Wednesday, January 30, 2013

Home :)

hai hai.nak share satu video nih.

sebenarnya aku yang nak bermain cak cak dengan budak kecik ni sambil record video.but always remember that you are not living in an island..so ada jugak suara2 sekeliling yang turut menyumbangkan suara dalam video aku.

sebelum aku record kan.budak kecik ni boleh jek dia cakap caaakk caaakk dengan kitorang.bila on jek record terus dia taknak dah.dasar anak cerdik pandai zaman sekarang.

p/s : duduk pun dah macam cara nak main gimnastik dah dia nih.arrghhh geram nak pelukkk 
dia.

Monday, January 21, 2013

Sunday, January 20, 2013

"Azam kita kan..."


dah 20 January 2013 pun.boleh jek nak promote azam tahun baru lagi.sebabnya azam tahun2 sebelum ni pun memang half way jek terlaksana.kekadang tak sampai half way.maybe sebulan jek. T__T

dari tahun lepas lagi azam tahun 2012 yang dulu tu sebenarnya nak lebihkan memakai pakaian yang tidak ketat ketika keluar dari rumah.macam nak pergi jalan2 ke nak pergi dating ke nak ke kenduri orang kahwin ke nak berjimba2 dengan BFF ke.semuanya kalau boleh taknak ketat2 dah lah kan.

especially tentang pemakaian jeans.actually dari zaman sekolah lagi aku suka pakai jeans.engkorang faham2 lah kan jeans ni kalau anak2 muda memang suka pakai ketat kan.tak best lah pakai jeans longgar.the heck?

so disebabkan kesedaran sivik kononnya dan kesedaran tentang profession aku dan juga umur yang tak sentiasa muda seiring dengan pemikiran yang lebih matang ecececewahh maka nya aku macam nak kurangkan lah pakai jeans nih.tak boleh nak stop terus.kena slow2.macam orang yang berkurun hisap rokok lah.mana boleh stop terus.nak mati terkejut ke hapa?

kulit kaki aku ni agak demand sikit aku rasa.dia tak boleh nak pakai seluar kain lain.nak kena jugak jeans.kalau tak pakai jeans ok kita pakai long skirt.yes finally kaki panjangku ini menerima kain skirt labuh dari jenis apa pun.kain jarang memang no way lah yee.

jadi since dah brejauhan dengan family nih pepandai lah nak jaga pemakaian.selalu parents yang tegur.so now dah banyak nak fikir beli skirt ganti dengan jeans nih.

tak elok tau pakai ketat2 nih.zaman2 aku study muda2 remaja gitu memang dilabel hantu jeans.asyik2 nak beli jeans.Levis ni tadek pulak keluarkan produk seluar iblis ke setan ke.

so much for the new resolution.till then.


Saturday, January 19, 2013

Normal

is it normal that i'm not that normal?
why can't i be normal?
i just wanna be normal.
like a normal person.
just normal.
is it normal?

Friday, January 11, 2013

Segmen yang Annoying

hai 2013.i'm in.just got busy with some stuff.new stuff actually.new house.new school.new people.new places.new environment.everything is new for me here.

but now.i'm back! hehe

setelah menggunakan kepakaran memasang hotspot dari smartphone ini maka aku boleh online menggunakan laptop....baru! weee jangan jeles y'all.

oh yes.segmen annoying.paling pantang aku kalau tengah drive dengar segmen ucapan pagi atau ucapan petang atau ucapan malam selamat tidur kekononnya.arghh annoying kot.

"saya nak tujukan lagu ni kepada mak abah saya di kampung, kawan saya yang tengah mandi tuh, boyfriend saya yang akan pergi main futsal kejap lagi.dengan ucapan kenang daku dalam doa mu."

"saya nak buat ucapan lah.kepada tunang saya tu haa.bawak kereta elok elok tau.Ina sayang sangat kat abang.semoga cinta kita akan kekal selama-lamanya"

"ucapan ni saya tujukan khas untuk mak ayah saya, mak ngah saya, kaklong saya yag sedang menuntut di Jepun, adik saya yang tengah tidur tuuu, abang posmen yang hantar surat tadi dengan senyuman manis.hehe harap2 awak dengar lah yee ucapan saya ni"

arghh shit maannnn.geli kot.aku tak suka dengar segmen ni bila aku on radio.tak kira lah kan flyfm ke hitzfm ke hotfm ke erafm ke suriafm ke.bleergghhh come on lah bro.tak payah nak ucapan sangat.ada yang call tu pulak siap cerita tayar pancit tepi jalan lah.masak tengah hari untuk kawan2 yang datang nak study lah.aihh.

selalunya kalau aku dengar jek segmen macam tu and i would be like "oh really?" "yeke" and terus tukar channel station.i'm so done lah bro.

hope radio station ni kurang2 kan lah segmen gini.geli aku dengar.aku nak dengar lagu, natang!

till then...