Thursday, July 25, 2013

Perangai Twitter

dah tahun 2013 ni semakin ramai jumlah manusia yang ada account twitter seluruh dunia.ini teori aku lah.tatau lah google nak kata apa.kalau dia ada kepala mesti dia dah geleng2 kepala macam manusia jugak.

since aku dah ada account twitter tahun 2009 lagi even sebab buat twitter pun tengok Britney Spears ada jugak.haha tapi until now aku rasa kekonon macam dah faham sangat manis pahit orang main twitter ni.if each day most of the time you spend half of your life on twitter then you will get what im tryin to say here bro.cewahh

macam aku la.aku follow orang yang aku nak follow jek.itu pasal lah sikit jek yang ada dalam timeline aku.tapi sikit2 pun timeline gerak laju jugak serupa tak ingat dunia.tu yang malas aku nak follow lagi ramai orang.biasalah aku memilih sikit.ngee~~

sebab aku ni jenis mudah kesian ke orang so orang yang aku follow tu lantak lah dia tweet mende2 merepek pun hatta selipar jamban hilang ke suami lambat balik rumah ke yang suka troll melampau ke yang suka cerita daily life dia ke yang frust stress bercinta ke yang sedang hangat bercinta ke yang pura2 tunjuk baik ke apa ke tak kisah lah.aku baca jek.kalau bosan cemana pun aku scroll down scroll up jek lah.tapi aku tadek sampai nak unfollow or mute.

yang aku pernah cakap aku nak unfollow tu aah memang ye aku unfollow.sebab baru aku sedar aku follow twitter dia sebab ramai petik or unmensi nama dia dalam timeline aku.so sebab terpaksa follow maka aku juga terpaksa unfollow.takpelah selalunya orang yang aku unfollow ni dia dah ada beriban followers.

dan aku juga sedar yang semua yang ada twitter ni termasuk aku adalah attention seekers.semua nak perhatian sebenarnya.hatta tweet2 yang berilmiah ke tweet yang quote2 indah ke yang copy paste ke semua tu nak kan perhatian.tak caya?dalam pada tweet tu diorang juga mengharapkan RT dan fav.kan kan?sama jek tu cuma konsep lain2.

itu yang aku faham lah.

lagi satu aku juga sedar yang kerana twitter dan tweet suka hati itu adalah hak milik setiap insan.maka nya aku dah semakin hari semakin emotionless dengan tweet2 yang berlegar dalam timeline aku tu.lebih kurang sama jek sebenarnya cuma recycle balik tanpa disedari.aku malas lah nak tegur.aku perhatikan jek lah.aku pun kekadang buat benda yang sama.

so now it's up to you nak tweet apa2 pun.biarkan jek lah.jangan nak emosi sangat.yang aku tahu aku buat twitter dulu sebab ikut Britney Spears *ulang tayang*.ada orang suka komen2 tweet orang itu lah orang ini lah.kenapa jerawat nak tumbuh kat dahi pun nak tweet lah.kenapa hari ni tak puasa pun nak bagitahu seluruh dunia lah.kenapa nak tweet pasal daily life kat orang lain lah.ada aku kisah dengan life kau?eh macam macam aku jumpa.semua orang nak complain.

habis tu tujuan twitter ni apa?kata what's happening kan?

but just be careful guys.jangan sampai masuk lokap yee dalam bertweet tu.dan jangan persendakan agama.kekadang rasa nak main2 tapi......

renungkanlah.selamat menyambut Nuzul Quran.esok cuti.byeee

1 comment:

Aujinz said...

hang tak follow aku pun.. koh koh koh