Wednesday, February 13, 2013

'Cinta' Highway

hikhikhik kemain tajuk entry dia kali ni.agak memberangsangkan gitu.kisah kali ini tadek diadaptasi dari mana2 novel picisan yang asal cerita novel best dan jualan laris jek nak buat drama kat tv yang konon dapat 4juta penonton itu...ya termasuk aku lah tu dalam jumlah penonton2 bangang tu. big mistake lah bro.

tatau lah kisah dari pengalaman aku sendiri ni ada orang nak buat drama pulak kan.kakaka tapi tadek dialog ah.pepandai lah edit.

*perasan*

semalam aku drive dari pantai timur.pukul 8 am.nak ke KL katanya.alhamdulillah sepanjang jalan memang tak jem.maybe orang kelantan tak sampai highway lagi kot.kuikui..

then ada motor.aah sebuah motor dan seorang penunggang.iyelah kalau tadek penunggang apa pulak aku fikir nanti.dia tunggang atas bahu jalan.atas line putih tu.so tiga kereta potong dia.yang kereta ketiga tu kereta aku.bila lepas jek aku potong dia.dia follow aku kat belakang kereta.betul2 belakang kereta aku.yes kat tengah jalan itu lah.

ingat.tadi dia tunggang atas bahu jalan kan?yang tepi jalan itu lah.aishh...

lepas tu dia follow jek kereta aku.aku drive nak elak jalan tak rata pun dia ikut jugak.aku ke kiri ke ke kanan ke aku memotong ke dia follow jugak.kalau aku potong bas dia potong jugak tapi belah kiri.dah kat depan dia sambung balik follow aku.

dah lain macam dah ni.tapi dia tunggang cara orang penat bawak motor la.kesian lak aku tengok.siap kepala kat handle motor tu.lenguh agaknya.aku bawak 100 jek.kekadang aku terlebih bawak 120 pastu aku slowkan sikit nak tunggu dia.kakaka bodoh betei.padahal semalam aku nak cepat sampai kot.boleh pulak nak tunggu dia.

kadang2 aku drive laju jek.biar tinggal dia kat belakang.kang aku dah jauh tetiba aku slowkan.kekonon nak tunggu dia.yang dia ni pulak macam tau2 jek aku tunggu dia.nampak kereta aku terus dia ke tengah jalan.sebelum tu kereta lain yang depan dia tu tadek pulak dia nak follow.dan2 kereta aku jek dia dah terus follow.dekat pulak tuh.

kereta2 lain yang potong kitorang pun pelik tengok pehal mamat nih follow kereta aku jek.kereta lain taknak follow pulak.mata aku tak habis2 pandang cermin pandang belakang.kakaka gila sial dekat follow.engko nak tumpang aku ke apa?ke nak teddy bear pink aku satu kat belakang tu?

sampai rnr temerloh aku stop ah.dia pun.tapi dia cewahh terus pergi stesen minyak.aku terus pergi makan lah.takkan nak dating dengan dia kot.

pastu sambung jalan.cewah aku nampak dia baru nak gerak dari stesen minyak.aku lajukan kereta aku.takut lah pulak kalau dia follow lagi.dah lah aku sorang.dah tertinggal dia kat belakang.tapi aku nampak dia bawak slow sebab dia tengah makan.dah jauh aku drive tinggalkan dia.aku mengantuk.so drive slow semula.tanpa diriku sedari.tup tup dah dia ada follow kat belakang.k..fine..jahanam punya motor.tah masa bila kau sempat kejor aku?

so adegan motor dia follow kereta aku tu berlarutan sehingga sampai tol karak.

sebelum tu hujan.lebat.penunggang lain dah start bawak laju2 nak cari tempat berteduh.tapi mamat ni tak.dia masih yee masih follow aku kat tengah jalan tu.dalam hujan ye dalam hujan.and i was like....the fuck?kau pergi ah wehh bawak laju sikit cari tempat teduh.aku ni slow ke laju ke aku masih tak kena hujan.dah degil betul mamat motor ni.

aku rasa dia mula2 follow aku tu dia nampak kot aku miming sorang2 dalam kereta lagu faizal tahir.ekeke malu siot.tak perasan.mata aku ni selalu lah tengok cermin belakang.bia ada sekali tu aku pandang dia terus buka cermin depan helmet tuh.

hehe terus aku pandang depan semula.maluuuuu...agak2 kalau tayar kereta aku pancit ke kereta rosak ke.ada tak dia nak tolong?

sampai tol karak dia stop rehat kot.aku dah blah awal2 padahal dalam hati eh mana mamat tadi.ececece ok dah sampai situ jek cerita dia.aku dah malas nak drive slow.dah.takut jem.padahal sampai KL lengang kot jalannya.ceh.

tadi balik dari sekolah.aku tengok cermin belakang.aku tersenyum sorang2..:)

eh moral nya.yang perempuan lah terutamanya.jangan ingat nak bercinta kat highway sangatlah kan.aku sesaje jek tulis tajuk entry gitu.selalunya beware lah.kot2 dia nak merompak kau kan sebab tengok perempuan sorang drive.

tapi semalam.aku tak rasa dia macam tu pun.heeeee

p/s: siapa buat drama dari kisah aku ni.dia memang kesian.sangat kesian.kakaka dah lah bye.

1 comment:

Aujinz said...

hahahhaha... dia tengok hang respon baikkk jer.. dia pun follow... ada amik nombor motor dia tak?..