bukit dan aku ni penjalan kaki tegar ke kelas maka kasut tu boleh buat aku merana sambil mendaki tangga batu caves kat situ.siapa uia sini?


yang aku sedar dari dulu sampai sekarang ialah aku suka jalan laju.yelah jalan lau dari orang lain.bukan lari.kekadang kalau jalan dengan family pun aku dengan mama mesti jalan depan.papa aku adik or kakak aku rilek2 jek jalan.apatah yang dikejar oleh kitorang pun aku tatau.


jalan dengan ex dulu lagi la.kalau aku ke depan sangat dia tarik ke belakang sikit -__-


so memang kena pakai kasut flat.tapi kasut tumit tinggi ni perlu juga.nak pergi sekolah.nak pergi majlis orang kahwin.pergi dinner.aah kena jugak tapi tak selalu kan :)


ok ok ribut guruh petir semua ada malam ni.good night dulu eh.


p/s: tadi tengok snow white and the huntsman.ok one word.bosan.



No comments: