Friday, February 22, 2013

Buat Buat Sibuk

minggu ni sibuk.eh tak tiap2 minggu sibuk sebenarnya.sibuk tidur.kakaka

tiap2 minggu aku ada kena buat assignment.nak submit akhir bulan Mac nanti.ahh nak dekat dah ni.hari2 aku try ah buat sikit2 dulu.lagi gelabah bila dapat tahu ada dua assignment satu lagi nak kena submit.semua nak 3 copy.adoiii

maybe lah aku dah lama tak buat assignment kan.bila dah sambung study balik ni rasa blank ada.rasa blur ada.rasa nak stop pun ada.tegas betei kerajaan sekarang.

elaun aku tak dapat2 lagi ni hoii.

bercadang nak beli barang baru bila dapat elaun nanti.ish tapi kena setel hutang dengan mama aku dulu beb.kereta aku ni tolong bayarkan dulu babe.kesian dia babe.selama ni aku yang bayar.malu babe malu.takkan nak susahkan dia pulak kan.

tapi nak save duit sikit ah.nak balik perlis hoii.seminggu jek pun.nak guna duit jugak tuh.banyak betei aku fikir sekarang dalam kepala otak aku yang comel ni.eh?ikikiki

sepatutnya petang ni tadi aku dijemput ke majlis makan2.ada sekolah aku ni buat.pukul 3.aku ni bila balik rumah.dah makan nasik.terus tidur.rutin agaknya.dah terlepas nak pergi.bukan nak sangat makan free tu.cuma dah kerja tempat baru ni haruslah bersosial sikit.baru lagi rapat dan mesra.takpe2.kalau ada aktiviti lain luar sekolah nanti aku join lah.

so....minggu ni aku tinggal seorang.nak makan apalah aku malam ni eh.malam ni pun aku nak tengok drama tv3.minggu lepas dah terlepas nak tengok.sekarang aku dah jadi kaki tv sama macam zaman sekolah dulu.tengok drama melayu yang cliche.back to abnormal ke apa aku ni?

ok tu jek nak inform.seorang cikgu yang ayu tapi garang selalunya memang sibuk sikit.tapi selalu tweet jugak.hihi ok ok nanti kita update lagi.byeeee *buang nyam nyam dalam tong sampah*

No comments: