Saturday, November 10, 2012

Tips Android *ehem ehem*

baru ada mood ni nak update.dari siang tadi aku tunggu mood datang sampai aku boleh tidur 3 round ye pada waktu siang.ye 3 round.

okeh ni aku terfikir nak buat entry ala ala tips yang boleh membantu *sangat* kepada android user yang baru or yang lama tapi masih bahlul dalam bab2 nak install app dalam Google Play korang.ok ni aku bagi tips eh..

1. lepas klik kat google play tu and bila korang dah dapat search apa yang korang nak install tu.korang kena tengok dulu app tu berapa orang like.berapa riban dah orang download.kalau setakat 10,000 downloads tu..ermm bagi aku kalau nak try tu boleh lah nak install tapi tak jamin ah app tu best tahap cemana kan.kalau app tu dah mencecah sampai 100,000,000 ke 1,000,000 ke ha better korang download.

2. lagi satu.korang boleh tengok screenshot untuk setiap app yang korang nak install tu.macam game Pou.korang tengok dulu screenshot game tu macam mana.kalau nampak menarik.kaler2.comel ke kan.hehe then korang install lah.macam aku buat.ngeee~~

3. tak pun korang tengok app tu ada simbol anak panah ke apatah yang kaler biru kat sebelah tajuk app tu atau dekat sebelah berapa juta download tu.ada simbol tu.ha yang tu editor's choice.maknanya suruh try lah kan install.contoh app yang ada simbol tu macam Whatsapp, facebook, twitter,foursquare,instagram,kakao talk,maps and so much more.amboi dah tagline channel MTV nih.

4. lagi satu bila korang scroll bawah lagi kan.contoh korang ni noob sangat sampai sekarang baru nak install whatsapp.setelah korang dah tengok tips 1 sampai 3 tadi.cuba scroll bawah.tengok berapa star user bagi kat whatsapp.5 ke 4 ke 3 ke.kalau whatsapp ni aku syak memang ramai akan rate jadi 5stars lah.star ni pun mempengaruhi jugak untuk user tu nak install ke tak app tu.

5. ok last sekali.scroll bawah lagi.kalau korang banyak sangat free time kan.better korang baca comment yang user2 lain bagi pasal app tu.hodoh ke.asyik stuck ke.asyik kena restart phone ke.banyak sangat ads ke.tak sesuai untuk certain phones ke.ha macam2 lah diorang komen.kalau korang nak baca lah...tak paksa.

ok tu jek tips dari blogger yang busy nih.tips tu dari pengalaman aku jek yang dah dua tahun guna android.kalau ada cara or tips yang lagi senang ke lagi kreatif ke nanti bagitahu yee! 



 


 

No comments: