Sunday, July 29, 2012

Ice Age 4

hari ni baru rajin nak buka laptop.kalau tak berhabuk lah dia dalam beg laptop ni.minggu ni...yeah man sibuk seperti biasa.tapi ni lagi triple sibuk.do you know why?dalam entry lain nanti aku cerita.itupun kalau ingat lah.

semalam ada kelas.memang kelassss kau maria bangun pukul 8 lepas subuh terus tidur.kelas pukul 830am.ekhem rushing memang tak hengat.dan terhengat jugak time dah terlambat ke kelas time study dulu.

dah lah kelas sejam jek.kau ingat aku akan bergembira balik rumah terus boleh sambung tidur?no no no.terus whatsapp bff terchenta kata jom jom kita keluar jalan2.dia pun on maka aku lagi lah on on on.terus usha nak tengok wayang.berkurun lama ni tak jejak wayang.apa khabar eh orang kat kaunter tu.hihi..

dan ye kami berdua tengok Ice Age 4.sebab kami pun memang mengikuti movie dari first sequel maka nya yang keempat ni kena tengok jugak.

dan hasilnya....ICE AGE 4 SANGAT BEST!!

kalau orang yang terkebil2 tengok movie ni for the first time memang tak faham lah lawak dia.dengan Peaches anak si gajah gempal tu pun dah besar, dengan siap ada selitkan lagu chasing the sun by the wanted (kumpulan gay aku gelarkan), dengan pengembaraan diorang yang lagi thrill dan of course lah ada sedikit penipuan kannnn dalam cerita kartun ni.tapi bagi aku best.

kau bayangkan lah Kapten Butt si monyet ke chimpanzi ke apa tah spesis dia.boleh dengan gagahnya tolak iceberg kot yang besar gaban tu dengan hanya menolaknya dengan kaki beliau yang seperti tangan itu.k k k cerita kartun kan.layan kan jek.

baik korang pergi tengok.







lepas habis movie ingat nak shopping baju handbag kasut shawl amboi amboi mentang2 gaji dah masuk kan.tapi last2 aku hanya beli 2 shawl.pink pulak tu.baru sedar yang even aku ni suka kaler pink tapi baju shawl ke hape tadek pulak kaler pink.baju kurung jubah semua cantik2.eeeeee tatau nak pilih yang mana sampai tak terbeli.ok minggu depan kita pergi tengok lagi.

till then.lepas ni nak cerita pasal hal lain pulak.

p/s: bangun pukul 12 hari ni.zzzzzz...




Saturday, July 28, 2012

Minum Minum

last night went out with my sis and her hubby.pergi minum minum ye lepas terawikh.sepakat membawa berkat betul bila aku order air yang sama dengan abang ipar.haha

actually it is my favourite.nyumm eh nyum pulak dah.hikhik.amboi kemain nak gelak hikhik.ingat comel?

memang pun :-P

p/s : saya baru habis kelas.anda?oh sambung tidur ye?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 21, 2012

Repekan Dalam Masjid



ok entry ni kita guna font lain pulak.helvetica kot nama dia.takpe takpe kita try yang baru.


malam semalam kan dah start terawih yang pertama.so alhamdulillah semua ahli keluarga boleh pergi solat di masjid tanpa sebarang halangan.kami ni yang 3 beradik jek tinggal masing2 memulakan perbualan ilmiah konon2nya sebelum azan Isyak berkumandang.perbualan yang mula2 dianggap kosong tetapi bertukar agak2 ilimiah dan terkejut itu membuatkan aku terfikir akan kecepatan dan kepesatan dan kematangan pemikiran adik2 ku ini yang tiada bandingan.ok tipu jek.


"sarah risau lah.nak dekat 25 tahun dah ni.perlu cari boyfriend cepat2".ok noted eh yang dia baru 6 bulan break up dengan ex boyfriend dia yang berlainan bangsa dan agama setelah 4 tahun menjadi gagak sejoli.


"cikgu wawa kata baik kahwin muda.sebab cikgu wawa tu dah umur 40 tapi anak dia baru umur 19.nampak macam kakak adik lah.nampak muda".ok ini adik aku yang baru berumur 16 tahun.hello zaman aku umur cenggini masih memikirkan tentang preparation SPM dan perbincangan tentang telenovela Mexico pada waktu petang.tak lupa juga usha budak2 lelaki form 4 baru masuk sekolah aku lepas PMR.hehehe..usha jek.


"angah rasa lain pulak.angah nak kahwin before 30.but at that time make sure angah tak kerja cikgu dah.kira dah tukar kerja lain.".hehehe.


itulah perbualan kitorang.input bukan main lagi tau.yang budak sekolah pulak yang macam beria dah fikir nak kahwin bila.aku?aku malas dah nak cari jodoh ni.biar dia datang sendiri.


salam romadhon ye anak anak :)







Sunday, July 08, 2012

Jawapan Teka Teki tu kan..

ohh hari ni demam selesema.kenapa tak semalam jek?kan senang tayah nak cuci pinggan kenduri.hehe gila malas.


dah lah semua jawab salah.tanya kawan2 pun jawab salah.


