Saturday, October 05, 2013

Tips Maintain Kurus

tajuk kemain lagi.harap dapat membantu mereka di luar sana yang mengalami masalah berat badan yang memang hampeh sangat nak kurus.ni tips dari pengalaman hidup aku jek.

oh sorry.good morning everyone!

1. Pemakanan

bagi aku makan bila rasa lapar jek.i mean betul2 punya lapar.baru makan.ni korang sambil tweet makan,sambil tengok tv pun makan.sambil lipat baju pun nak makan.sambil baca buku pun nak makan.cuba korang buat satu persatu.takdeknye nak multitasking jadah apa.kekonon jimat masa.iye lah tu.sangat.

nak multitasking jugak?K fine.korang mengunyah snek yang tah hape2 tu kan?ok dah kita tukar.makan lah buah ke salad sayur ke sambil tengok tv.haaa smart tu.aku tahu ada masa2 nya korang rasa nak something untuk mengunyah kan?bukan nak makan sangat pun.aku pun sama.tapi aku lebih suka makan buah lah.kekadang biskut.


2. Adab Makan

aku bersyukur mempunyai mama papa yang tak jemu2 mendidik anak2 mereka tentang adab makan.yeee bukan sahaja baca doa makan dan basuh tangan sebelum dan selepas makan jek yang oiii.tentang kuantiti makanan kau dalam pinggan tu haaa.

aku dididik supaya ambil sikit dulu nasi dan lauk.jangan humban semua lauk fav kau dalam pinggan.tak manis.nak2 perempuan kan.kalau dah habis and rasa tak cukup baru tambah nasi dan lauk.habit ni memang kitorang sekeluarga amalkan kat mana2 tempat pun.majlis kahwin lah misalnya.ambik sikit jek dah la.jangan gelojoh dan jangan tamak.ke nak jadi geng syaiton?

ingat! apa2 nak makan pun ambik sikit dulu.jangan duk pikir makanan lain habis kau tak sempat nak merasa.apa punya perangai daa....


3. Pergerakan

apa yang bergerak?semua yang ada kat badan kau lah.bersenam lah maksud aku.sebab word bersenam and jogging and lepak gym sangat mainstream di kalangan anak muda (nasib aku muda lagi) so aku gunakan tips pergerakan.bila banyak bergerak maka nya kau akan berpeluh dan kuranglah sikit lemak tu kot.

misalnya bila korang kat office or macam aku kat sekolah.asyik duduk jek kan dalam bilik guru buat kerja.tapi dalam kelas aku mengajar aku takkan duduk.mengajar ni kena berjalan satu kelas tu.baru rasa segar.balik ke bilik guru or kantin baru boleh duduk.so nampak tak keseimbangan kat situ?ha pikir lah pikir.


4. Insaf

ingat2 lah orang2 yang kat negara lain yang bagi mereka hari2 tu ialah hari2 mereka berpuasa.takdek beza puasa Ramadhan ke puasa sunat ke.tu belum yang cari makanan dalam tong sampah.maybe dengan cara ni korang akan latih diri korang supaya tak membazir dengan ambik makanan banyak2 lepas tu campak dalam tong sampah.tak elok lah kan..


ini jek aku dapat share.so nak apply ke tak terpulang lah.taknak kurus pun takpe but at least maintain korang punya kesihatan badan.nak diet bukan sebab kurus tapi nak sihat! okay bebeh?


No comments: