Thursday, November 29, 2012

Beri Perhatian ye..

sebenarnya kita ni dalam apa pun hal yang kita nak buat.yang kita nak dengar.apa apa pun lah kan.memang kena bagi perhatian.nak nak pulak bila time mendengar.kalau boleh kena bagi perhatian lebih dari 100%.

sama jugak lah macam dalam kelas ke seminar ke ceramah ke tengok teater ke tengok drama or movie ke kan.dah nama pun kena tengok dan dengar.kalau tak tengok.kalau tak dengar.macam mana nak faham.betul tak?tak kira lah kau pandai menggunung sekali pun.at least nilai murni tu ada dalam diri setiap orang, iaitu kena hormat apa orang lain tengah buat kat depan.apa orang lain tengah cakap ke tengah mengajar ke tengah present ke tengah bagi idea atau bantahan ke.tu semua kena bagi perhatian.

fokus k fokus.ha senang cerita fokus lah kan.

nak cerita pasal diri aku lah.kalau dalam situasi macam ni kan.aku tengah fokus.khusyuk lah ni even tadek lah 90% khusyuk pun.tapi sebab benda baru nak belajar.jadi aku akan fokus sehabis boleh.phone letak dalam handbag.laptop tutup.pandang depan sambil tangan main pusing2 pen *kelebihan aku pusing2 pen sampai anak murid terpukau dalam kelas*.

so bila ada mereka yang dekat dengan aku tengah bercakap2 even konon sangat perlahan sampai aku tak selesa tu.aku jadi rimas tau.tak suka.apa diorang ni tak hormat orang kat depan tengah bercakap ke?tak segan ke tengah main phone tengah main facebook time tengah belajar?phone atas meja pulak tuh.

contoh situasi yang aku pernah alami.dalam group aku ada lima orang.duduk dalam kelas dalam group.sorang tengah tengok gambar dalam laptop.sorang main phone.sorang tengah cakap phone.sorang tengah mewarna dalam buku course outline.dan aku?tengah perhatikan gelagat diorang.so jadi aku pulak tak fokus.aihh..

sama macam tengok tv kan.apa2 drama ke movie ke aku nak tengok.aku takleh orang lain bising yang MELAMPAU.cakap2 tu boleh lah.sama aku pun cakap jugak.ni situasi bila mana tengah tv even aku kuatkan volume pun dia makin kuat suara bersembang dalam phone.aihhh nak tegur kang kata....entah lah.

ni dugaan lah untuk aku.dan kelemahan aku jugak.sebab aku ni bukan nya multi tasking type of person.maybe sambil drive sambil bercakap siap guna tangan tu aku boleh.sambil masak aku pergi tweet kejak tu mungkin aku boleh jugak.tapi kalau bab belajar terutamanya.aku tak boleh.aku kena fokus jugak.

so jangan bising2 bila duduk sebelah aku.memang aku bagi ciuman lembut kat pipi.guna selipor jepun.

bye.

 


 

Wednesday, November 28, 2012

Kemas lah Sikit..

nak kabor pasal aspek kekemasan dalam semua benda.tapi malam ni aku cuma nak fokus ke satu benda jek ni since aku tengok satu drama ni minggu lepas.sebenarnya dah banyak dah dalam filem ke drama ke semua dok buat perangai tak senonoh yang sama.

apa dia eh?ha berdebor kan? kan?

aku tak puas hati betul kalau drama tu ada adegan DI DAPUR TENGAH MASAK POMPANGPOMPANG SAMBIL BERCAKAP KE MEMBEBEL KE TAPI PENAMPILAN TAK KEMAS LANGSUNG! **flips my hair*

yelah tahu dah rambut panjang ikal mayang.rambut aku pun ikal mayang tapi tadek lah pulak time memasak aku nak gebang segala rambut aku sampai malas nak ikat kan?mana tahu rambut engkorang termasuk daam kari ke sup sayur ke tengah masak tu.kuman2 lain ke termasuk sekali.

serabai lah weh.serabut.rimas.lemas.

so please please lah director pun.ambil kira jugak lah pasal scene memasak ni.mohon ikat rambut kalau nak memasak even engkorang berlakon jek pun.tapi aku tengok ada jek engkorang potong sayur lah masuk bawang lah dalam kuali semua tu mendeeee?geli aku tengok scene cenggitu.engkorang dulu fail ke subjek Kemahiran Hidup masa PMR dulu sampai tak belajor langsung?ohhh korang ambik KMT eh?bukan ERT? K...fine.not helping at all lah.huh!

till then.nanti aku update lagi yee.


 


 

Saturday, November 10, 2012

Tips Android *ehem ehem*

baru ada mood ni nak update.dari siang tadi aku tunggu mood datang sampai aku boleh tidur 3 round ye pada waktu siang.ye 3 round.

okeh ni aku terfikir nak buat entry ala ala tips yang boleh membantu *sangat* kepada android user yang baru or yang lama tapi masih bahlul dalam bab2 nak install app dalam Google Play korang.ok ni aku bagi tips eh..

1. lepas klik kat google play tu and bila korang dah dapat search apa yang korang nak install tu.korang kena tengok dulu app tu berapa orang like.berapa riban dah orang download.kalau setakat 10,000 downloads tu..ermm bagi aku kalau nak try tu boleh lah nak install tapi tak jamin ah app tu best tahap cemana kan.kalau app tu dah mencecah sampai 100,000,000 ke 1,000,000 ke ha better korang download.

2. lagi satu.korang boleh tengok screenshot untuk setiap app yang korang nak install tu.macam game Pou.korang tengok dulu screenshot game tu macam mana.kalau nampak menarik.kaler2.comel ke kan.hehe then korang install lah.macam aku buat.ngeee~~

3. tak pun korang tengok app tu ada simbol anak panah ke apatah yang kaler biru kat sebelah tajuk app tu atau dekat sebelah berapa juta download tu.ada simbol tu.ha yang tu editor's choice.maknanya suruh try lah kan install.contoh app yang ada simbol tu macam Whatsapp, facebook, twitter,foursquare,instagram,kakao talk,maps and so much more.amboi dah tagline channel MTV nih.

4. lagi satu bila korang scroll bawah lagi kan.contoh korang ni noob sangat sampai sekarang baru nak install whatsapp.setelah korang dah tengok tips 1 sampai 3 tadi.cuba scroll bawah.tengok berapa star user bagi kat whatsapp.5 ke 4 ke 3 ke.kalau whatsapp ni aku syak memang ramai akan rate jadi 5stars lah.star ni pun mempengaruhi jugak untuk user tu nak install ke tak app tu.

5. ok last sekali.scroll bawah lagi.kalau korang banyak sangat free time kan.better korang baca comment yang user2 lain bagi pasal app tu.hodoh ke.asyik stuck ke.asyik kena restart phone ke.banyak sangat ads ke.tak sesuai untuk certain phones ke.ha macam2 lah diorang komen.kalau korang nak baca lah...tak paksa.

ok tu jek tips dari blogger yang busy nih.tips tu dari pengalaman aku jek yang dah dua tahun guna android.kalau ada cara or tips yang lagi senang ke lagi kreatif ke nanti bagitahu yee!