Saturday, August 25, 2012

Selamat Menjaga Badan

hello semua.selamat.jeng jeng jeng.hari raya.jeng jeng jeng.ah penat duk ber jeng jeng jeng nya.

dah hari sabtu.oh dah seminggu eh beraya.hebat jugak aku menyepi dari blogging.kekonon sibuk beraya rumah orang.sibuk pergi open house sana sini.padahal aku duduk rumah jek layan tetamu dan twitter.hehe.ye lah aktiviti menonton tv di hari raya dah dapat dikurangkan dah.ini satu kemajuan.

tahun ni pelik sikit bagi aku lah.pertama kali dalam hidup beraya di RUMAH SENDIRI.hambik tu nak caps lock bagai.selama 25 tahun aku hidup ni selalu every year memang beraya di KAMPUNG.ye di KAMPUNG.di mana KAMPUNG di sini maksud aku haruslah rumah papan.malam2 sejuk sibuk cari selimut.tak perlu kipas or aircond macam RUMAH SENDIRI ni.haruslah bilik air memasing berebut nak masuk.air dalam tempayan yang sejuknya baq hang ketaq lutut.bukan pagi2 bangun paling awal tapi mandi guna water heater di RUMAH SENDIRI ini.tak patut tak patut.tak thrill.tak tahu nak berebut bilik air dengan siapa.kat KAMPUNG kemain mengada mandi sunat hari raya lambat.tapi di RUMAH SENDIRI ni mandi sepi jek.nampak tak forever alone di situ?nampak?

raya kedua kami dah ada buat BBQ ye.semua sedara mara datang lepak sini.apedehal korang baru nak buat BBQ semalam?hari ini?hari sebelum semalam?lambat betei.tadi pagi2 ada dah suara yang aku suka dengar.

"assalamualaikum.kami datang nak beraya!!"

gitu tau budak2 ni jerit ke rumah aku.hehe suka bebenor aku.budak2 datang kan.macam comel jek.baru balik dari birthday party kawan diorang rupanya.budak perumahan mana tah datang.

mama bagitahu tadi petang ni ada dua open house.satu sebelah rumah aku ni buat.satu lagi jiran lama.dulu menetap sini tapi dia dah pindah.ohh ingat lagi diorang ke keluarga aku.maklumlah keluarga friendly.

eh aku ke yang lambat dapat jemputan open house?hihihi biarlah.lalala at least aku ni maintain kurus makan banyak pun.engkauorang ni kena jaga berat badan lah eh bulan syawal ni dan bulan2 seterusnya.nampak tak tu.tajuk entry pasal selamat menjaga badan tapi isi ceritanya kat perenggan terakhir.gagal dalam esei ke apa aku sekarang.

p/s: kalau korang ada kampung.ada nenek ke atuk lagi ke.better korang balik lah...
 

1 comment:

chah~ said...

aku tiap2 taun beraya kt umah sendiri. haha