Saturday, August 25, 2012

Selamat Menjaga Badan

hello semua.selamat.jeng jeng jeng.hari raya.jeng jeng jeng.ah penat duk ber jeng jeng jeng nya.

dah hari sabtu.oh dah seminggu eh beraya.hebat jugak aku menyepi dari blogging.kekonon sibuk beraya rumah orang.sibuk pergi open house sana sini.padahal aku duduk rumah jek layan tetamu dan twitter.hehe.ye lah aktiviti menonton tv di hari raya dah dapat dikurangkan dah.ini satu kemajuan.

tahun ni pelik sikit bagi aku lah.pertama kali dalam hidup beraya di RUMAH SENDIRI.hambik tu nak caps lock bagai.selama 25 tahun aku hidup ni selalu every year memang beraya di KAMPUNG.ye di KAMPUNG.di mana KAMPUNG di sini maksud aku haruslah rumah papan.malam2 sejuk sibuk cari selimut.tak perlu kipas or aircond macam RUMAH SENDIRI ni.haruslah bilik air memasing berebut nak masuk.air dalam tempayan yang sejuknya baq hang ketaq lutut.bukan pagi2 bangun paling awal tapi mandi guna water heater di RUMAH SENDIRI ini.tak patut tak patut.tak thrill.tak tahu nak berebut bilik air dengan siapa.kat KAMPUNG kemain mengada mandi sunat hari raya lambat.tapi di RUMAH SENDIRI ni mandi sepi jek.nampak tak forever alone di situ?nampak?

raya kedua kami dah ada buat BBQ ye.semua sedara mara datang lepak sini.apedehal korang baru nak buat BBQ semalam?hari ini?hari sebelum semalam?lambat betei.tadi pagi2 ada dah suara yang aku suka dengar.

"assalamualaikum.kami datang nak beraya!!"

gitu tau budak2 ni jerit ke rumah aku.hehe suka bebenor aku.budak2 datang kan.macam comel jek.baru balik dari birthday party kawan diorang rupanya.budak perumahan mana tah datang.

mama bagitahu tadi petang ni ada dua open house.satu sebelah rumah aku ni buat.satu lagi jiran lama.dulu menetap sini tapi dia dah pindah.ohh ingat lagi diorang ke keluarga aku.maklumlah keluarga friendly.

eh aku ke yang lambat dapat jemputan open house?hihihi biarlah.lalala at least aku ni maintain kurus makan banyak pun.engkauorang ni kena jaga berat badan lah eh bulan syawal ni dan bulan2 seterusnya.nampak tak tu.tajuk entry pasal selamat menjaga badan tapi isi ceritanya kat perenggan terakhir.gagal dalam esei ke apa aku sekarang.

p/s: kalau korang ada kampung.ada nenek ke atuk lagi ke.better korang balik lah...
 

Monday, August 13, 2012

Cerita Baru

dah seminggu tak update.tu dah perkara biasa.malah lebih 2 minggu tak update pun pernah jek.

so now link blog pun dah tukar yang baru.harap2 yang ni kekal sampai masa aku rasa nak tukar balik ke link lama.sebab2 tukar link pun sangat cliche bagi seorang blogger iaitu taknak ada orang tertentu baca or stalk semua benda aku merepek dalam ni.dari tajuk entry hingga ke profile aku dalam blogger ni pun dia nak kecoh kepoh.macam blog aku ni menyusahkan hidup dia jek.

lalu disebabkan itu juga aku ter emo kan diri sendiri dalam twitter.itupun baru2 ni aku protect tweets aku.nanti ada mood aku public kan balik.dan setelah sekian lama aku deactivate fb makanya semalam aku on semula sebab tercicir ada kawan bising mana fb aku sebab nak jemput kahwin dia padahal baru minggu lepas berbuka puasa sama2 dah bagi kad kahwin tapi masih nak jemput di fb.ini ialah BFF.tiada tandingan.reti?

memandangkan link blog pun dah baru.description kat profile pun dah semakin mencarut dan tak senonoh maka aku sarankan siapa2 terjumpa or terbaca or tersesat sampai ke blog aku ni kan.aku mohon jangan di promote ke siapa2 pun blog kasar ni.imej kena jaga jugak even korang tak kenal aku pun.hikhik.

tapi aku promote juga di twitter dan fb.yang dah lama ikut blog aku boleh ah aku nak promote.tadek malu sangat.nak2 mereka yang dalam twitter aku tu.semua cakap lepas.baru sempoi.ye dak?

kadang2 ketagihan twitter ni menyebabkan aku boleh deactivate setakat 2 minggu jek tau pastu dah tak boleh.nak tweet jugak.

so now bagi kesimpulan ke aku.apa yang korang rasa cerita baru dalam entry aku ni?aku tak dapat nak syak pulak apa dia.haha

p/s: ahad raya kan?aku raya di rumah sendiri jek.huhu...




Monday, August 06, 2012

Nuzul Quran

"ok class.do your homework at home.dont forget okay.i'll see you on Monday".

"on Monday teacher?"

"yes.why?"

"Monday is cuti teacher.nuzul quran" *ohmyenglish*

"eh ye ke?"

sibuk sangat dengan kerja sampai tak ingat or tak tahu nuzul quran ni pahang pun cuti.banyak bebenor cuti kat malaysia.dah lah nuzul quran ni tak semua negeri cuti.tah hape hape.

salam nuzul quran :)

p/s: i love Lin Dan.sebab kulit dia dah gelap.and Lee Chong Wei has done his best.bye bye Baskin Robbin.hikhik

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 01, 2012

Anak Comel

dalam seminggu dah dua kali demam selesema.apa nak jadi ni?

jom tengok video ni.ada kat my youtube channel.

 

 

itu anak kepada sepupu.diorang datang lepak2 kat rumah tapi tak sempat nak berbuka sama2 sebab diorang nak balik kampung dah.ambik video ni pun lepas aku balik dari tengok wayang.namanya Aleya Sofeya.heee comel comel :))

p/s:minggu ni buka puasa kat kampung.weeeee :)