1. sukan tarik tali


2. keranda


3. daun kemuncup


4. buah dam


5. jembalang.haha tak tahu kenapa kena jawapan macam ni.


eh nak cerita pasal benda lain sebenarnya.ermmm nanti lah.


p/s: esok esok esok!

Friday, July 06, 2012

Teka Teki Ni Tau..

ehem ehem.hehe hari ni last puasa ganti.alhamdulillah dah habissshh.esok raya.k wish sekarang.haha. esok ada kenduri tahlil untuk arwah tok aku.ermm dah setahun dah.kejap jek kan?

i miss her so much..:'(

eh eh jangan sedih2 yee di blog aku.nak bagi teka teki ni.

1. sukan apa yang kalau nak menang kena ke belakang?tak boleh ke depan?

2. apa dia yang penumpang satu tapi driver ramai?

3. ingat kita tinggal.lupa kita bawak.

4. buah apa kena makan dulu baru ambil?

5. dalam banyak2 jem.jem apa yang tak boleh dimakan?hehe..

okeh bebeh.selamat memerah otak sampai kering kontang.nanti saya bagitau jawapan kat next entry yee.

p/s: milo tabur tadi besshhh.heee~~




Thursday, July 05, 2012

Pembebelan

hari ni aku puasa ganti.heee esok last.sabtu raya dah aku.apedehal kan?tapi aku nak cerita lain sini.bukan pasal puasa.ok..maybe adalah kot relate sikit.sikit jeekk punn.


tahun ni first time aku membebel dalam kelas 15 minit. -______-'


maksud aku tadek lah aku membebel lebih dari masa tu.just aku agak kurang sikit lah nak membebel kat bebudak sekolah ni.aku macam ish banyak benda dan kerja aku nak setel kan kot.ok ni baru boleh relate dengan puasa.maybe sebab aku agak penat sikit.minggu ni semua cikgu sekolah aku rasa sibuk.serius.ada orang nak datang pantau sekolah lah tu konon.


bayangkan lah eh.kelas aku 1 hour from 12 until 1pm.k k paham2 jek la eh hormon bebudak tahun lima yang sungguh unpredictable ya ampun.berderau darah aku tau.dengan panas nya lagi.bising lagi.dengan aku macam hilang suara lah pulak nak meninggikan suara kat diorang.


ye lah puasa kot.letih.penat.panas.tak larat.otak macam pikir banyak kerja tak siap lagi dan semua kena submit next monday.k k be cool boleh tak konah?boleh?


tapi suprisingly tadi aku pergi kelas bawak rotan.tak pernah pulak aku bawak rotan sebelum ni.tadek maknanya nak rotan diorang.esok2 buat lagi.yang ni memang predictable sangat.saja bawak nak tunjuk garang.in case kalau diperlukan sangat rotan diorang ni maka aku terpaksa lah kan.tapi tadi even aku marah sangat2 aku pegang jek lah rotan tu.sat g aku hayun kang dengan kelas2 tu kang terhayun sekali.


bila aku bebel tahu pulak nak diam memasing.kalau tak kalah pasar malam.kalah konsert.kalah perhimpunan tuuuuttt.haha eh eh sempat lagi nak sarcastic kat sini kan.aku merajuk lah dengan bebudak ni.aku bagi salam terus keluar.ah lantak.naik lemak sangat bebudak sekarang.bagi sikit lemak kita ke dia.baru padan kan?


k dalam ni pun dah serupa bebel secara live pulak.tapi tadi tetiba dapat friend request facebook.dari Ameer Irsyad. -____-


anak murid aku ni kan...tak serik kena bebel.


good night.


p/s: nasib baik aku tak ajar budak2 tahun satu.kalau tak.....




Wednesday, July 04, 2012

Take It..Please..

The decision is in your hand sayang.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 02, 2012

Indahnya..:)

hai hai.hehe indahnya apakah ini?ish bulan julai leerr.bulan tujuh ni tiap2 tahun memang indah bagi aku.or mereka yang lahir dalam bulan ni.

ceh.berat sebelah.haha.

eh berapa lama dah ni tak update?tadek lah lama sangat kan.banyak kerja lah.sibuk sikit.pergi sana sini.kursus sana sini.siapkan itu ini.amboi kemain sibuk kalah guru besar.

tapi hari ni emosi tak menentu sangat.yelah puasa ganti pun hari ni tapi kalau ada orang buat celaka dengan kita...aku mengamuk lah jugak kan...tapi nasib baik aku tengok rancangan ni tadi kat tv.Fesyenista Manja Baby KIKO.sangat indah dan comel :)

sebenarnya tadi tengok yang Diana Danielle punya tapi tak keluar youtube lagi kot.korang search sendiri kat youtube eh eh?malas nak letak sini.hehe comel kan ada budak2 comel pakai baju yang comel2 yang cantik2..:)

p/s: awak tu.yang baca tu.mengada sangat kenapa?