Tuesday, September 10, 2013

Barang Atas Talian

beli barang atau bahasa yang lebih nampak moden iaitu shopping ialah kehendak yang sememangnya secara semulajadi ada dalam diri manusia.binatang aku tak sure.

bagi setiap manusia juga ada cara atau bahasa hipster ialah ada style masing2 cara nak beli barang.sama ada lambat tapi puas hati atau cepat tapi berisiko.

aku masuk dalam kategori ciptaan sendiri.puas hati tapi cepat.

aku bukan nak bandingkan tapi aku mungkin akan sedikit bias.bukan sebab dengki tapi ni personal opinion.perlu hormat jek.takyah tunduk.senang duduk.ewah pantun berkarat.

beli barang secara online ni aku tak berkenan sangat.banyak faktor.maybe nak masukkan duit tu internet tetiba bertukar jadi siput.maybe penjual tu tipu kita sebab diorang nak duit dulu kan.yang pembeli nak barang dulu.maybe sebab aku tak boleh pegang dan rasa barang tu sendiri so tu memang antara faktor aku tak suka beli barang online.

tapi follow instagram yang jual barang online boleh pulak kan..cuci mata jek ongkabor.

lagi satu aku ni suka masuk dalam kedai yang sama lebih dua kali.penjual or pelayan situ memang tahan muak jek lah layan aku asyik pegang belek barang yang sama.tapi selalunya kali ketiga keempat masuk kedai tu aku memang dah nekad nak beli tapi masa banyak di sia-siakan dengan menyusahkan penjual tu melayan aku.ah tak kira.kau nak layan sangat kan.

ok kategori puas hati dan cepat ni aku apply memang banyak kali dah tapi baru ahad lepas yang aku ingat last aku beli barang iaitu handbag.ye ye beg tangan.maafkan saya.

dah terdesak.handbag terkoyak besar.takdek handbag lebih nak bawak gi sekolah.so pergi tesco beli handbag rm30.see?puas hati tapi cepat.puas hati sebab aku boleh pegang dulu beg tu.belek2 dulu beg tu.tengok warna,compartment berapa banyak boleh isi barang.dan lagi satu cepat.ye memang cepat tangkas kilat aku kabor.takyah pikir2 nak pergi mall.beli yang mahal2.yang berkualiti.semua benda tu kena fikir dan take time.aku tak suka.masalahnya beg ni nak bawak gi sekolah jek pun.

selalu kalau harga tu aku tanya time nak bayar.penyakit ni tatau diwarisi oleh mama ke papa aku ke.dipengaruhi alam sekeliling ke.tapi memang tengok harga bila nak bayar.

kalau barang2 dapur tu aku kira macam...ikut lah berapa pun.aku bayar jek.malas aku nak kira.

tapi ada jugak kelemahannya.iaitu beli barang cepat2 pun tapi kang tak berkualiti susah jugak.dalam situasi aku ni sebagai seorang pelajar dan cikgu aku kena improvise.depends on the situation.tak semua barang kena beli berkualiti.

ye ke?ikikiki

beli barang online pun ada kelebihannya jugak.korang dah tahu kan?malas nak cerita.haha.

-jimat masa
-lebih banyak pilihan
-murah
-sangat rare barang yang dijual
-jimat minyak kereta woi.ini lebih penting!

ok bebeh.byeee





No comments: