Thursday, November 07, 2013

Aku dan Hospital

khas karangan untuk Bahasa Melayu SPM.haha tak lah just kidding.

memandangkan aku dapat tahu sahabat sejati ni eksiden dan terseliuh khabarnya maka aku teringat lah kisah aku eksiden jugak dulu.tapi bukan cerita sangat pasal tu.nak cerita pasal aku pernah masuk ward.

eh bukan menziarahi orang dalam ward lah!

10 years ago lah kan.when i was 17 aku kena tahan ward.time tu before trial SPM.pagi ahad tu aku turun bawah nak breakfast dan bukak jek tudung saji aku dah tak nampak apa dan bila sedar aku dah kat karpet meja makan sambil dipangku oleh mama.oh aku pengsan rupanya.

aku rasa aku ok jek.entah sebab apa boleh pengsan.mama aku dengan kuasa yang ada dan dengan sifat gelabah yang memang wujud dalam diri tu terus bawak aku gi hospital.papa aku ikut jek lah walhal aku rasa papa aku pun rasa aku tak lah teruk mana.bawak klinik sudah.ini apakah?hospital?

dengan aku tak mandinya.dengan berbaju tidur lagi nya yelah kantoi sudah belum mandi lagi sampai lah aku ke hospital yang dimaksudkan.doktor cek berat aku time tu 39kg.diulangi 39kg.tak pernah berat aku seringan itu.so doctor ada bagi pilihan lah either i nak balik rumah or stay kat hospital.which means masuk ward lah kan.mama aku dengan sepantas kilatnya yes aku kena masuk ward.for three days.

time nak cucuk jarum kat tangan kiri aku ni ya Allah ya tuhanku...orang yang pernah kena jek yang tahu rasa cemana.sambil ambil darah sekali ke tah jarum tu.lagi satu nak masukkan glukosa so that aku tak pengsan dah.badan aku kurang gula.doctor kata lah.

memandangkan tu hospital swasta maka nya aku dapat bilik sendiri.ada tv.which i didnt watch that much.setiap kali nurse masuk every 2 hours dia akan ambil darah kat lengan aku.penuh kesan cucuk jarum.darah aku tak pekat.and then darah aku sikit.

esoknya the doctor came to see me and had a private conversation with my parents which was he asked whether my family ada tak yang kena leukimia.i was like......no way.this is no way.setahu aku takdek sejarah family aku macam tu.because he said i had this symptom lah seperti darah putih aku lagi banyak dari darah merah.and he reminds me if i gosok gigi ke tetiba ada darah ke terluka terus direct panggil nurse.selalu berpeluh ke.ish macam2 lah.

so the whole day aku tak nak makan.aku takut.dan nurse teruskan aktiviti dia dengan ambil lagi banyak darah aku.bila aku dah tak demam so the next day aku dah boleh keluar.ingat lagi tak jarum kat tangan kiri aku tu?nurse tu tarik dengan ganasnya terus aku rasa nak tumbang.nasib aku sempat pegang meja nurse tu.penuh darah aku dalam botol tu.

so nak cerita aku dulu pernah disyaki kena leukimia.doctor suruh datang balik bulan depan nak cek semula.tapi aku tak datang sampai saat aku type entry ni.

alhamdulillah aku sihat.tapi effect sangat2 ke result trial SPM aku.nasib papa aku tak marah,.bila SPM betul memang pulun habis habisan.

sebab tu aku taknak pergi hospital dah.ubat banyak sangat kena telan.huhhh!

1 comment:

Aujinz said...

ooo... hang tak pergi check balik kenape? seriau eik?