Monday, July 22, 2013

Kantoi Paling Deep

sekolah Yaya habis pukul satu petang pada bulan puasa.selalunya sekolah dia tak sama dengan sekolah harian biasa.Yaya sekolah agama.dari pagi sampai petang.tapi special nya bulan puasa ni maka sekolah dia balik tengah hari.

balik sekolah jek tidur.apa lagi yang nak dibuat di rumah melainkan ada orang gaji yang sentiasa sibuk menguruskan dan mengasuh adik Yaya yang kecil itu.lagipun budak darjah dua ni selalunya nak solat pun bila disuruh mak ayah jek.kalau mak ayah takdek kat rumah, apalagi kan...

Yaya puasa seperti biasa sebab dia janji dengan ayah dia.kalau puasa penuh ayah dia nak bagi basikal.

dah pukul 5 petang.Yaya turun dari bilik terus teguk air mirinda oren dalam peti ais.alah orang gaji dia bukan nampak pun.hari ni Yaya nak puasa sampai pukul 5 jek sebab lepas tu dia nak main kat taman bersama jiran2 yang lain.

sesampai kat padang taman permainan perumahan Yaya tu, kawan dia tanya,

"Ya, awak puasa tak hari ni?" si Nora mengajukan soalan standard kanak2 8 tahun.

"kita puasa lah" gelabah jugak Yaya nak jawab.orang dah buat salah kan.

"tapi apa dia yang ada garisan oren atas bibir awak tu?"

sambil cepat2 lap dengan lengan tshirt dia, "eh mana ada lah! kita puasa!"

"eeeeeee Yaya tak puasa!" ramai2 cakap macam ni dengan nada mengejek ke aku.


ok kantoi ni pengalaman sendiri.bye

1 comment:

Aujinz said...

eiii.. Yaya tak posa rupanya... kwkwwkwkwk