Saturday, September 29, 2012

Ah.Genting Lagi?

yeayyy pergi Genting lagi.kehkeh.penatnya minggu ni.tercabut pinggang rasa.drive KL Kuantan ni memang aku dah biasa ulang alik pun.itupun sebab kerja.dah alang2 tu baik kita rehatkan badan.ye dak?

ye ye share gambar lagi.harap2 gambar2 ni tak menyengetkan diri beliau.hehe






















aah pakai seluar gini lepas tu naik Space Shot lepas tu terselak nasib baik kat dalam pakai leggings.




aah jugak ada gambar yang dia tersenget sendiri.biar lantak pi lah.


p/s: ok next time kita cerita pulak.tadek gambar dah.

Tuesday, September 18, 2012

Genting ke kita?

salam malam.ehehe.minggu lepas.hari ahad.aku dengan senang hatinya pergi berlibur dan berhibur dan buang duit yang mengalir macam air laut pasang ke.....

Genting Highlands kota keriangan.ni aku letak gambar jek la eh.malas nak type.lagipun dah lama tak share gambar kan?ok.ok.



















sebenarnya aku tak faham.gambar ni sebelum di upload aku dah edit yang tegak jadi melintang.yang melintang jadi tegak.dah save.then bila nak upload dan dan jek kan jadi shit macam ni.huh.pehal tah blogger woiii.

pandai2 korang lah nak menatap gambar ni ke tak.wuhuu

p/s: aku nak sambung tweet.

 

Monday, September 10, 2012

Paling Terharu *konon*

pukul 1535 pm.10 September 2012.di sekolah.ah kemain di sekolah kan.dah tadek kelas.tadek kerja.sebab kerja dah siap.maka nya layan blog aku dari layan blog orang lain yang ada letak widget ikan berenang kat sidebar.blerghhh tau with triple H.

yang paling aku terharu lah setakat ini...

1. orang wish morning ke aku.tak kira lah kat twitter main mention or unmention or DM sekalipun.atau through SMS (ada lagi ke orang main sms sekarang?) atau whatsapp atau viber dan sebagainya.ye terharu sebab semangat kau pagi2 ingat ke aku terus wish morning ke aku.ehehe...

2. anak murid salam cium tangan.ha ni selalu kalau kelas aku time last period or time kelas dah nak habis diorang akan sendirinya datang ke aku salam cium tangan.even selalunya anak murid yang aku baru lepas marah membebel ke diorang.haaa saje la tu nak buat aku terharu kan kan kan?taktik bersih.kalau jenis salam cium tangan nak duit raya tu...ermm tak terharu sangat.haha

3. orang sebut or panggil nama sebenar aku.eheeheh rare kan?maksudnya kalau diorang panggil nama penuh aku lah.my real name.kalau dalam twitter tu semua duk panggil konah konah.ada jek la sorang dua tiga empat lima yang tahu nama sebenar aku but still nak panggil aku konah.zzzzz takpe.kena menyamar sikit.haha

4. orang baca blog aku or follow twitter aku tanpa paksaan.haha yang ni semua orang akan rasa perasaan yang sama kalau dia ada aktif dalam blogging dan tweeting.ye ye ye seperti tuan empunya blog ini.

5. tadek apa dah terharu melainkan kau jadi follower blog aku dan betul2 follow apa aku cerita dalam ni.heee~~~

p/s: makan american brownies ni memang sampai malam esok tak habis.



Monday, September 03, 2012

September Dah Eh?

salam semua.hari raya lagi kan sekarang?dan dah masuk bulan september.aku cek balik list posts aku untuk bulan ogos ni...amboi kemain kurang dari lima entry.demam ke apa aku sekarang?

kalau nak dibandingkan entry untuk tahun 2010 sampai 2012 ni memang banyak sangat ketaranya.awal2 jadi blogger dulu siap nak 200 entry.lepas tu tahun 2011 dah jadi 100 lebih jek.tahun ni aku tak pasti.entah2 not more than 100 entries kot.

takpe lah at least ada lah jugak updatenya kan.tadek lah orang kecoh kata aku dah meninggal ke kan dalam twitter nanti.eh?

semalam tanpa dirancang aku pergi beraya empat buah rumah eh.tiga buah rumah bekas guru sekolah rendah.haa kau mampu?sekolah menengah pun aku dah tak ingat nama sangat apatah lagi sekolah rendah.tapi ingatan aku paling kuat memori semasa sekolah rendah.kenapa entah.macam memori sekolah menengah tu sikit sangat nak kena ingat.

last weekend was my hectic weekend ever.jadi pengapit hoi untuk BFF punya wedding.siapkan backdrop untuk potong kek lagi.beli macam2 makanan macam cupcakes lah.donut lah.candies lah.amboi kemain manis semua.tu tak termasuk nak siapkan 1000 goodie bags nyaa ya ampun.beli buah tembikai lagi.angkut 15 biji buah tembikai ke rumah pengantin.patah pinggang boleh?kau mampu?aku tak lah weh.

gambar memang banyaknya tak terkira lah aku ambik guna phone ni.tu tak termasuk tergedik masuk dalam camera punya cameraman.haha.biasa lah tu.kata wedding photographer kan.banyak jugak lah diorang tag gambar aku kat facebook.malas nak comment jek.nanti lah.

aku pun macam dah jarang kan upload gambar kat blog ni?ok ok nanti kalau aku macam agak rajin aku upload lah.hihi.

so september.ni nak wish macam bebudak tweet kat twitter.september, please be nice to me.just me.haha karut lah korang.

p/s: tatau kenapa kena ada jugak p/s di hujung entry aku.tak paham.