Monday, October 07, 2013

"Minum Banyak Air"

salam Isnin yang nak dekat habis.

lately ni cuaca panas kemain sekali kat Malaysia especially kat Seri Iskandar ni.kepanasan dan kekeringan tekak ni jugak membawa kepada kekeringan bibir dan pengelupasan kulit bibir.amboih ayat nak biologi sangat.

penyakit bibir senang kering dan mengelupas ni aku kena time kecik lagi sampai lah la ni masih duk pentingkan lipbalm memang WAJIB WOI WAJIB ada dalam handbag aku.even aku suka tukar2 handbag ke tapi memang lipbalm tergolong dalam perkara penting selepas purse dan phone.

dalam bertahun ni jugak aku dah cuba banyak jenis lipbalm.kekadang aku pun nak jadi macam orang lain kan.senang jek letak lipstick kat bibir tanpa perlu ada risau eh perlu ke bawak lipbalm?lipgloss?lip ice?

sebelum ni aku guna Nivea ke apa tah nama dia.lipbalm tu bekas dia besor woi satu family boleh guna.memang betul2 lipbalm.dulu2 aku try lip ice kekonon feeling Lisa Surihani lah Wawa Zainal lah apa lah kan.result dia end up with bibir aku semakin kering.

disebabkan terlalu kuno maka aku guna lipgloss dengan harapan oh maybe bibir aku akan lembap sepanjang hari semakin nampak berkilau dan menawan hati jejaka2.tapi sama jugak.kejap jek lembabnya lepas tu dah kering,mengelupas sampai berdarah.aku selalu jek main2 bibir ni jilat dengan lidah tapi ongkabor tak boleh sebab lagi akan kering.

so aku guna lipbalm jek lah so far.lipbalm yang Baby Lips ni dari Maybeline agaknya.entah malas pulak nak ambik dalam handbag pastu nak ambik gambar pastu transfer dalam laptop pastu masuk dalam blog pastu publish.oh no aku ada banyak kerja lain lagi ni.

tapi sebab cuaca terlalu panas tak sampai tengah hari dah kering dah bibir aku.maybe aku selalu lepak dalam lab kot so sejuk so senang nak kering bibir ni.kekadang malu nak berborak dengan cikgu2 lain sebab tangan aku ni kekadang gatal jek nak sapu2 bibir.

ada lagi tak cara lain nak memanjangkan jangka masa melembapkan bibir selain dari orang selalu kabor ke aku "minum banyak air"?

1 comment:

Aujinz said...

dulu aku suka sapu ubat gigi pepagi bila bangun tidur.. hue hue hue