Tuesday, August 13, 2013

Azam Bulan Puasa

selamat hari raya korang! hehe

yelah dah syawal ke berapa ni?selalunya nak tulis pasal azam ni dah make sure semua azam tu tercapai.betul tak?selagi tak tercapai takdek lah aku nak up entry kat sini.

pertama.taknak mencarut di twitter.alhamdulillah aku perhatikan jek tweet aku selama sebulan puasa ni dan memang bersih lagi suci dari perkataan tak senonoh.terutama perkataan dari huruf B dan S.haha tapi ada aku terlepas tweet sekali.sekali jek hokeeyy tu pun carut dalam english.haa ambek kau.you know who you are.

kedua.taknak pergi bazaar ramadhan.ok senang cerita sebulan lepas tu aku pergi dua kali jek bazaar ramadhan.dengan kawan dan last sekali kat kampung tu pun sebab last puasa.nampak tak aku dah berlatih memasak di rumah dan menjadi anak dara yang anggun lagi jelita?

dah.dua jek.memang dua jek azam aku tahun ni.tahun lepas taknak tinggal terawih dan alhamdulillah berjaya.tahun ni aku banyak tinggal terawih dan aku memang rasa teruk sangat.ye ye aku tahu.lagi satu nak habiskan 30 juzuk alquran tapi yang dapat hanyalah sampai juzuk 12 :'( takpe takpe boleh sambung apa untuk bulan seterusnya.kan?

ok bebeh.aku tak datang open house.tapi aku yang ada buat open house.hehe morning! bye

No comments: