Saturday, July 06, 2013

Rindu yang Itu

selalu tu kalau tengok tv kan.time azan maghrib jek akan tunjuk video kat Madinah dengan Mekah.ish aku rindu lah nak datang situ lagi.

last time datang tahun 2010.habis grad terus ikut family buat umrah.tak dan nak menganggur sangat sebenarnya sebab balik dari umrah terus dah dapat kerja.Alhamdulillah.

first time datang time aku darjah 5.memang dua minggu ah ponteng sekolah.time budak2 dulu apa yang aku pikir sangat bila datang ke Tanah Suci.asyik pikir nak beli mainan mainan mainan.sampai airport Jeddah jek nampak mainan canggih nak beli.dulu2 femes mainan walkie talkie tu.beli lah jugak kekonon feeling hipster di zaman sekolah rendah.masalahnya aku ada simpan lagi mainan tu.so sekarang nak kata apa?hehe

kali ketiga nak datang ni kena kumpul duit sendiri lah.ajaibnya datang Mekah dengan Madinah ni kan.yang kau tau nak beribadah jek.takdek benda lain.yelah shopping tu adalah sikit2.tapi memandangkan mama papa aku dah tiap2 tahun buat umrah maka nya dah warning ke aku awal2.shopping time nak dekat balik Malaysia jek.ok menurut perintah tuan puan!

maybe masa tu facebook twitter instagram tu tak popular lagi atau mungkin tak wujud lagi smartphone canggih.aku dulu amik gambor dalam 200 keping.tu semua guna camera phone nokia xpress music yang 3.2 mp tu jek.aku bukan amik gambor aku pun.gambor pemandangan, gambor parents aku, gambar stokin pink aku.ikikiki ambik lah jugak gambor tapi tadek lah lepas amik gambor terus nak upload ke facebook kan.nasib dedulu aku takdek smartphone.

aku rasa aku jek yang teruja nak amik gambor dan parents aku buat rilek jek.maybe diorang puas amik gambor so dah malas.aku ni bila aku sorang jek excited tak best lah kan.so amik jek gambor2 tah apa untuk simpanan.sedih jek..

tak macam ada sesetengah orang tu.tengah mengerjakan umrah pun update kat instagram dengan twitter.hurmmm..bagi aku lah kan.susah kan kita nak dapat masa sesuai nak datang sana.so..tak salah kan dalam masa yang singkat kat sana kau tayah nak online?tayah update?yelah semua orang tahu kau buat umrah.kau alim..

just my personal opinion.sebenarnya memang aku betul2 rindu nak datang sana lagi.memang betul orang cakap.datang sana macam taknak balik Malaysia dah.beribadah kat sana memang tenang :)

so aku nasihatkan ada duit lebih tu pergilah buat umrah dulu sebelum melancong ke negara2 lain. :))

tah lah.aku rindu.bila lagi aku boleh nak jejak kaki ke sana lagi..

1 comment: