Sunday, January 20, 2013

"Azam kita kan..."


dah 20 January 2013 pun.boleh jek nak promote azam tahun baru lagi.sebabnya azam tahun2 sebelum ni pun memang half way jek terlaksana.kekadang tak sampai half way.maybe sebulan jek. T__T

dari tahun lepas lagi azam tahun 2012 yang dulu tu sebenarnya nak lebihkan memakai pakaian yang tidak ketat ketika keluar dari rumah.macam nak pergi jalan2 ke nak pergi dating ke nak ke kenduri orang kahwin ke nak berjimba2 dengan BFF ke.semuanya kalau boleh taknak ketat2 dah lah kan.

especially tentang pemakaian jeans.actually dari zaman sekolah lagi aku suka pakai jeans.engkorang faham2 lah kan jeans ni kalau anak2 muda memang suka pakai ketat kan.tak best lah pakai jeans longgar.the heck?

so disebabkan kesedaran sivik kononnya dan kesedaran tentang profession aku dan juga umur yang tak sentiasa muda seiring dengan pemikiran yang lebih matang ecececewahh maka nya aku macam nak kurangkan lah pakai jeans nih.tak boleh nak stop terus.kena slow2.macam orang yang berkurun hisap rokok lah.mana boleh stop terus.nak mati terkejut ke hapa?

kulit kaki aku ni agak demand sikit aku rasa.dia tak boleh nak pakai seluar kain lain.nak kena jugak jeans.kalau tak pakai jeans ok kita pakai long skirt.yes finally kaki panjangku ini menerima kain skirt labuh dari jenis apa pun.kain jarang memang no way lah yee.

jadi since dah brejauhan dengan family nih pepandai lah nak jaga pemakaian.selalu parents yang tegur.so now dah banyak nak fikir beli skirt ganti dengan jeans nih.

tak elok tau pakai ketat2 nih.zaman2 aku study muda2 remaja gitu memang dilabel hantu jeans.asyik2 nak beli jeans.Levis ni tadek pulak keluarkan produk seluar iblis ke setan ke.

so much for the new resolution.till then.


No comments: