Sunday, October 27, 2013

Review Insidious 2

this review is based on Insidious where i watched the scene where Josh got his son back and the old lady died because of another old scary lady killed her.and thats it.

senang cerita tak tengok dari mula pun.so here it goes.

- part mula2 tu macam background sound tu macam oh okay seram jugak.maybe aku dah lama tak tengok cerita seram sebab kebanyakan cerita seram ala ala takut nak ke tandas sorang2 waktu malam jek.

- yang start nak seram tu kekonon ada bunyi orang main piano kat tingkat bawah rumah Josh.Renai isteri dia yang sedar.part ni aku dah macam arghh shit pemende bunyi main piano malam2.

- lagi seram part Lorraine nampak lembaga perempuan pakai dress putih kat dapur.aku terpikir korang berani sangat gi dapur tengah2 malam buta dah kenapa?

-scene yang anak dia bercakap dalam tin susu tu time tidur dan satu lagi tin yang disambungkan tu kat dalam almari baju dia.malas nak cerita habis.

- nenek tua mana datang mengejut kacau anak bongsu diorang Kali.terus cakar ke tampar muka Renai.ye ke eja nama dia gini?

- tengah2 cerita korang tau dah eleh roh Parker yang masuk dalam badan Josh ni.bukan Josh sebenar.

- Parker tu nama perempuan dia Marylin.sebab apa?tengok sendiri.

- babak yang tetiba muncul roh Elise yang dalam first movie tu semua makhluk dalam panggung tepuk tangan.celaka.haha macam dia hero pulak dalam cerita ni.

- malas dah nak bagi spoiler ke korang.tengok sendiri.panggung penuh macam hari pertama tayang padahal dah hari ke berapa ni.


p/s: aku rasa aku sorang jek beli online ticket kat exclusive lane dekat Aeon ipoh tu.orang lain masuk lane tu time tu baru nak tempah tiket.kurang ajar.tang mana exclusive nye tah.puas aku tunggu semata2 nak ambik tiket.

Monday, October 21, 2013

Review Cloudy with a Chance of Meatballs 2

this review is based on the first sequel that i have watched.

- entah kenapa aku rasa suara Flint dalam movie kali ni lain sikit.ke tukang alih suara tu dah bertukar kepada orang lain?ke orang yang sama?ke aku malas nak google?

- colour, grafik, watak2 comel dan skrip pun aku kira bagus jugak lah.memang sesuai untuk budak2 nak tengok dan bahasa yang senang faham.

- movement watak utama especially Flint,ayah dia dan Chester V tu aku suka.

- kemunculan watak Chester V yang kekonon scientist yang menjadi idol Flint sejak kecil ni aku macam musykil sikit.sejak bila kau ada?dulu tadek pun.

- aku just kagum dengan semangat menolong dan kesetiaan Sam kepada Flint.heeee~~

- yelah tak mungkin wujudnya raksasa berbentuk makanan.sebenarnya memang tak wujud mesin yang boleh mencipta makanan dengan hanya order ikut mesin.semua kartun lah!

- aku masih tak percaya Neil Patrick Harris tu untuk watak Steve si monyet.cisss

- overall cerita memang cliche.kemunculan Chester V tu pun aku dah dapat agak akhir dia cemana.nak tau gi tengok sendiri.

- aku tengok pun sebab yang first dah tengok so memang kena follow untuk sequel seterusnya.lalalala


p/s: ye pergilah tengok beramai ramai.tidak kecewa langsung.

Monday, October 07, 2013

"Minum Banyak Air"

salam Isnin yang nak dekat habis.

lately ni cuaca panas kemain sekali kat Malaysia especially kat Seri Iskandar ni.kepanasan dan kekeringan tekak ni jugak membawa kepada kekeringan bibir dan pengelupasan kulit bibir.amboih ayat nak biologi sangat.

penyakit bibir senang kering dan mengelupas ni aku kena time kecik lagi sampai lah la ni masih duk pentingkan lipbalm memang WAJIB WOI WAJIB ada dalam handbag aku.even aku suka tukar2 handbag ke tapi memang lipbalm tergolong dalam perkara penting selepas purse dan phone.

dalam bertahun ni jugak aku dah cuba banyak jenis lipbalm.kekadang aku pun nak jadi macam orang lain kan.senang jek letak lipstick kat bibir tanpa perlu ada risau eh perlu ke bawak lipbalm?lipgloss?lip ice?

sebelum ni aku guna Nivea ke apa tah nama dia.lipbalm tu bekas dia besor woi satu family boleh guna.memang betul2 lipbalm.dulu2 aku try lip ice kekonon feeling Lisa Surihani lah Wawa Zainal lah apa lah kan.result dia end up with bibir aku semakin kering.

disebabkan terlalu kuno maka aku guna lipgloss dengan harapan oh maybe bibir aku akan lembap sepanjang hari semakin nampak berkilau dan menawan hati jejaka2.tapi sama jugak.kejap jek lembabnya lepas tu dah kering,mengelupas sampai berdarah.aku selalu jek main2 bibir ni jilat dengan lidah tapi ongkabor tak boleh sebab lagi akan kering.

so aku guna lipbalm jek lah so far.lipbalm yang Baby Lips ni dari Maybeline agaknya.entah malas pulak nak ambik dalam handbag pastu nak ambik gambar pastu transfer dalam laptop pastu masuk dalam blog pastu publish.oh no aku ada banyak kerja lain lagi ni.

tapi sebab cuaca terlalu panas tak sampai tengah hari dah kering dah bibir aku.maybe aku selalu lepak dalam lab kot so sejuk so senang nak kering bibir ni.kekadang malu nak berborak dengan cikgu2 lain sebab tangan aku ni kekadang gatal jek nak sapu2 bibir.

ada lagi tak cara lain nak memanjangkan jangka masa melembapkan bibir selain dari orang selalu kabor ke aku "minum banyak air"?

Sunday, October 06, 2013

Writer?No?

this question is freaking me out sometimes.yes sometimes.because i know myself.

when my friends and i had this little chat back in a few days, i had this weird reaction when they asked me "are you a writer?" or something like when i mentioned any of my favorite quotes that i also mentioned who has quoted it and they were like "you're a good writer.you must have something".

i was like ........ T___T

the 'provoking' thingy happened.haha that was stupid.and honestly my real life friends have no idea that i've been blogging or 'writing' (even my cyber friends don't know that).

the real situation is i'm not a writer.i'm a teacher.in practical mode.lol ok ok then surprisingly i told them about me having this blog yada yada.they want to check it out but i won't allow it.haha scared huh?

i told them i usually update about everything.not really specifically about any current issues that involves political or religious issues.i usually write about love,relationship,how i feel towards my surrounding like towards people around me,schools,students,family,friends,tips,sharing pictures,foods,travel and also includes some of the emotional entries and some of them were poems that i have written.

poems.i miss the old days...

then awkward silence appeared *krik krik krik* i know right?

they have never thought i could write those things.probably because me in real life and me in cyber world is different.i don't have personality disorder haha don't worry.

i'm happy having this blog and i like to write and let it all out whatever comes out of my mind.how i feel. what i observe through this tough life.how i react to it.it could be anything.

am i a writer?no?you decide :) good night!

Saturday, October 05, 2013

Tips Maintain Kurus

tajuk kemain lagi.harap dapat membantu mereka di luar sana yang mengalami masalah berat badan yang memang hampeh sangat nak kurus.ni tips dari pengalaman hidup aku jek.

oh sorry.good morning everyone!

1. Pemakanan

bagi aku makan bila rasa lapar jek.i mean betul2 punya lapar.baru makan.ni korang sambil tweet makan,sambil tengok tv pun makan.sambil lipat baju pun nak makan.sambil baca buku pun nak makan.cuba korang buat satu persatu.takdeknye nak multitasking jadah apa.kekonon jimat masa.iye lah tu.sangat.

nak multitasking jugak?K fine.korang mengunyah snek yang tah hape2 tu kan?ok dah kita tukar.makan lah buah ke salad sayur ke sambil tengok tv.haaa smart tu.aku tahu ada masa2 nya korang rasa nak something untuk mengunyah kan?bukan nak makan sangat pun.aku pun sama.tapi aku lebih suka makan buah lah.kekadang biskut.


2. Adab Makan

aku bersyukur mempunyai mama papa yang tak jemu2 mendidik anak2 mereka tentang adab makan.yeee bukan sahaja baca doa makan dan basuh tangan sebelum dan selepas makan jek yang oiii.tentang kuantiti makanan kau dalam pinggan tu haaa.

aku dididik supaya ambil sikit dulu nasi dan lauk.jangan humban semua lauk fav kau dalam pinggan.tak manis.nak2 perempuan kan.kalau dah habis and rasa tak cukup baru tambah nasi dan lauk.habit ni memang kitorang sekeluarga amalkan kat mana2 tempat pun.majlis kahwin lah misalnya.ambik sikit jek dah la.jangan gelojoh dan jangan tamak.ke nak jadi geng syaiton?

ingat! apa2 nak makan pun ambik sikit dulu.jangan duk pikir makanan lain habis kau tak sempat nak merasa.apa punya perangai daa....


3. Pergerakan

apa yang bergerak?semua yang ada kat badan kau lah.bersenam lah maksud aku.sebab word bersenam and jogging and lepak gym sangat mainstream di kalangan anak muda (nasib aku muda lagi) so aku gunakan tips pergerakan.bila banyak bergerak maka nya kau akan berpeluh dan kuranglah sikit lemak tu kot.

misalnya bila korang kat office or macam aku kat sekolah.asyik duduk jek kan dalam bilik guru buat kerja.tapi dalam kelas aku mengajar aku takkan duduk.mengajar ni kena berjalan satu kelas tu.baru rasa segar.balik ke bilik guru or kantin baru boleh duduk.so nampak tak keseimbangan kat situ?ha pikir lah pikir.


4. Insaf

ingat2 lah orang2 yang kat negara lain yang bagi mereka hari2 tu ialah hari2 mereka berpuasa.takdek beza puasa Ramadhan ke puasa sunat ke.tu belum yang cari makanan dalam tong sampah.maybe dengan cara ni korang akan latih diri korang supaya tak membazir dengan ambik makanan banyak2 lepas tu campak dalam tong sampah.tak elok lah kan..


ini jek aku dapat share.so nak apply ke tak terpulang lah.taknak kurus pun takpe but at least maintain korang punya kesihatan badan.nak diet bukan sebab kurus tapi nak sihat! okay bebeh?


Tuesday, October 01, 2013

Review KL Gangster 2

ni review based on aku tak tengok lagi KL Gangster.

-jalan cerita bagus.aku suka.biarlah fantasi pun bab2 lawan tanpa henti tu tanpa rasa letih tapi yelah aku enjoy jugak.logik lah jugak compare dari filem hindustan duk tukar2 baju dalam lagu kan.

- suka watak Ajib oleh Sofi Jikan.pandai menghayati watak lah aku rasa.rasa lawak pulak aku tengok.sangat obses dengan blood brothers dia tuh.

- skrip aku suka.banyak kiasan.banyak di luar jangkaan aku.even guna gua lu dan cakap macam orang cina tapi bila diselitkan dengan skrip serupa pantun berkerat2 tu dah kira awesome dah aku rasa.

- babak Tailong nak rogol adik Malik tu takyah tunjuk takpe kan?tak penting pun aku rasa.LPF taknak potong eh?kesian..

- kesimpulannya ialah Jai yang paling baik dalam cerita ni.kakaka

p/s: mungkin ada hikmah kenapa ada orang yang tak bertanggungjawab sebarkan filem ni kat internet dulu sebelum ditayangkan di pawagam.maybe sebab babak rogol tu.aku rasa jek lah.

sorry Syamsul Yusof.sila cuba lagi.